Ahad, 28 Oktober 2018

7 Soalan wartawan yang membuatkan Najib hilang sabar

Belum reda isu pelbagai pertuduhan dikenakan terhadapnya, terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan gagal mengawal perasaan ketika ditemubual organisasi media antarabangsa.

Menurut Al Jazeera, Najib beberapa kali gagal mengekalkan ketenangannya apabila menjawab soalan pengacara, Mary Ann Jolley dalam program 101 East, hari ini.

Al Jazeera berkata, antara soalan yang ditanya kepada Ahli Parlimen Pekan itu adalah perkara berkait dengan dirinya termasuk ‘berlian merah jambu’ dan ‘derma RM2.6 bilion’.

Apakah soalan yang diajukan oleh wartawan Mary Ann Jolley dari rangkaian media Al Jazeera kepada bekas Perdana Menteri Malaysia itu sehingga membuatkan beliau mula hilang sabar dan kemudiannya angkat kaki dari sesi wawancara tersebut?


Saksikan video detik-detik DS Najib diasak soalan yang membuatkan beliau akhirnya berang lalu meninggalkan sesi temuramah tersebut:


Dari video tersebut, riak wajah Dato Seri Najib kelihatan sangat tidak selesa apabila diajukan dengan soalan berkaitan pembunuhan Altantuya, skandal 1MDB dan Jho Low. Beliau hanya berminat untuk meneruskan wawancara jika soalan berkaitan ekonomi dan legasinya yang ditanyakan kepadanya.

Aku tak pasti bagaimana DS Najib boleh bersetuju untuk menghadiri wawancara ini, apatah lagi dengan media Al Jazeera yang terkenal dengan kelantangan mereka. Mungkin dia nak membersihkan nama dia tapi lain pula yang jadi. Aku tak pasti adakah dia ingat wartawan yang pernah dihalau dari Malaysia suatu ketika dulu kerana membuat liputan tentang kes Altantuya akan tanya soalan yang selamat pada dia.

Apa-apa pun, dari sudut kepimpinan dan ketokohan, walaupun aku bukanlah peminat kuat Tun Mahathir, tapi aku rasa setakat ini beliau adalah PM yang terbaik pernah Malaysia ada. Tun Mahathir bila diasak soalan-soalan panas pun, beliau akan bertahan dan jawab tanpa gentar.

Malah beliau cukup berani melawan dan lantang menyatakan pendiriannya bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Tak kira US ke Israel ke selamba dia tibai, takde nak jaga hati atau play safe pun. Sebab tu dia diberi gelaran Tiger of Asia kerana ketegasan dan keberanian beliau.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: soalan wartawan yang membuatkan dato seri najib razak hilang sabar video al jazeera marah berang blah tinggalkan sesi wawancara interview temuduga angkat kaki cabut lari altantuya 1mdb jho low triggered losing cool mary ann jolley 

7 ulasan:

  1. Satu ulasan yg jujur dari noob..mungkun najib tertekan sgt dgn kes yg beliau hadapi..🙄😶😔😓😌

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Hanat

      Padam
  3. Pm terbaik apa atuk si tua nyanyuk tu. Keja Asik nak mengencing je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak cerita pasal kencing, kerajaan lama pun pernah kencing. mana2 ahli politik pun kaki kencing tak kira la ph ke bn ke pas ke. ni aku cerita pasal keberanian pemimpin kita di peringkat antarabangsa sampai disegani dan dikagumi orang negara luar. dalam bab ni najib ke, zahid ke, paklah ke, pm2 terdahulu ke takde lagi yang dapat menyaingi ketokohan tun m.

      Padam
  4. Bagi aku PM terbaik ialah tunku abd razak. Bg tanah kepada rakyat. Mahathir? Ambik tanah buat highway tol.

    BalasPadam
  5. Bab pm7 berani tu den setuju.. Yg lain kureng sket..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...