Isnin, 6 November 2017

2 Apabila Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir besar

Semalam Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.


Keadaan yang semakin buruk ini menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu  pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di Pulau Pinang.

Bacaan lanjut di Astro Awani.

Antara gambar kejadian banjir di Pulau Pinang yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku:













Seperti biasa, ada orang yang mengambil kesempatan menangguk air yang keruh menjadikan musibah ini sebagai modal politik. Bila berlaku di negeri pembangkang, orang pro kerajaan kutuk. Bila berlaku di negeri kerajaan, orang pro pembangkang kutuk. Tidak kira kerajaan BN atau PR, semua pun warganegara Malaysia, semua pun membayar cukai, maka semua pun layak dibantu sewajarnya.

Malah bila ada orang tumpangkan orang Cina berlindung di surau pun ada yang mempertikaikan macam-macam. Banjir ni dah kira darurat. Kalau dah darurat, babi pun boleh makan. Kita tiada di tempat kejadian, kita tak tahu bagaimana keadaan sebenarnya di sana ketika itu, mungkin dah terlalu kelam kabut, maka tak perlu kita nak komen dan bersangka buruk sangat. Yang penting bila dalam keadaan macam ni kita kena ada perasaan ehsan, belas kasihan, empati dan simpati sesama manusia.


Ada riwayat tentang seorang pelacur masuk syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang hampir mati kehausan. Kerana sikap ikhlas dan ehsan terhadap makhluk lain yang dalam keadaan susah dan darurat, diampuni dosa-dosanya.

Kita dah tahun 2017. Cukup-cukuplah tu taksub politik. Cukup-cukuplah jadi terlalu ekstrimis pada bangsa dan agama. Musibah boleh berlaku pada siapa-siapa. Orang yang baik, orang yang jahat, ujian Tuhan itu boleh berlaku pada siapa-siapa pun, kerana ujian Tuhan itu ada 2, satu diuji dengan kesusahan, satu lagi diuji dengan kesenangan. Mereka diuji dengan banjir, kita yang senang ini pula diuji apakah kita boleh menjaga mulut dan hati dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik dan bersangka buruk. Yang pasti, kita bukan Tuhan sampai boleh tahu suatu musibah dan malapetaka itu berlaku disebabkan apa.

Sepatutnya bila negara kita ditimpa bala bencana seperti ini, ketepikanlah segala perbezaan. Ketepikan segala perbezaan politik, perbezaan kaum, perbezaan agama, perbezaan warna kulit, perbezaan darjat, untuk bersatu padu membantu antara satu sama lain. Kalau bencana itu berlaku di negeri kerajaan yang kita benci pun, ingatlah yang di negeri itu bukan hanya didiami oleh orang DAP, atau PAS, atau BN, atau PKR dan sebagainya, tetapi didiami oleh saudara-saudara sebangsa, seagama dan senegara dengan kita.

Nak bergaduh ke berdebat ke kemudian-kemudian lah. Yang penting selamatkan orang dan saling bantu membantu dulu kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Lepas dah reda nanti korang nak bertengkar korang bertengkar la.

Akhir kata, marilah kita doakan kesejahteraan mereka semua.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.







tags: banjir teruk pulau pinang hujan lebat lim guan eng mohon bantuan zahid hamidi atm rumah banglo mewah tanah runtuh mendap tanjung bungah bilal selamatkan orang kaum cina india berlindung dalam surau taman free school

2 ulasan:

  1. Ini semua ada puncanya Noob. Dulu Lim Going End, bukan main kutuk Kelantan masa banjir, sekarang dia yang kena. Bila Penang banjir, orang ingat balik apa dia kata kat Kelantan dulu. Orang upload balik dia punya speech supaya orang ramai ambil pelajaran. Itu je. Bukan politik sangat.

    Dulu cakap manyak sombong. Sikalang minangis mintak tolong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahas padan muka lim guang pig ..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.