Rabu, 8 November 2017

3 Penjelasan tentang sel kanser takut bawang putih

Hari ini dalam beberapa group Whatsapp aku dapat mesej tentang sel kanser yang dikatakan takut kepada bawang putih tetapi suka pada cincin emas. Mesej tersebut disertai dengan video yang tidak diketahui asal usulnya yang memaparkan demonstrasi bagaimana sel kanser tersebut melarikan diri dari bawang putih dan mendekatkan diri pada cincin emas serta diiringi sekali dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran.


Berikut adalah mesej yang banyak diforwardkan itu:
Assalam. Ini sel kanser yg dikeluarkan drp seorang wanita yg telah dibedah. Bila sel ini dihadapkan kpd sebiji bawang puteh sel ini takut dn menjauhkan diri. Tapi bila dihadapkan dengan cincin emas sel tersebut mendakati emas tu. Oleh itu pada pengidap2 penyakit kanser jauhi diri dari memakai EMAS. Untk mengurangkan kecepatan sel kanser berkembang..sebarkan kpd semua orang.

Aku tak tahulah si bodoh mana yang buat video itu, atau si bodoh mana yang terus percaya bulat-bulat. Tonton video ini untuk penjelasan tentang video karut itu:


Pertama, sel kanser takde hitam macam dodol. Sel kanser bukan bernyawa boleh gerak-gerak macam amoeba. Yang takut pada bawang putih ni cuma vampire je, tapi itu pun benda mengarut.

Kedua, benda macam jeli itu adalah magnetic slime atau magnetic clay mud atau ferrofluid, permainan kanak-kanak yang dibuat daripada slime dan serbuk magnet. Benda tu dah lama wujud kat negara lain. Boleh Google atau Youtube je benda tu belajar cara-cara nak buat benda tu. Nak beli kat Lazada pun ada.


Ketiga, macam mana dia gerakkan jeli hitam tu? Mesti la ada trick dia. Letak besi bawah pinggan atau meja tu ke. Alah kalau nak menipu tu macam-macam cara. Banyak je orang dah dedahkan penipuan perubatan-perubatan alternatif macam berubat guna lampu kalimantang la, bedah batin la, produk pseudosains la, macam-macam, konon boleh sembuhkan orang tapi sekadar kesan placebo. Orang yang selalu buat persembahan magic tu lagi la macam-macam magic trick dia buat.

Keempat, kenapa dia nak menipu? Orang dalam video itu mungkin bomoh atau pawang yang mendakwa dirinya boleh menyembuhkan penyakit kanser. Video tu mungkin dia rakam waktu ada orang nak berubat dengan dia terutama orang perempuan, maka dia buat demo yang hiasan emas ini boleh memudaratkan lagi pesakit kanser. Sebagai cagaran atau pengeras, dia minta emas tu untuk dia simpan agar rawatan dia lebih mujarab.

Kelima, masukkan ayat-ayat Al-Quran dalam video tak menjadikan suatu yang salah itu benar. Al-Quran adalah panduan kepada umat manusia, bukan untuk menipu dan memperdayakan orang. Berhentilah mempergunakan agama demi untuk kepentingan sendiri dan memperbodohkan orang lain.

Keenam, jangan mudah percaya dengan benda-benda pelik macam ni. Siapa yang percaya memang bebal. Siapa yang percaya dan sebarkan pula kepada orang lain agar orang lain turut percaya, dia dua kali bebal.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: video sel kanser hitam dodol jeli bergerak tak suka benci takut bawang putih dekat cincin emas bomoh pawang rawatan cancer cell penjelasan garlic vampire afraid placebo effect

3 ulasan:

  1. Beza antara orang cerdik dan bodoh ialah pada kritikal thinking. Orang cerdik akan tanya dan siasat dahulu maklumat yang diterima. Kalau takde jawapan, letak dulu dalam "waiting box". Orang bodoh akan percaya bulat-bulat hanya kerana "aku sendiri tengok dengan mata kepala aku, sel knaser tu bergerak".

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum
    Kok bisa jely seperti yang anda bilang bisa menjauh gara2 bawang putih, katanya dari maghnet.
    Terus kalau dari magnet kenapa bisa menempel ke emas, sedangkan emas tidak bisa menempel ke magnet

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.