Iklan Leaderboard

Ahad, 7 Oktober 2018

7 Ada masa diam di media sosial itu lebih baik

Sebagai netizen dan keyboard warrior yang bebas bersuara, tak salah untuk kita menyuarakan pandangan dan pendapat kita terhadap sesuatu isu. Namun ada masanya, adalah lebih baik jika kita menahan diri dari mengulas atau memberi komen pada sesuatu isu secara terbuka di media sosial.

Kalau rasa nak luahkan sangat, nak sembang, nak bincang, nak komen, nak bagi pendapat, nak kutuk, nak kecam, carilah kawan-kawan ajak lepak kedai mamak lepas tu bincang la sesama korang atau sembang je la dalam Whatsapp group kawan-kawan korang.

Terutama sekali apabila suatu isu itu melibatkan kemalangan atau musibah sehingga mengakibatkan kehilangan jiwa kerana hal ini melibatkan hati dan perasaan manusia terutama ahli keluarga dan orang terdekat.


Macam tragedi yang melibatkan pegawai bomba baru-baru ini, ada sahaja yang nak tunjuk bijak pandai kritik pasal SOP, kaedah yang digunakan la. Malah ada juga yang memperbodohkan kerja dan tugas mereka.
Satu, kau takde kat tempat kejadian dan tak tahu pun situasi sebenar apa yang berlaku.

Dua, kau fikir dengan memperbodohkan orang yang dah tiada tu sangat membantu? Yang dah pergi tu boleh hidup balik? Boleh redakan kesedihan ahli keluarga mereka?

Tiga, tanpa komen bodoh kau tu pun pihak bomba dan pihak yang berkaitan tahulah buat kerja mereka dan jalankan post-mortem.

Kalau takde apa nak komen sangat, ucap takziah dan doakan yang baik-baik sahaja sudah cukup. Ini tak pasal-pasal jadi popular dan habis kena kecam satu negara akibat kebodohan sendiri.

* * * * * * * * * *

Sama juga halnya dengan kejadian dobi yang meletup baru-baru ini sehingga menyebabkan kecederaan kepada pelanggan. Kalau nak ulas pasal kejadian boleh terima lagi, ini ada pula yang mempertikaikan;

"Kenapa orang tak basuh dan jemur baju sendiri kat rumah macam saya, kenapa orang nak kena pergi dobi, masing-masing ada mesin basuh basuh sendirikan? Salah sendiri lah bila dobi tu meletup, kalau basuh sendiri kat rumah macam saya mesti selamat." Katanya lah.

Ini adalah antara perkara yang paling tak patut dilakukan tetapi ramai orang yang buat.

Jangan sesekali jadikan kehidupan kita sebagai tanda aras kepada kehidupan orang lain. Hanya kerana kau hidup macam tu, kau selalu buat macam tu, cara hidup kau macam tu, kau selesa macam tu, kau rasa orang lain perlu hidup ikut cara kau.

Kalau kau rasa kau mampu beli mesin basuh, tak semestinya semua orang mampu beli mesin basuh. Kalau kau rasa kau suka kereta Myvi, tak semestinya semua orang kena suka kereta Myvi. Kalau kau rasa kau suka makan kari kepala ikan, tak semestinya orang lain kena suka makan kari kepala ikan. Simple.

Dunia ni bukan tentang diri kau semata-mata. Kau tahu tak dalam dunia ini ada lebih 7 billion manusia, dan setiap orang ini ada latar belakang dan meniti jalan kehidupan yang berbeza-beza antara satu sama lain? Maka kenapa kau rasa kehidupan kau layak dan harus dijadikan tanda aras kepada kehidupan orang lain? Tolong bangun dari dunia delusi yang kau cipta dalam kepala otak kau.

* * * * * * * * * *

Akhir sekali, aku nak nasihatkan kepada penjawat awam tak kira lah pegawai ke, kerani ke, doktor ke, jururawat ke, cikgu ke dan sebagainya, nak tulis atau kongsi apa-apa kat media sosial ada hadnya.

Kau tulis jelah benda yang takde kaitan sangat dengan kerja dan majikan kau kat media sosial seperti hobi kau ke, nak makan apa ke, aktiviti harian kau ke, pasal anak ke, resipi memasak ke dan sebagainya. Kau tak payahlah beria-ria sangat nak komen ke nak bagi pandangan ke pada skop kerja kau, dasar kerajaan ke dan lain-lain yang berkaitan.

Bukan nak menyekat kebebasan bersuara, tapi sebab dalam peraturan pun seorang penjawat awam dilarang membuat kenyataan awam yang berkaitan kerajaan melainkan dengan kebenaran bertulis dari menteri. Hanya menteri dan pegawai yang diberi kebenaran sahaja yang boleh beri kenyataan awam.

Ini menteri pun tak cakap apa lagi, kau pun sibuk la nak tulis kat Facebook jelaskan itu ini, komen itu ini, kritik dasar kerajaan itu ini. Lepas tu media dan page lintah ni pulak petik status Facebook kau dengan headline "Pegawai dari kementerian sekian sekian menjelaskan kenapa dasar ini perlu dikaji semula".

Tak kira la kau kerani N17 ke pegawai PTD M54 ke, tak payah nak sibuk-sibuk bagi kenyataan awam berkaitan kerajaan kat media sosial kau. Pihak media dan admin page lintah ni bukan kira kau gred apa jawatan apa, yang dia tahu kau kakitangan awam. Apa yang keluar dari mulut kau akan dianggap mewakili kenyataan agensi, jabatan dan kementerian tempat kerja kau.

Malah kalau kau cakap benda yang betul pun sekali pun, kau siapa nak mendahului menteri? Menteri pun tak cakap apa lagi kau pulak lebih-lebih. Memang la kau rasa selama ni kau buat tak pernah kena tindakan apa-apa pun, tapi kalau sekali orang report, serius kau akan checkmate.

Dan aku tak faham kenapa ada sesetengah penjawat awam beria betul nak tunjuk kat orang lain, kat kawan-kawan dia betapa hebatnya kerja dia, betapa pentingnya dia dalam organisasi sampai diberi kepercayaan untuk buat tugas-tugas besar.

Baru dapat tugas buat dasar sikit, beritahu kawan-kawan. Dapat maklumat rahsia sikit, dapat dokumen rahsia, forward kat group Whatsapp. Bangga nak orang tahu yang dia orang terawal dapat maklumat.

Tu maklumat RAHSIA la gila. Kebocoran dokumen rahsia kerajaan adalah satu kesalahan yang besar. Takkan itu pun tak tahu? Kau dah kerja kerajaan memang dah terikat dengan peraturan-peraturan tertentu, kau cuba bagi alasan celah bedah mana pun kau tetap kena.

Ada benda yang kau tak puas hati? Laporkan pada ketua jabatan, unit integriti, biro pengaduan awam, polis, SKMM, SPRM dan lain-lain yang berkaitan, bukan laporkan pada netizen di media sosial.

We ain't no hero. Kau nak sangat komen pasal dasar kerajaan, nak sangat kritik pasal itu ini, tak payah jadi penjawat awam, jadi aktivis masuk NGO atau jadi sahaja ahli politik.

* * * * * * * * * *

Sebab itu sebelum nak tulis dan komen apa-apa pasal isu semasa, fikir dahulu adakah apa yang kita tulis ni betul atau salah, sensitif atau tidak, akan mengguris perasaan orang lain atau tidak, adakah boleh menimbulkan masalah dan mudarat pada diri kita dan orang sekeliling atau tidak. Bila dah fikir masak-masak dulu baru turunkan komen dan pandangan kau di media sosial kalau rasa perlu sangat nak kongsi.

Tapi percayalah, sebenarnya kalau kau tak tulis dan komen apa-apa pun ia takkan ada meninggalkan sekelumit kesan buruk pun dalam kehidupan kau. Kau takkan kena buang kerja, gaji kau masih jalan, harta kau masih tak kena gadai. Orang pun takkan judge kau hanya kerana kau tak tulis dan komen apa-apa pasal isu semasa.

Kau tak sakit hati, orang lain pun tak sakit hati. Kau boleh menjalani hidup dengan tenang, orang lain pun boleh menjalani hidup dengan tenang tak perlu buang masa nak berbalah dengan kau kat media sosial. Kalau kau menang dalam perdebatan media sosial sekali pun, hadiah apa pun tak dapat, yang menang tu cuma ego kau.

Sometimes you have to keep things to yourself, kerana kau takkan dinilai bodoh kerana diam, sebaliknya kau boleh dinilai bodoh melalui kata-kata kau.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags:ada masa diam media sosial lebih baik keep quiet silence say nothing is better social facebook instagram twitter isu bomba lemas lombong putra perdana dobi meletup ptd tegur kertas ucapan speech note tun mahathir 

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Lama xnmpak ko seriosli..prOoTt dmuka ko..apa boleh buat noob..org kita mmg peragai tk boleh nk berubah..semua benda nk tunjuk pandai..nak bisjut?..🍪🍪

      Padam
    2. prOoTt dimuka ted manoff

      Padam
  2. Bak kate pepatah...U say it best...when u say nothing at all..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...