Iklan Leaderboard

Khamis, 9 November 2017

0 Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Banyak perkara aku minat. Salah satunya adalah muzik. Aku boleh layan macam-macam genre muzik. Aku boleh dengar lagu Melayu, lagu bahasa Inggeris, lagu loghat negeri, lagu Indonesia, lagu Jepun dan lain-lain bahasa asalkan melodi dia sedap ikut halwa telinga aku. Dulu aku pernah juga nak ada band atau kumpulan muzik sendiri, nak cipta lagu sendiri, tapi memandangkan aku tak berapa pandai main alat muzik, dan suara aku pula tak sedap macam Khai Bahar, terpaksa aku lupakan dan menyanyi dalam kereta dan tandas sahaja.

Tapi sekarang dengan kewujudan pelbagai teknologi, alat muzik sudah boleh dimainkan dengan menggunakan komputer, suara juga sudah boleh diubah pitch menjadi suara chipmunk, muzik video pun boleh dibuat sendiri dengan pelbagai perisian, maka terhasillah lagu sulung aku yang berjudul "Pergi".




Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Aku hanya insan biasa
Yang tidak punya apa-apa
Hanyut dibuai alam nyata
Terperangkap dalam kecewa

Lari, lari, dari realiti
Lari, lari, ku takkan kembali
Pergi, pergi, biarku sendiri
Pergi, pergi, takkan kembali lagi

Masih merangkak langkah ini
Menempuh jalan yang tak pasti
Hanya kegelapan di sisi
Sinar cahaya yang di nanti

Lari, lari, dari realiti
Lari, lari, ku takkan kembali
Pergi, pergi, biarku sendiri
Pergi, pergi, takkan kembali lagi
Takkan kembali lagi

Aku hanya insan biasa
Yang mahu temu bahagia

Lari, lari, dari realiti
Lari, lari, ku takkan kembali
Pergi, pergi, tinggalkan ku sendiri
Pergi, pergi, takkan kembali lagi

Pergi, pergi, tinggalkan ku sendiri
Pergi, pergi, jangan kembali lagi

Muzik/Lirik: Prince of Noob


Lagu ini bukanlah mengisahkan pasal awek, sebaliknya tentang seseorang yang cuba lari dari kegelapan yang sudah lama menghantui diri. Maaf kalau tak sedap. Ini cubaan pertama aku. Kalau ada yang nak jadi penyanyi tak berbayar amatlah dialu-alukan hehe.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: buasir otak the muzik lagu song single pergi indie lirik ciptaan sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...