Iklan Leaderboard

Selasa, 22 April 2014

26 Sampah masyarakat juga dulunya seorang yang suci

Seramai 88 individu ditahan ketika mengadakan pesta Syabu di sebuah rumah banglo yang dijadikan sebagai inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini, awal pagi tadi. Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, semua yang ditahan terdiri daripada 50 lelaki dan 38 wanita.


"Ketika serbuan, beberapa lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun mereka berjaya ditahan.

"Ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah jenis Syabu," katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan awal kumpulan terbabit mendakwa mereka menganjurkan satu sambutan harijadi buat rakan namun pemeriksaan lanjut mendapati mereka sebenarnya turut khayal kerana menghisap syabu.

Selanjutnya di Harian Metro.

Berikut adalah video yang dirakam ketika serbuan dibuat. Ramai kaum wanita yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam, budak sekolah pun ada jugak. Malah ramai yang buat muka tak bersalah macam takde apa2 yang berlaku, takde rasa takut, kecewa atau menyesal pun. Sedih...


Tapi ini bukan pertama kali orang Melayu Islam terlibat dalam perkara2 maksiat seperti ini. Pesta liar, seks bebas, arak, dadah, kelab malam, disko, bergaul lelaki perempuan tanpa batasan seperti ini dah menjadi lumrah dan biasa dalam jatidiri sesetengah orang melayu.







Macam mana boleh jadi macam ini? Di manakah titik permulaan mereka mula menyimpang ke arah yang salah? Marah kalau masyarakat labelkan anda sebagai sampah masyarakat? Tidak sampah lagikah jika hidup bergelumang dengan arak, dadah, seks bebas dan maksiat?

Aku ada anak buah yang masih bersekolah rendah. Kadang2 aku membantu menghantar dan mengambilnya dari sekolah ketika ibu bapanya pergi outstation. Masa dia darjah 1, aku tengok dia dan semua rakan2 sekelasnya sangat suci dan innocent. Ada yang baik, ada yang pendiam, ada yang banyak mulut, ada yang nakal sikit, ada yang suka tolong orang, ada yang bijak, ada yang kurang bijak, tapi aku dapat lihat yang mereka masih lagi suci, suci dari anasir dan pengaruh buruk. Tidak kenal apa itu seks, arak, dadah, rokok, ganja, kelab, rempit, fake relay dan lain2 benda negatif.

Mengenangkan cabaran dunia kita pada hari ini, tak boleh aku bayangkan ada antara mereka2 yang suci murni ini pada suatu hari nanti tersilap dalam memilih haluan hidup yang salah dan menjadi sampah masyarakat.

Wajah2 innocent budak2 darjah 1

Seperti yang kita semua juga pernah lalui, walaupun ibu bapa, cikgu2 dah ajar dan tekankan macam2 sifat baik dan nilai murni kepada kita, kesucian itu tidak kekal lama. Daripada semua yang suci itu, masa darjah 4 ada yang sudah mula nak jadi artis, darjah 5 ada yang sudah mula kenal rokok, darjah 6 ada yang sudah rasa gatal dan nak bercinta. Masuk sekolah menengah tingkatan 1 ada yang dah mula tengok cerita lucah, tingkatan 2 ada yang mula berjinak2 dengan motor nak jadi mat rempit, tingkatan 3 dah start naik kepala rasa diri hebat nak jadi gangster nak buli dan bergaduh, tingkatan 4 ada yang dah mula kenal arak, tingkatan 5 ada yang mula masuk kelab2 malam, hisap dadah dan ganja.

Keluar sekolah, terus jadi belia yang rosak, buruk perangai dan hodoh akhlak yang tidak mendatangkan apa2 kebaikan kepada agama, ibu bapa, bangsa dan negara. Bagi yang berjaya melepasi fasa zaman persekolahan tanpa akhirnya menjadi sampah masyarakat tu kira dah bernasib baik dah.

Namun andai selepas ini mereka2 yang telah jauh terpesong ini telah menyesal dengan kejahilan masa lalu, jangan risau, peluang untuk berubah masih terbuka selagi nyawa masih dikandung badan, cuma harapnya kita masih sempat untuk berubah, kerana kita pun tidak tahu kita hidup berapa lama kat dunia ni.

Ketahuilah yang sampah itu memang jijik, kotor dan busuk, namun sampah juga masih berpeluang untuk dikitar semula yang akhirnya boleh menjadi suatu yang bersih, wangi dan berguna.




tags: sampah masyarakat juga dulunya seorang yang suci sampai masyarakat melayu tangkap tahan kelab malam pesta liar maksiat bogel lucah menari tiang jual beli dadah ectasy ganja opium ketum online rokok fake relay batak hotstuff budak pavi 

26 ulasan:

  1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
    Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
    orang lain, maka komen akan dipadam
    untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejahat2 aku pun xpernah jejak kaki ke kelab2 atau disko2 ni...xpernah lagi ikut mana2 party maksiat....

      Padam
    2. mat nor marzuki23 April 2014 11:15 PG

      Perluke nak komen dkt atas ni bgthu semua org yang ko ni baik
      Euiww. Typical cliche malay

      Padam
    3. ada dia tulis kat mana2 dia baik? bodoh gila juki ni patut la melayu mudah join parti maksiat rupanya bodoh nak mampus dh tua2 besar nyusahkan orang

      Padam
  2. biasa la tu noob.. raja2 pun ada kilsng arak.. inikan pulak minah gedik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh kita listkan ketua2 agama negeri..org2 islam kenamaan yg ada hubungan ngan kilang arak

      Padam
  3. setiap thn kita mnghasilkan bribu2 ustaz kluaq dr U.... tp bnda maksiat cmni msih bsepah dlm msyarakat kita.... Something Wrong!!!..

    BalasPadam
  4. Oh Rozana

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam
    Oh Rozana

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua teringat sabda rasul s.a.w anak2 adalah suci seperti kain putih, mak bapak yg akan mencorakkan anak2 kalo xikut agama yahudi kristian. akan ikut prangai yahudi kristian. kalo mak bapak pun dah jd makbapak iblis setan, so anak2 jd anak jin anak setan.


      Padam
    2. Hello Orang Cerdik

      Padam
    3. btulkah noob org cerdik? atas aku ni noob ke.

      Padam
    4. dem! BO juga telah dijangkiti virus sajak2 bosan dan lapuk bisjut dan royi.

      Padam
  5. hedonisme membunuh anak muda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. hiburan adalah satu bisnes melampau yg merosakkan muda mudi..lebih2 perempuan.. rosak wanita rosaklah masyarakat.. baik wanita, baiklah masyarakat.. gitulah yg perlu kita utamakan.. rosak lelaki masih boleh bertahan lagi.. tapi jika wanita turut serta atau jadi ketua atau yg mengajak mempengaruhi.. jahanam.. ini ada dlm kata2 hikmat agama.. lupa siapa yg mengungkapnya.. jika dlm hadis dimention begini..mmg serius giler..

      Padam
    2. mana ko blaja rosak lelaki masih boleh bertahan lagi? kata lelaki itu pemimpin wanita.

      kalau rosak pemimpin, jahanam ler semua.

      Padam
  6. Bisjut bapak ko.

    BalasPadam
  7. everythings is screw up..so much failed. Aku pun dok runsing tgk kenapa remaja-remaja sekarang jadi macam ni. apa yg tidak kena. apa yg kurang. Tapi lama-lama aku jadi penat fikir. kadang2 aku ambil tindakan buat gotong-royong kawasan perumahan aku dan wajibkan anak-anak muda terutama budak skolah menengah untuk turut serta. kami layan diorang macam orang dewasa. bg tugas pada mereka supaya mereka rasa mereka mampu memimpin kumpulan mereka untuk jaga kawasan taman perumahan. Alhamdulillah, kawasan taman kami tak ada yang melepak tepi jalan, buat benda bukan2 atau lain-lain yang tak elok. Bg aku, sebenarnya mereka tidak matang, dah baligh..tapi masih tak mampu nak bezakan baik buruk lagi. tu yg pelik. Kita perlu mematangkan mereka dengan cepat. Sistem pendidikan kita tak berapa tekankan anak-anak muda untuk menggalas tanggungjawab jadi pemimpin. Dua tiga kerat je yang diberi peluang untuk memimpin. Bila kita bergaul dengan mereka seperti org dewasa dan libatkan mereka dengan aktiviti org dewasa seperti gotong-royong, kemas masjid atau surau.dan lepas mereka selesai tolong, kita puji, bagi penghargaan kepada mereka. Letak nama mereka pada surau2 dan kawasan perumahan sebagai antara individu yang terlibat dlm menjaga keharmonian tempat.

    Fokusnya sekarang, aku tak rasa sekolah yang salah, tak rasa mak bapak (walaupun ada peranan besar)..tapi sebenarnya tahap masyarakat sekeliling prihatin kepada remaja-remaja ni. Banyak yang buat tak tahu, tapi bila budak tu rosak..mula la "kau tau anak si senah tu?terukla dia..bawak balik pmpn masuk rumah, minum arak dan bla..bla..bla."

    kan elok kalau "kau tau anak si senah tu? haritu AJK jemput dia tolong kemas surau..pastu bagi dia amanah jaga pokok bunga kawasan surau..cantik,dia ada tanam pokok mcm2..bagus budak tu..rajin"..kalau budak tu dengar,mst dia bangga dan berubah untuk jadi lebih baik.

    BalasPadam
  8. Diorang pun perlu dikitar semula dalam tong sampah

    BalasPadam
  9. geramnya tengok video tu....hmmnnaggfhshasdhrrrgghh eh

    BalasPadam
  10. Oh Rozana

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam
    Oh Rozana

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  11. ramainya..................T.T sedih gila...........

    BalasPadam
  12. so wrong...bdk2 zaman skrg...spoiled.

    BalasPadam
  13. Macai2 politik pun bukan sampah masyarakat.. mereka adalah kehendak pada zaman sekarang.. sila tabur fitnah sesuka hati ya.. budak2 darjah 1 pon sudah berjinak2 dgn politik.. takde innocentnya lagi.

    BalasPadam
  14. Dekat twitter tgah trending #savetherave.Rosak2... Cuba buka page kat fb Iz fusion.Kat situ berlambak gambar orang melayu pergi parti..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...