Iklan Leaderboard

Rabu, 16 April 2014

35 Bacaan tarhim dan azan terlalu kuat satu gangguan?

Heboh satu Malaysia dalam minggu ini apabila seorang pakcik berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Mohd Said membuat laporan polis berkenaan bacaan tarhim dan azan yang dikatakan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Isu ini menerima maklumbalas yang pelbagai dari masyarakat Malaysia.


Ada yang menyifatkan ianya sungguh memalukan kerana laporan tersebut agak luar biasa kerana dilaporkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam sendiri dan bukannya datang dari penganut agama lain yang dikategorikan bukanlah luar biasa. Berikut adalah laporan polis yang dibuat.


Laporan ini ada dipaparkan di laman Facebook kami dan menerima ribuan maklumbalas dari orang ramai.

Noorhasbira Kamaruddin menulis, “Tu Allah nak bagi kesedaran pada dia.. dilaungnya Azan kuat kuat supaya bergegar kepala otak dia tu yg tak berapa nak betul dah tu..tapi tulah…hati dah beku..siap boleh gi report lagi..”

Ada juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut;

Haishh Ckpmndewgitu pula menulis, “Dah kalu pak cik nyatekan ‘Terlalu Kuat’. mmg x boleh la .. mne boleh bleh wt sesuatu ibadat itu menganngu org lain .. mcm kitesolat tahajjud tgh mlm.duk satu pondok.. shinngaa mnggngu kwn kite tgh tidoo .. dye x nk thjud dye punye psl laa.. x boleh laa.. myb pakcik tu x boleh mndgr bnde kuat2 … walaupun kite tahu org tu haty busuk sekalipon kite x boleh nk pegi azan kuat2 n nyaring kt telinhe dyee …”

Ada yang menyifatkan agak memalukan juga apabila ada non-muslim yang begitu menyenangi laungan azan lebih daripada segelintir orang Islam itu sendiri.


dan pelbagai lagi pandangan diterima dari orang ramai. Satu respon dari Violet Virgo lebih menarik;

Menemui Pak Leman,

Dengar cite, Pak Leman famous betul di facebook sekarang? Kes report polis, azan kat surau kita tu bunyi bising sangat katanya.

Saya sebagai jiran rasa terpanggil untuk menulis surat kepada Pak Leman. Saya percaya Pak Leman orangnya baguih dan berwibawa serta bertoleransi.

Ada beberapa perkara lah nak sentuh.
1. Dalam report Pak Leman, tercatat rasa tidak puas hati tentang bacaan Tahrim yang dipasang melalui corong speaker surau perumahan kita. Bukan Tahrim ya Pak Leman. Tarhim. Tahrim tu Surah al-Tahrim kot. Bacaan Tarhim sebelum azan Subuh. Sangka baik saya pada Pak Leman, mungkin Pak Leman tak setuju sebab Pak Leman dah kaji tentang bacaan Tarhim ni. Ada kata bida’ah. Ada kata bida’ah hasanah. Ada kata tak boleh. Tak ada dibuat sejak zaman Nabi. Tak ada dibuat di Mekah dan Madinah. Benda baru je ada. Tak apa, boleh diterima kalau Pak Leman tak suka tarhim. Mungkin Pak Leman lebih setuju dengan azan pertama dilaksanakan.

Pendapat peribadi saya sebagai orang di perumahan ni, saya suka dengar bacaan Tarhim ni. Tak lama pun dipasang. Start imsak sampailah waktu azan. Dalam 10 minit lebih kurang. Ada juga yang mula setengah atau sejam awal (pasang al-Quran). Dalam bacaan itu, terkandung makna selawat pada Nabi s.a.w. dan membesarkan Allah s.w.t. Bacaannya tenang saja. Bukan qasidah mahupun nasyid. Ada juga pasang bacaan al-Quran, lagi best. Orang dengar bacaan al-Quran pun dapat pahala. Kalau bulan puasa, bila dengar rakaman tarhim ini dipasang, senang nak cam waktu dah Imsak. Sahur dah nak habis. Fungsi lain, senang nak tahu dah ada orang dekat surau. JKKK dah sampai surau. Surau dah buka. Bolehlah berkunjung ke surau tunggu masuk Subuh sambil solat sunat atau baca Quran.

Baguihlah sebab secara tidak langsung, kejutkan orang-orang kawasan ni bangun tidur. Ramai-ramai boleh turun surau solat Subuh. Makin ramai berjemaah Subuh, tandanya agama Islam kita makin kuat kan? Takkanlah nak tunggu azan Subuh berkumandang baru nak menggeliat bangun. Lewatlah nanti ke surau atau masjid. Betul tak?

2. Dalam report tu, Pak Leman komplen pasal azan. Pak Leman, zaman Nabi dulu naik bukit, naik tempat tinggi semata-mata nak laungkan azan supaya satu daerah tu dengar tau tak? Bilal bin Rabah punyalah lantang lagi merdu suara beliau. Fungsi azan Subuh bukan nak kejutkan orang tidur semata-mata. Tapi nak habaq pada semua orang yang ada telinga, tunaikan solat itu lebih baik daripada tidur. Bangkit dari tempat tidur, siap-siap, pergi surau berjemaah bagi lelaki.

Cadangan peribadi saya pada Pak Leman, lain kali kita pergi balai sama-sama. Ajak saya sekali. Nak report polis, majlis-majlis kenduri kahwin dekat perumahan kita ni kuat sangat pasang karaoke dan lagu. Sampai masa solat pun tak tutup.

Atau kita report polis, lelaki-lelaki dalam kawasan kita ni ada 400 orang. Yang turun solat jemaah ada la 10 orang tua kerepot. Tak boleh tu. Report malas turun berjemaah.

Amacam?

Esok pagi, jangan lupa turun jemaah sama-sama. JKKK dan ahli jemaah nak belanja Pak Leman makan pagi. Nak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Sebab Pak Leman tak kenal kami, sebab tu Pak Leman tak cinta kami.

Akhir kata,

“Assolaatu Khairun Minannaum.”

p/s: Bersama surat ini disertakan sekali dua gabus getah special edition untuk telinga Pak Leman andai azan esok pagi mengusik kalbu Pak Leman sekali lagi. Lupa nak habaq, speaker surau dah tambah yang lagi power tau. Report Pak Leman telah menyebabkan ramai orang bersimpati lalu bersedekah pada tabung surau kita.

Tulusly dari jiranmu yang hulur surat ikut celah bawah pintu rumahmu,
— Manap.

dan satu lagi ini juga perlu anda fikir-fikirkan.
Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaanTarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari……nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam. – Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Isu ini tidak berkesudahan menjadi buah mulut orang. Petang semalam kami menerima email beserta beberapa keping gambar dari seorang pengirim rahsia yang menyatakan UMNO bahagian telah menziarahi pakcik tersebut dan berikut adalah gambar-gambarnya.



Jadi di sini terpulang kepada penerimaan anda. Pada kami, Pakcik tersebut mungkin ada alasannya yang tersendiri kenapa dia sanggup bertindak sampai begitu sekali. Mohon usahlah diserang lelaki ini tetapi ada baiknya jika datang mendekatinya dan bawalah berbincang. Ikut jalan penyelesaian yang dianjurkan Islam.



1. Artikel di atas di copy paste dari Oh! Media Network. Baca pula artikel dari Sozcyili pula di sini.

2. Isu ini bukan isu baru. Tahun 2011 dahulu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pernah mengeluarkan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

2. Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya turut menyokong larangan tersebut.

3.  Ustaz Asri pernah menulis bacaan selain azan di pembesar suara patut dihentikan berdasarkan kisah Nabi s.a.w yang melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Baca artikel penuh di sini.

4. Berdasarkan sumber di sini, melakukan zikir kepada Allah atau membaca al-Qur'an, kedua-duanya adalah amalan yang dianjurkan (sunat). Namun jika amalan ini dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain; seperti orang yang sedang beribadah, sedang tidur dan sebagainya maka ia menjadi haram.

5. Ustaz Love juga mempunyai pandangan yang sama seperti di sini, termasuk juga Ustaz Nor Amin yang menulis pandangannya di sini.

6. Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga pernah tidak bersetuju amalan bacaan Al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

7. Penulis dari MyKMU.net pula mempunyai pandangan berbeza iaitu bacaan Al-Quran melalui corong pembesar suara masjid ini adalah satu amalan yang sangat baik di zaman moden ini. Ketika akhir zaman ini, iman dan Islam semakin nipis dihati umat Muhammad SAW. Sewajarnya mereka dikejutkan oleh bacaan Al-Quran sebagai “pra-azan” sebelum memanggil mereka untuk berjemaah di surau dan masjid. Pengharaman ini padanya merupakan satu lagi usaha untuk menghapuskan semangat mengimarahkan syiar Islam di negara ini.

8. Dalam kes En. Mohd Said dalam laporan polisnya, beliau mengatakan yang beliau terganggu bukan hanya kerana bacaan tarhim malah laungan AZAN yang terlalu kuat. Aku faham kalau dia rasa terganggu dengan bacaan tarhim, tapi takkan laungan azan yang kuat pun rasa terganggu? Bukankah azan perlu dilaungkan dengan kuat untuk memberitahu yang sudah masuknya waktu solat dan menyeru umat Islam untuk mengerjakan solat? Dan beliau juga memilih untuk menyewa rumah berdekatan dengan masjid, what to expect? Azan Subuh dilaungkan dengan perlahan agar beliau rasa selesa dan tidak terganggu?

9. Tapi kalau rasa terganggu pun, perlu ke buat laporan polis pasal isu ini? Tak boleh ke sekadar lapor kepada Majlis Agama dan berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Masjid?

10. Perlu juga ke orang lain mengugut untuk menghalau En. Mohd Said pindah dan duduk dalam hutan hanya kerana dia buat laporan polis? Memang begitu ke caranya dalam Islam? Tidak boleh duduk berbincang dan berhujah dengan dalil dan fakta secara ilmiah?

11. Kalau yang buat report ini bangsa lain seperti orang Cina atau India, pasti mereka akan terus dicop menghina Islam dan menjadi isu perkauman lantas muncullah perwira dan pejuang2 bangsa dan agama untuk mempertahankan Melayu dan Islam membuat protes, demonstrasi dan baling cat merah di rumah mereka.

12. Macam mana laporan polis boleh tersebar dengan begitu mudah di Internet? Adakah pengadu sendiri yang sebarkan? Untuk apa pengadu sebarkan di Internet? Agar orang semua boleh mencemuh dan membenci beliau?

13. Ini bukan kes pertama laporan polis tersebar di Internet. Sebelum ini pun dah banyak kali termasuk isu awek yang ambil gambar #doggyselfie dengan pakwe dia kat tandas Petronas di mana laporan polis remaja wanita tersebut telah tersebar di alam maya siap dengan nama penuh, no kad pengenalan, alamat rumah dan no telefon. Rasa2nya adakah beliau sendiri yang menyebarkan laporan polis itu di Internet hanya untuk mendedahkan maklumat dirinya kepada umum dan menambah lagi aib pada diri sendiri?

14. Aku bukan nak cakap yang menyebarkan laporan polis itu anggota polis, tapi ada kemungkinan kerana laporan polis tu hanya pengadu dan pihak polis sahaja yang memilikinya. So kalau lepas ni asal orang buat laporan polis dan laporan polis tu dengan begitu mudahnya tersebar di alam maya, semakin ramai yang takut untuk buat laporan polis. Orang buat laporan polis untuk melindungi diri mereka, tapi sekarang ini orang yang buat laporan polis pula makin terancam kerana habis maklumat mengenai diri bertebaran di alam maya.

15. Sebelum2 ini juga sudah banyak dokumen2 kerajaan yang disebarkan sendiri oleh kakitangan kerajaan yang mempunyai akses terhadap dokumen tersebut seperti draf aturcara program lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin ke Dubai yang mengandungi program bermain golf di kelab mewah sehingga Ketua Setiausaha Negara (KSN), TS Dr. Ali Hamsa terpaksa memberi amaran kepada mana2 penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat daripada perkhidmatan.

16. Pihak berkuasa dan majlis agama perlu mengeluarkan satu garis panduan mengenai bacaan Al-Quran melalui pembesar suara yang terlalu kuat terlalu di luar masjid yang boleh mengganggu jemaah lain untuk beribadat serta masyarakat agar umat Islam dan juga yang bukan Islam tidak lagi terkeliru.

17. Namun yang dikatakan gangguan itu sepatutnya bukan hanya terhad kepada bacaan Al-Quran yang terlalu kuat di pembesar suara masjid sahaja, banyak lagi aktiviti2 lain yang turut boleh mengganggu keharmonian masyarakat, mendatangkan gangguan kepada anak2 kecil, warga tua dan lain2 seperti acara karaoke pada majlis2 kahwin yang diadakan di kawasan taman perumahan, ceramah2 politik yang diadakan berdekatan kawasan perumahan, bunyi2 mercun yang sangat bising dan bingit terutama pada waktu malam musim2 perayaan, upacara2 agama lain seperti berarak di jalanraya yang sangat menganggu pengguna jalanraya dan pelbagai lagi jenis gangguan.

18. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengeluarkan garis panduan terhadap gangguan2 lain juga, bukan hanya kepada gangguan yang melibatkan agama Islam sahaja, biar adil dan tidak berat sebelah, sebab kita tak mahulah sampai satu tahap nanti di mana masyarakat rasa suasana bising kerana bacaan ayat Al-Quran itu suatu gangguan, tapi suasana bising kerana lagu2 yang lagha dan melalaikan bukanlah suatu gangguan.




tags: isu bacaan tarhim laungan azan terlalu kuat laporan report polis mohd said masjid pembesar suara speaker pasir gudang johor halau pindah duduk hutan umno lawatan jawapan dr maza ustaz asri juanda jaya nik aziz nik mat tok guru mufti pulau pinang larangan mengganggu keharmonian masyarakat tersebar viral internet alam maya doggyselfie #doggyselfie gambar remaja wanita @aslinda_pit nuraslinda afrizal twitter aksi panas heboh kecoh tpm timbalan perdana menteri pendidikan muhyiddin yassin main golf lawatan dubai makanan kelab mewah ksn pecat penjawat awam bocor rahsia sulit integriti

35 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kalau bukak speaker kuat2 ceramah sampai pukul 11 mlm tu dah kira mengganggu.. tak kena masa dah.. 15 biji speaker tu.. 4 bijik speaker masjid pun dah cukup kuat dah boleh dengar hingga lebih 200 meter.. bayangkan kalau 15 bijik speaker, rumah dekat je 10-20 meter! Kalau sekali sekali boleh tahan lagi.. kalau hari-hari.. siapa-siapa pun naik angin jugak.. orang dalam masjid mungkin tak dengar sangat kekuatan speaker 15 bijik kat luar tu

      Padam
    2. ntah la tapi pada aku ni salah satu bukti kita islam di Malaysia.. kurangnya suasana ingat Allah...

      p/s: tmpt ak ad gak mcm ni dan ada 3 jenis org, ada kata bagus, ada kata bidaah mengacau orang, aku pulak tak kisah (sebb benda ni sesuai ngan org mcm aku lagi2 time tidur waktu subuh susah nak bangkit)

      Padam
  2. saya setuju 100% dengan cadangan tuan prince nub..harap dapat sebarkan link2 ni kepada fb majlis agama islam dan pihak polis juga..padat dan padu tuan:-)

    BalasPadam
  3. Sokong ust. MAZA... niat phak msjid/surau tu baik tp xkna dgn syariat... pakcik ni kseorangan kot... so dia buat la bnda ni utk dpt prhatian...

    BalasPadam
  4. Ulasan yg hebat dari putera noob...

    dkt kg gua. rumah parent dgn masjid jarak dlm 1km lebih. tetapi tiap kali gua balik kg, time subuh je gua tersedar kerana azan yg kuat & setiap kali pas maghrib suara ustaz2 yg bg kuliah maghrib gua dpt dgr dari rumah dgn jelas

    Dkt sini tempat gua keja umah sewa gua dgn masjid xsampai 500meter tapi suara azan dgr mcm bunyi kentut dlm kain. xmampu nak kejutkan org bangun pg...

    So kesimpulan gua, mana yg kita nak. suara azan slow membuatkan kita terus tidur xsembahyang subuh? atau azan yg kuat yg mampu mengejutkan org islam dari tido utk bersolat?

    Bg gua, hanya org yg jenis xsembahyang je yg sanggup buat repot mcm ni. ganggu time tido dia. kalau dia ni jenis jaga sembahyang, dia sepatutnya berterima kasih kpd muazzin kerana mengejutkannya dari tdo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. So kalau kau x dgr azan kau x solat la? Bagusnye kau, cukup berdisiplin dn istiqamah dlm mngerjakn solat wajib 5 waktu..

      Padam
  5. zaman dulu ada speaker ke?
    zaman dulu orang hisap rokok ke?
    zaman dulu ada internet ke?
    bukan Islam yg berasaskan tamadun.
    tapi tamadun yg berasaskan Islam.

    BalasPadam
  6. Noob...dlm report tu kan dia ada tulis dia dh bincang ngan ajk dan dh report kat pejabat agama tapi tak dilayan.
    Bila pakcik tu buat report...barulah terhegeh hegeh pejabat agama nak siasat.Kalo dr awal settle...takde kecoh kecoh camni.Yg tercalar imej islam gak.
    Btw...yg so called pejuang Islam tu jugak memalukan sbb pergi tampal amaran mcm tu...kalo diorg rasa pakcik tu biadap...diorg pun sama jugak.Yg tercalar imej Islam gak sbb menunjukkan contoh mcmmana kita handle bende mcm ni.
    Tapi byk point ko yg aku setuju.....

    BalasPadam
  7. Klau kt tmpt sya ni psang ngaji sblom solat mmg kuat sngt2...byangkanla klau kiter duk dlm umah berbual smpai tk dengar stu sma lain...ank kecik sya mmgla trjge klau tgh tdo...puas dh sya bgtau kt AJK masjid...sya skong pndpt dr maza...nk psang boleh tp jgnla smpai kuat sngt2...jd mnganggu sbenarnyer...yg tk rsa bolehla ckp mcm2 yg rsa lma2 mmgla tk boleh tahan...jgn slah sngka sya jemaah yg istiqomah solat jemaah kt msjid umah sya ni...maaf klau ader trsa dn trslah sngka...sokong KEDEPAN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus ko ni. mungkin ko xpernah miss solat subuh berjemaah dkt surau..

      Aku xpnah rasa bacaan ayat al quran mengganggu idup aku. kalu ko rasa terganggu dgn bacaan al quran. pindah rumah lain.

      Bak kata menteri xsuka malaysia kuar malaysia. ni xsuka dgr org ngaji. ko bleh pindah tempat yg senyap contohnya dlm hutan xpun dlm gua atau buat rumah tepi kubur..

      Al quran ni akan dtg pd hari kiamat nanti memberi syaafaat kpd insan istimewa yg allah khendaki. mudah mudahan ko tergolong dlm golongan tersebut.

      Padam
    2. Trima ksih ats doa...

      Padam
    3. ada adab mendengar ayat2 Quran. antaranya kena duduk diam2 dan dengar dgn khusyuk. kalau bacaan Quran diperdengarkan melalui speaker masjid dan surau, bagaimana org nak buat kerja2 di rumah jika mereka perlu mengikut adab mendengar bacaan? x semua org boleh berhenti dan mendengar bacaan Quran. bagaimana pula jk bacaan itu terlalu kuat? bunyi kuat x kira dari sumber apapun boleh menyebabkan gangguan kesihatan dan stress dalam jangka masa panjang

      Padam
    4. anon 1213..bezanya apa yg dia ckp tu ialah bunyi yang kuat. memang dengar bacaan al-quran tu menenangkan. tp ni bunyi yang kuat. nabi tak pernah suruh pun nak pasang tu, kena pasang kuat2 sampai pening kepala jadinya. bohong la kalau org pasang bacaan al-quran kat tepi ko kuat2 sampi naik ke otak pun ko boleh tenang. agak2 la nak hiperbola tunjuk alim pun. berdosa tau tipu.

      Padam
    5. Anon 530.......TERBAIK! +1111

      Padam
  8. mat nor marzuki16 April 2014 10:41 PG

    NOOOB

    MNTK TOLONG SGT


    MNTK TOLONG ULAD PASAL SAMSENG BOLA SEPAK

    CM SMLM
    JOHOR VS PERAK

    DH MCM APA

    DGN IJF NYE
    DGN SSU NYE

    AKU NK BC PNDPT KO TNTG NI

    KO JRG ULAS SAL SUKN KN HIHIHI

    SYGG NOOB

    BalasPadam
    Balasan
    1. abang noob dah ulas pasal benda ni...boleh baca post lama2...btw, kenapa taip macam tu dik? rosak bahasa dik...eja lah betul2...

      Padam
    2. Bahasa kita pun bahasa pinjam
      Apa yg nak d banggakan?

      Padam
  9. senario menarik:

    penduduk A: kurang ajaq la pak mat tu, ada pulak pi report kata azan kuat sangat. memang sesat, munafik, kapiaq, hanyut dan org tua ni.
    penduduk B: tu la, kita dok lama dah kat sini, tak pernah pun rasa azan tu kacau kita tidoq.
    penduduk C: hampa lama dah dok sini, azan tak kacau tidoq, sebab tu tak mangkit tidoq bila azan..surau pun tak pernah jejak.


    penduduk A: kecoh la pak mat tu, wat malu jer kat org bukan islam.dah tua tu insaf2 la.ada pulak azan tu dikatanya kuat sangat.
    penduduk B: kira untung la dia, dok dekat surau..speaker 15 bijik menghadap rumah dia. kita ni dok jauh sampai bunyi azan dengar macam bunyi angin bertiup sayu..macam bunyi bisik aje. tu yg tak ganggu tido.hehe
    penduduk A; subuh pun sayu je meninggalkan kita..

    penduduk A: kita boikot pak mat! celaka punya org tua! sesat!sesat!!!!!
    penduduk taman : ya!!!!kita bakorrr
    (namun subuh tetap dua tiga kerat org tua je yang datang surau)

    itulah yg menariknya budaya masyarakat kita. ramai yang langsung tak jejak ke surau..solat 5 waktu pun tinggal..tapi bila ada seseorang yang tampil menyuarakan perasaan dia, kita rejam dia cukup2 tanpa dengar apa sebabnya. waktu tu kitalah yang tak tinggal solat,kitalah kaki surau,kitalah pak ustaz. kita hidup atas dasar "tunjuk baik bagi org nampak". Tak ramai yg cuba selesaikan masalah, tapi lebih kepada memperbesarkan masalah. Sokong cadangan noob.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang kita ni suka hentam sesuka hati tanpa ambil tahu dahulu cerita di sebaliknya....terlalu gelojoh nak tunjuk baik...

      Padam
    2. Btul tu bro. Daripada dok hurai panjang lebar kepentingan azan, zaman nabi semua tu..tak selesaikan masalah pun. Kasi confirm dulu punca masalahnye. Hal speaker terlampau kuat ke, atau apa sebenarnya yg buat dia bertindak buat report. Dah cnfirm apa puncanya..kalau hal speaker terlampau kuat..boleh dikurangkan dan ubah kedudukan.tapi kalau dia dah betul2 memang nak jadi kafir, panas telinge bile dngr azan..mmg
      saje cari nahas la.

      Padam
  10. itulah mentaliti orang kita: langsung tak boleh terima teguran dalam bab islam. tegur sikit dah cop orang macam2, serang peribadi. bagaimana org islam nak maju kalau tak boleh terima atau mengkaji sesuatu kritikan? sudah2 lah dgn siege mentality tu. cubalah fikir dan kaji dulu baru nak melenting.

    pakcik tu mesti ada sebab yg kukuh utk dia buat report polis. lagipun, azan dan tarhim pakai speaker ni sunnah ke? kalau bukan, kenapa nak pertahankan? tolong jangan gunakan alasan utk panggil org g masjid atau surau. kalau org tu suka g masjid dan surau, x payah nak panggil; dia sendiri tau masa nak pergi. disiplin diri, x payah org lain kasi ingat.

    jangan samakan kenduri kawin dgn azan dan tarhim. kenduri ada 5 kali sehari ke pasang loud speaker? kalau x suka kenduri kawin bunyi kuat, g la komplen kt tuan rumah atau report polis.

    kesimpulannya, azan dan tarhim pakai loud speaker ni bukanlah sesuatu yang wajib dibuat. ada ruang kompromi. sebagai seorang islam yg menjaga solat, anda tak perlu speaker masjid dan surau utk mengingatkan anda pergi bersolat. jika merasakan benda2 itu perlu, maka anda bukanlah seorang yg bertanggungjawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya skong pendpt yg bernas dr awk ni...

      Padam
    2. betul.kang jadi pepatah baru. dulu mcm tin kosong. bunyi je kuat tapi dalam kosong. sekarang azan je kuat, surau masjid kosong.

      Padam
    3. nampak benar jahilnya...
      azan dan tarhim pakai speaker ni sunah ke?
      wei pundek,internet ni sunnah ke?
      kalau tak,kenapa pertahankan sibuk dalam internet?

      Padam
    4. Apa yg kau merepek ni anon 652?ko marah spe ni? Mcm tak kne ayat dan tempat je..

      Padam
    5. Jgnla mncarut marut...tk baik...dosa tau...

      Padam
    6. Anon 652 sgtlah alim dan baik, nampak benar kebijaksanaannya menerangi yg jahil, kata2nya cukup sopan dan berilmiah, bagus sgt utk dibuat menantu, mcm ni lah islam sejati.. Puiiiii

      Padam
  11. Biasa la dah akhir zaman.. Macam2 ado.

    BalasPadam
  12. Kalo hal2 Islam ni.. di Malaysia, jgn cuba2 tegur sbb derang ada lesen besar nak yroll orang lain..

    Cuba dgr Masjid kat Simpang 3 traffic light Greenwood dan Surau Flat Rumah Guru di Batu 2 Gombak, azan speaker dia mcm celaka jer.. aku maleh nak tegur sbb lagi ditegur, lagi menjadi2 bebalnya.. ditegur kalu, tak semena2 kita jadi kapir.. mcm hampeh jer Masjid ngan Surau ni..

    pak2 imam tu sumer dah jadi nabi.. ditegur kalu, secara automatik kita akan masuk neraka..segala amalan kita akan terbatal gitu..

    BalasPadam
  13. Apakah kematian Karpal Singh telah dirancang oleh ejen UMNO-BN seperti kematian Puteri Diana? Apakah ini kospirasi UMNO-BN?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan
      Tetapi ketentuan Allah

      Paham?

      Padam
  14. mungkin yang buat sampai dia buat report tu sebab bacaan tu bukan mengejutkan dia semata2, tapi mungkin buat die terkejut sangat2 kot... cam kite tengah tdo tibe2 kawan datang kejut cam emergency sangat... agaknye la kot... bersangka baik jela...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...