Iklan Leaderboard

Selasa, 9 Oktober 2018

6 Apabila negara sendiri tidak lagi dicintai

Masa 31hb Ogos 2018 tempoh hari, aku dan kawan aku pergi menyaksikan sambutan dan perbarisan Hari Kemerdekaan ke-61 di Putrajaya. Kebiasaannya sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan ini disambut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, tapi tahun ini kerajaan baru membawa semula acara perbarisan dan perarakan Merdeka ini di Putrajaya selepas 13 tahun. Kali terakhir ia diadakan di Putrajaya adalah pada tahun 2005. Maka pada hari tersebut, Putrajaya dipenuhi dengan lautan manusia dan kenderaan yang menghadiri sambutan tersebut.


Namun aku bukan nak cerita sangat pasal sambutan tu, sebaliknya pasal satu cerita yang aku alami pada hari tersebut. Nak dijadikan cerita, waktu tengahari macam tu kitorang pun blah awal pergi lepak kat sebuah kedai mamak di dalam kawasan Putrajaya sebab taknak bertembung dengan ramai orang yang nak balik nanti. Tapi bila sampai kedai mamak, meja semua penuh dengan manusia. Tak pernah-pernah kedai mamak ramai macam tu siang-siang hari melainkan ada tayangan bola sepak.

Usha punya usha ada la satu meja yang cuma ada seorang pakcik je duduk, lagi 3 kerusi takde orang. Kami pun pergi tanya pakcik tu sama ada tempat tu kosong dan mintak kebenaran kat pakcik tu untuk duduk kat situ. Lepas kami order makanan, kami pun berbual-bual kosong macam biasa.

Sepanjang aku berborak dengan kawan aku, sesekali aku perasan pakcik sebelah aku asyik pandang-pandang kami dan pasang telinga pada apa yang kitorang borakkan. Dari riak wajahnya aku perasan dia macam nak berbual juga dengan kami memandangkan dia hanya seorang diri, lalu aku pun cuba untuk menegurnya.

"Pakcik dari mana ni?"

"Saya duduk sini-sini jugak. Dulu saya kerja kerajaan jugak, ni dah 2 tahun pencen. Isteri je belum pencen, tinggal setahun dua lagi. Anak saya 3 orang pun semua dah besar-besar. Sorang dah tinggal kat Australia, sorang lagi kerja kat Jordan, sorang lagi masih belajar kat UK.", jawab pakcik tu dengan panjang lebar walaupun soalan aku pendek sahaja.

Nampak sangat pakcik ni memang nak berborak dan nak orang dengar kisah kehidpuan dia. Yelah, anak semua berjaya tapi duduk jauh-jauh, mesti dia kesunyian nak cari teman berbual.

"Ooh, kira nanti pakcik nak settle down kat sini lah ye?", tanyaku lagi, sekadar modal untuk berbual mesra.

"Taklah, saya duduk sini pun rumah kuarters bini saya. Bila dia dah bersara nanti saya ingat macam nak settle down kat Jordan ikut anak yang tinggal kat Jordan.", ujar pakcik tu.

"Jauhnya pakcik. Kenapa nak settle down kat Jordan? Kenapa tak Australia.", soalku lagi.

"Kos sara hidup kat Australia tinggi, Jordan OK lah sikit, lagipun Jordan kan negara Islam. Senang nak beribadat, cari makanan halal.", jawab pakcik tu lagi. 

"Tapi... kenapa pakcik tak nak settle down kat Malaysia je?", sifat ingin tahuku semakin membuak-buak.

"Pakcik rasa Malaysia ni tak best. Ekonomi, kos sara hidup, pendidikan, perubatan, pembangunan, politik semua teruk. Tambah pulak lepas kerajaan baru ni makin teruk dibuatnya negara kita.", rungut pakcik itu tak berpuas hati.

Bila pakcik tu dah mula bercakap macam ahli parlimen, aku ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja dan nikmati makanan aku sahaja. Bukan sebab tak boleh nak berhujah, cuma aku rasa no point berdebat dengan orang yang kita tak kenal, tambah lagi aku tak mahu rosakkan mood gembira aku pada hari itu.

Suasana sepi sebentar selama 5 minit. Pakcik itu mula pandang atas bawah kiri kanan, mungkin rasa tak selesa tak boleh menahan diri dari bercakap.

Tak lama kemudian, pakcik tu membuka mulut semula dan bertanya padaku, "Kamu tak rasa pelik ke hari ni, tiba-tiba ramai orang kat sini, jalan pun jem. Selalu takde pun macam ni. Ada apa-apa ke hari ni?"

Aku tergamam dan berhenti makan lalu berkata, "Pakcik, hari ni kan Hari Merdeka. Pakcik tak tahu ke?"

"Oooh... ye ke?", jawab pakcik itu tersengih-sengih dan terus bangun beredar dari situ.

* * * * * * * * * *

Tak dinafikan negara kita ada macam-macam isu dan masalah dari peringkat atas sampailah peringkat bawah macam kita. Negara kita ini juga bukanlah yang terbaik, bukanlah yang terhebat, namun bukanlah juga yang terteruk, bukanlah juga yang terburuk.

Kita lahir di sini, membesar di sini, bersekolah di sini, bekerja mencari rezeki di sini, lepas tu klaim negara sendiri tak best? Bila rasa cinta kepada negara itu sudah tiada, apa yang ada dan berlaku dalam negara semua kita rasa tak best. Yalah, macam mana nak cintakan negara kalau Hari Merdeka pun tak tahu.

Negara kita tak best sebab ada orang-orang macam ni, yang hanya nampak keindahan dan kebaikan negara lain sedang dia pejamkan mata pada keindahan dan kebaikan negara sendiri. Orang yang bila negara ada masalah, dia bukan mahu bersama untuk menyelesaikan masalah dan membina bersama negara ini sebalik lari ke negara lain.

Tidak mengapalah...
Pergilah...
Andai kau rasa kau sudah tidak memerlukan negara ini lagi...
Andai kau rasa sudah tiada cinta lagi pada negara ini...
Kerana negara ini juga...
Tidak lagi memerlukan orang yang seperti kau...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags:cerita hari merdeka kebangsaan 2018 negara tidak cinta suka benci pada negara sendiri malaysia

6 ulasan:

  1. ... mungkin istilahnya sama "lepas berak xnak flush" tau nak tandas bersih tapi xnak jaga kebersihan tandas....ntah la...

    BalasPadam
  2. Sesuai tak komik ni utk budak sekolah rendah?

    www.qiyabeauty.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Pabila budaya sarkastik memakan hati...ia takkan pergi mana-mana pun. Komplen memang no.1...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...