Iklan Leaderboard

Ahad, 20 April 2014

22 Tips elak kesesakan lalulintas di lebuhraya

Anda seorang pengguna lebuhraya tegar? Anda menggunakan lebuhraya utama setiap hari untuk pergi dan pulang dari pejabat? Seringkali menghadapi kesesakan lalulintas di lebuhraya? Sentiasa nampak orang lain potong barisan? Selalu rasa stress sehingga terpaksa guna laluan kecemasan? Sakit hati melihat laluan 3 lane menjadi 2 lane disebabkan 1 lane terpaksa ditutup disebabkan kerja2 construction? Selalu rasa macam nak maki pak menteri sebab hari2 terpaksa menempuh jem walaupun anda dah bayar tol? Jangan risau, berikut adalah tips dan cara2 untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.


1. Jangan guna lebuhraya, guna jalanraya biasa dan jalan2 lama, dijamin anda tidak akan berhadapan dengan kesesakan lalulintas di lebuhraya walau anda mungkin berhadapan dengan kesesakan lalulintas di jalanraya.
2. Keluar ke pejabat jam 4 pagi dan pulang ke rumah jam 12 malam, nescaya tidak akan ada kesesakan di lebuhraya.

3. Jangan naik kereta kalau nak guna lebuhraya, gunakan motosikal. Walau ada kesesakan lalulintas di lebuhraya, anda pasti tidak akan terperangkap.

4. Gunakan pengangkutan awam seperti kereta api, komuter, LRT, MRT dan monorel, anda pasti tidak akan rungsing dengan kesesakan di lebuhraya, cuma mungkin akan rasa sesak nafas sahaja.

5. Naik bas ekspress dan tidur. Walau lebuhraya sesak, anda tidak akan rasa apa2 kerana bila anda bangun, tau2 dah sampai ke destinasi.

6. Sewa atau beli rumah yang berdekatan dengan pejabat anda yang tidak memerlukan anda lalu lebuhraya.

7. Tukar atau pindah kerja lain yang berdekatan dengan rumah yang sedang anda diami sekarang.

8. Berusaha menjadi menteri dan anda akan dapat driver dan pengiring yang akan membuka laluan yang lancar kepada anda walaupun keadaan di lebuhraya sedang sesak.

9. Berhenti kerja dan duduk rumah sahaja. Jangan pergi ke mana2 terutama lalu lebuhraya.

Ya, Itu adalah tips untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya. Serius, cakap la apa pun, maki dan carut la macam mana pun pada operator khidmat pelanggan lebuhraya, ia tidak akan mengubah apa2 pun. Tapi aku faham, sumpah seranah dan orang melayu memang berpisah tiada.


Dan tips untuk pihak berkuasa dan syarikat lebuhraya untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di lebuhraya? Entah, bina lebuhraya 10 lane, mungkin? Mana aku tau, itu korang punya tanggungjawab korang fikir la sendiri macam mana kaedah terbaik nak kurangkan kesesakan lalulintas di lebuhraya. Kalau masalah macam ni pun tak boleh nak setel dan terpaksa kami yang bagi idea, buat apa kami pilih korang untuk selesaikan masalah2 kami?




tags: tips cara panduan kaedah elak mengelakkan kesesakan lalulintas lebuhraya lebuh raya plus elite karak ldp lpt skve nkve lekas trafik traffic jam jalan jem jalanraya audio rekod pelanggan pengguna telefon customer service center hotline talian khidmat pelanggan operator kena maki caci mencarut hina kutuk hamun kerja ulang alik melaka kl selama 5 bulan

22 ulasan:

  1. mat nor marzuki21 April 2014 12:08 PG

    setiap kali aku lalu mmg akan jam
    kalo tgh jam
    lg btmbh jam
    sb dorg tgk kerete ferarri aku

    sedih ak tgk melayu yg x mampu
    keje malas
    hutang je tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape yg ko mengarut ni bingai, ko tgk ko sendiri ke dlm cermin.

      Padam
  2. I still believe yg gov shud improve public transport instead menambah jaringan jalan raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xactly,tpi aku malu la nk naik public transport..mntallity org pompuan,"handsomny mamat uh,tpi ksian ah dh lah x mampu bli krta,trpaksa naik mrt..

      Padam
    2. Wat pe nak malu..kalau ada pompan kate gitu nmpk sgt materialistik....

      Padam
    3. Setuju. Sistem bas mcm cil@k@ sapa nk naik? Bina landasan ketapi pun x guna kalau xde sistem bas feeder yg baik

      Padam
  3. kalau sorang bawak satu krta pi tmpat krja mmg blambak krta kt jalan raya..cuba kurangkan bilngan krta uh..kalo ada mmbr2 atau workmate ke leh ah tumpang skali..ni tidak,sekor2 nk bwk krta mmg la sesak nk mampos..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lps tu semua yg tumpang buat x tau bab duit tol n minyak. Sampai dah gaji pun buat mcm x de apa berlaku

      Padam
  4. Fuh..nasib baik aku g keje naik helikopter

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tumpang sorang!?

      Padam
  5. Tambah lane kat highway ni kerja takde kesudahan.

    1. Bila sesak, tambah lane, jadi lega/selesa.
    2. Bila lega/selesa, makin ramai naik kereta pasal public transport fakap.
    3. Jalan jadi sesak semula.
    4. Ulang No. 1

    BalasPadam
  6. tension kalau hari2 jem .dah hilang kesabaran dah tu

    BalasPadam
  7. ko ni jgn la bg alasan bodo mcm menteri..
    pastu post kat blog..
    annoying la..
    sebelum ni mmg aku respek sesgt kt blog ko sbb bg info yg bagus2..
    tapi bila post camni..
    jatuh tahap respek aku kt blog ko ni..
    da mcm tahap blog macai fitnah n bdk2 sek yg nk bru knal dunia
    harap terasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah aku dah terasa la. btw aku tulis blog bukan untuk peroleh respek daripada siapa2. kalau kau rasa aku bodoh ke, macai fitnah ke, budak2 sekolah baru nak kenal dunia ke, jatuh tahap respek ke, its ok, takde masalah pun bagi aku. nama blog pun "buasir otak", bukan "blog ilmiah yang penuh dengan ilmu2 dunia dan akhirat".

      Padam
    2. haha..
      sbnrnya kandungan kat blog ko ni kbykn mmg bagus2..
      daripada baca blog2 lain yg ntah ape ntah isinya..
      terbuka juga minda aku yg kolot molot ni..
      sbb sblum2 ni rsnya ko xda la post isu2 yg merapu..
      tapi bila baca post ko brknaan tips utk elak jem..
      rsnya aku telah diprmainkan..
      tu aku yg jd bengang sbb slalu harung jem..
      haha..
      mohon jgn serik la kna komen dgn aku..
      haha..
      keep up your good work

      Padam
    3. tak serik apa pun. komen ikhlas ko jauh lagi bagus daripada komen2 lahanat wan nor marzuki dan ahmad yang dulu. btw post2 aku sebelum2 ni pun banyak je yang merapu, mungkin ko tak jumpa lagi kot. dan kalau ko baca tips2 aku tu, memang itulah tips untuk elak kesesakan di lebuhraya bagi seorang rakyat marhaen, walaupun mostly tips2 tu bangang2 dan tak masuk akal, tapi itu jelah yang rakyat marhaen mampu buat. nak bagi tips kepada kerajaan, bukan diorang peduli pun. yang jadi menteri dan pegawai2 tinggi kat gomen tu bukannya bodoh2, semua pandai2, cuma tinggal nak gunakan otak tu je

      Padam
    4. siapa sim2096 ni? mesra semacam je noob ni...

      Padam
  8. Hapuskan tol. Tol penyebab jem.. Kalu jem jgk sekurang2nya x sakit hati pasal kene bayar.

    BalasPadam
  9. Boleh la apply tips noob bagi tu. Ada flyers tak?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...