Isnin, 5 Ogos 2024

0 Jadi ahli sukan adalah Hard Mode dalam kehidupan

 1. Dalah kehidupan dewasa ini ada 2 jenis kerjaya. Kerjaya yang kau hanya compete dengan diri kau sendiri, atau kerjaya yang kau kena compete dengan orang lain. Aku memilih untuk kerjaya yang compete dengan diri sendiri. Aku takde kekuatan dan kegigihan untuk kerjaya yang satu lagi.

2. Pernah seorang guru cakap kat murid dia yang tak berbakat dan nakal, kalau kau takde bakat dalam buat benda lain, seni lukis ke, muzik, sukan, berlakon, debat, pidato, muka tak lawa tak hensem, dan sebagainya, kau belajar je lah. Belajar adalah benda yang sebenarnya semua orang boleh buat dan tak perlu bertanding dengan orang lain, jadi kau belajar je lah.

3. Sebab tu dari zaman sekolah, aku cuba belajar betul-betul, sebab aku hanya perlu compete dengan diri sendiri. Seperti contoh kalau UPSR dapat 5A, dan ada 20 orang lagi dapat 5A, takde masalah. Kau still dianggap berjaya oleh ibu bapa, cikgu dan sistem. Kemudian bila kau masuk universiti, dapat degree, masuk kerja, dapat selesaikan tugasan dan projek yang diberi, kau masih boleh dianggap berjaya. Kita semua boleh ketawa dan gembira ramai-ramai.

4. Berbanding dengan bidang yang kau perlu bertanding dan kalahkan orang lain, baru kau akan dianggap berjaya, aku tak sanggup. Bidang di mana tak semua orang akan ketawa ramai-ramai. Bidang di mana di setiap kegembiraan kita, pasti ada tangisan buat pihak yang lain.

5. Contoh paling utama adalah bidang sukan. Tak kira lah segigih mana kau berlatih dan berusaha, berdisiplin tinggi, hari-hari bangun awal, kena berlari mengerah kudrat membanting tulang, diet kena jaga, at the end, kau hanya dianggap berjaya bila menang dengan mengalahkan orang lain.

6. Masyarakat tak pandang pun pada proses. Mereka hanya menilai berdasarkan keputusan. Andai ada orang yang jarang berlatih tapi sangat berbakat, bila masuk bertanding dapat nombor 1, dia dianggap berjaya, berbanding orang yang berlatih macam nak mati, tapi akhirnya kalah, terus dianggap gagal.

7. Kadang kita rasa marah dan kecewa bila atlet kita kalah dalam pertandingan. Kita cakap lembik, manja, bazirkan duit rakyat dan macam-macam. Hakikatnya, ini adalah pertandingan. Untuk berjaya, kau kena kalahkan orang lain. Kalau kau rasa atlet kita hari-hari berlatih gila-gila, begitu juga atlet di negara lain. Sama je.

8. Kalau kau rasa atlet kita sia-sia bila kalah, begitu juga dengan rakyat 195 buah negara dalam dunia ini bila atlet mereka kalah. Pingat hanya ada 3, tapi yang mencuba nasib untuk mendapatkannya sangat ramai. Takkan semua yang masuk bertanding tu kena dapat tempat pertama?

9. Jadi pada semua atlet/ahli sukan, apatah lagi yang mewakili negara, ya menang itu bonus, tapi tak kira lah menang atau kalah, aku salute anda semua. Aku sendiri tak sanggup melalui kehidupan jerih seperi kalian. Kenapa anda terpilih wakil negara? Kerana di kalangan rakyat Malaysia, anda lah yang terbaik dalam kategori sukan tersebut.

10. Kalau kehidupan tu ada mode macam game, berapa ramai yang pilih Easy atau Normal mode, tapi mereka pilih Hard mode walau tahu betapa sukarnya laluan itu. Nak tak nak, somebody has to do it. Jadi syabas, dan terima kasih kerana mewakili kami yang lain dalam memilih Hard mode dalam kehidupan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ahli sukan atlet hard mode olimpik olympic 2024 malaysia

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.