Iklan Leaderboard

Isnin, 17 Mac 2014

40 MH370: Spekulasi, teori konspirasi dan persoalan

Setelah kehilangan pesawat MH370 masuk hari ke-8, PM DS Najib Razak membuat sidang media khas dan mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu. Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.



Kenyataan penuh DS Najib Razak pada sidang media tersebut di sini. Berikut adalah ringkasan isi kandungan sidang media yang diadakan pada 15 Mac 2014:
  1. Pesawat MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back) ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.
  2. Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8.11 pagi 8 Mac 2014 waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi di Beijing.
  3. Usaha mencari pesawat MH370 di laut China Selatan dihentikan serta-merta.
  4. Pengangkutan darat, laut, udara, radar primer, radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370.
  5. Transponder disahkan telah dimatikan secara sistematik oleh seseorang apabila pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.
  6. Malaysia masih mengkaji sebab sebenar pesawat MH370 tiba-tiba bertukar arah
  7. Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar pesawat MH370 setakat ini.
  8. Komunikasi pesawat (ACARS) dimatikan sebaik memasuki ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  9. Tumpuan pencarian pesawat MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.


Dalam pada itu, Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas. "Pihak kami masih siasat semua kemungkinan. Berkenaan ia dirampas, kami masih belum mahu mengesahkan apa-apa," katanya pada sidang media.




Walaupun ada spekulasi yang mengatakan pesawat MH370 kena hijack, ada yang mengatakan ianya False Flag, ada yang mengaitkan dengan kumpulan pemisah etnik Uighurs, ada yang kata kat Diego Garcia, ada kata kat Pulau Perak, ada kata kat Pulau Andaman, ada yang mengaitkan dengan unsur2 politik disebabkan Kapten Zaharie penyokong kuat PKR serta pelbagai lagi spekulasi dan teori konspirasi Fremason Illuminati, tapi cuma satu benda je persoalan yang sering bermain dalam fikiran aku.

Pesawat MH370 terputus hubungan komunikasi dengan menara kawalan hilang daripada radar awam pada jam 2.40 pagi, namun radar tentera telah dapat mengesan sebuah pesawat yang buat pusingan semula untuk berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.

Bukankah pergerakan pesawat ini adalah suatu yang luar biasa yang di luar normal? Bila dah nampak pergerakan yang luar biasa itu, kenapa jet pejuang Hornet atau Sukhoi kita tidak terus berlepas dan terus mengejar untuk meninjau, mengekori dan mengiringi kapal terbang MAS MH370 pada masa dan waktu kejadian? Adakah menjadi amalan bila kita mengesan sesuatu pergerakan yang abnormal di ruang udara kita, kita hanya ambil pendekatan tunggu dan lihat? Andai kata pergerakan luar biasa tu jet pejuang musuh, peluru berpandu atau piring terbang alien? Maklumat yang ada dalam radar tentera hanya rekod silam. Kini pesawat MH370 sudah pun terbang jauh melangkaui radar tentera kita.


Itu sahaja persoalan aku, bukan nak salahkan sapa2, cuma satu persoalan. So kalau ada sesiapa yang boleh mencerahkan persoalan aku, mohon pencerahan.




tags: teori konspirasi pesawat kapal terbang mh370 hijack terrorist pengganas patah balik pulau andaman lautan hindi kazakhtan koridor utara selatan pakistan india diego garcia pangkalan tentera us cnn radar tentera sah tudm sidang media najib

40 ulasan:

  1. woiii aku yg pertama

    BalasPadam
    Balasan
    1. cis aku terlambat

      Padam
    2. Klu korang tengok pada tarikh 9 Mac 2013. Bermulanya Ops Daulat. Malaysia masih lagi berperang dingin dengan Kerajaan Sulu hingga kini. Anggota keselamatan masih lagi ditempatkan di Sabah. Tidak mustahil ini merupakan agenda besar yg melibatkan negara-negara besar. Perasaan atau tidak, terdapat tinjauan dari kapal US pada tahun lepas oleh US Navy berdekatan Filipina. Seterusnya tahun ini Kapal dari Cina pula cuba meninjau kawasan di persisiran pantai Sabah. Ini disebabkan oleh reserve minyak BERKUALITI TINGGI di rantau ini. Percaturan untuk memulakan perang dunia ke-3 harus di atur dengan teliti. Lihatlah bagaimana peristiwa 11/9 yang akhirnya dibongkar untuk memulakan serangan ke atas negara arab dan merampas sumber semulajadi mereka. Keadaan tegang antara Rusia dan US, China dan Jepun, mengeruhkan lagi keadaan. Israel sudah lama menantikan peperangan ini. Bersedialah. Bila masanya sudah sampai. Sekian

      Padam
  2. minyak jet takde budget utk terbang mcm tu aje...perlu kelulusan byk pihak.....agaknya ler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rata2 komen x mjawab soalan.kan admin tnya knpa jet pjuang kita x dirct check tntng air turn back 2. Kan isu ni sudh dihighlight x silap dkt tv3 yg mention that our military aircrft/jet x trus chck pswat yg buat turn bck bcoz psawat 2 adalah PESAWAT COMMERCIAL means they assume that partclr aircaft mndapat arahan dari mnara kwalan untuk buat air turn bck. Lainlh kalo psawat yg dikesan dalam radar tentera dalam kategori non-comrsl aircrft.Canfirm dorang dh kejar trus.Sekian utk pencerahan.

      Padam
    2. Apanyer alsan psl minyak. FYI sbgai pswat/ jet prthanan dorang dh standby 24 jam utk kes2 pncerobohan or emergncy.So xdanya nak trbang ker nak gerak baru nak buang masa nk request2 isi myak or apa.

      Padam
    3. xkan pihak tentera xboleh nak sahkan perkara ni dgn menara kawalan kapal terbang commercial??? kalau mcm tu pengganas rampas kapal terbang mas, pi bawak langgar klcc pun tentera biar je lah walaupun kt radar diorang dh nampak lain macam???

      Padam
    4. Hehe..cmel nak mampus.tentera nak bwk jet kena mintak kelulusan bnyak pihak dulu pasal nak guna minyak utk
      Jet.cute je...rase nak pelempang

      Padam
  3. byk faktor lagi yg menjadi persoalan & memerlukan jawapan.... jd jawapannye.... tgu mh370 muncul semula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..aku suke jwpn ko. Mcm betul..tp sngt tak betul.mcm xde ape2 kesan.kita dlm proses menyiasat.mmg la bnyak andaian..semuanya utk dpt ptunjuk. Jwpn ko bg mcm bile cikgu bg soalan pendapat..ko jawab " bermcm- mcm pendapat boleh dibuat, jadi lebih elok tak menjawab dan tggu skema jawapan keluar".

      Padam
  4. scenario teruk bila, kapal terbang tu digunakan mcm peristiwa 11/9 tu... kena cept2 kalau tak.....memerlukan tawajuh pada Allah 100% saja nak ,kalau nak tibai balik org perampas tu...

    BalasPadam
  5. yang penting bomoh tu orang kg aku. wakakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.terbaik.tlg wakilkan kami rakyat malaysia utk bg penampor n penerajang kamen rider kat dia.

      Padam
  6. Diakui penyokong PR terdiri daripada orang-orang yang hebat berintelek tinggi. Namun amatlah tidak adil mengaitkan PR dalam hal ini. Jika BN mengambil kerja staff MAS, imigresen dan polis mengikut kepandaian sudah pasti pintu masuk negara begitu senang dibolos menggunakan passport curi. Lihat saja yang menyusu troli dan cuci jamban juga rakyat asing di mana rakyat kita? Sekarang kita boleh agak yang tiada tindakan akan diambil ke atas PA yang cuai itu.
    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    Fb page Nurkedepan
    Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
  7. Ini akan menimbulkn 2 perkara:

    Sistem pertahanan malaysia agak lemah, jika berlaku kehilangan kapal terbang out from radar, xde follow up REAL-TIME kpd radar tentera. Itupun selepas beberapa hari x jumpa kat Laut China Selatan, baru nak check radar tentera, n baru detect flight yg bukan dr laluan sebenar. Selepas beberapa hari gak baru dpt conform yg flight yg detect dr radar ialah MH370.

    Ataupun sebenarnya mereka dah detect kapal terbang dari awal, maybe sbb isu keselamatan supaya xnak bgtau perkara sebenar atau sesetangah macai PR mengatakan nak tarik perhatian dr PRK Kajang smpi habis tarikh mengundi. Ada yg kata USA yg terlibat semua ni n Malaysia sudah tau, tp terpaksa berahsia sbb nak jaga keselamatan penumpang dr seseorang VVIP dlm pesawat. Gov hav to delay few days utk pastikan segala saki baki kerja USA setel n boleh pulangkn flight n penumpang.

    Tp jika kita anggap kesimpulan pertama benar, maka sangat lemah pertahanan Malaysia spt yg noob ceritakan. Kalau kat India atau Singapore terutamanya, nmpk unidentified flight from radar, kemungkinan nak suruh flight fighter tinjau n shut down plane tersebut boleh. Sbb 2 sy agak kurang yakin flight MH370 pergi ke koridor utara sbb agak payah nak lepas radar ketat India terutamanya.

    So harapan besar di Koridor Selatan, cuma masalah besar ialah lautan Hindi sgt luas. Just tunggu n lihat. Sy dpt info yg pilot utama dpt last minute notice utk bwak flight MH370 ke Beijing n check in kat KLIA jam 9mlm. N keluarga pilot utama sudah tiada di rumah sehari sebelum kejadian. Pasal dia pro-PR n pergi mahkamah pasal kes Anwar x perlu cite, semua dah tau. Tp sy rasa tiada kaitan dgn politik, maybe dr 'tangan2 halus' pihak asing.

    Lg byk kita tau, lg byk kita x tau sebenarnya. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu yg sepatutnya pesawat MH370 smpi di Beijing ialah jam 6.30am...n 'ping' terakhir yg detect oleh setelit di lautan hindi ialah jam 8.11am, cuma x sure samada koridor utara atau selatan. Kapal MH370 ada bwak lebihan fuel sehingga 1-2 jam (max 7-8 jam from KLIA at 12.41am).

      Dr info diatas, ada 2 possibility, samada bwak smpi fuel habis n terjunam ke laut (koridor selatan) or already land somewhere n biar engin running smpi habis fuel. Papepun, pesawat perlu ditemui sebelum nak dpt info/perkara sebenar. Sy doakan yg semua penumpang selamat, itu yg penting..AMIN.

      Padam
    2. Amin..moga semua selamat.

      Padam
    3. macam ak taip dulu kasi pecat je semua penyokong pkr dioarang la paling kuat emo meroyan pastu hilang pertimbangan!!

      Padam
  8. Sokong KEDEPAN...

    BalasPadam
  9. biasanya brader c++ ada komen kt blog ko, and aku rasa ko pun follow bog dia. tp kenapa teori c++ u x msukkan dm list? tarak berani ke bro?

    BalasPadam
  10. Sudah sudah la semua nak jadi pakar areonutik. Dah tak jumpa nak buat mcm mana. Usaha n tawakal la hingga jumpa. Kita ni kadang kala cakap pandai, cuba kita yg jd org bertanggungjawab ttg hal ni entah mcm mana pula tindakan kita. Banyak perkara perlu ambil kira.
    Satu lagi bab knp tak deployed jet pejuang utk pintas mh370 tu. Cakap mmg senang tapi cuba imbas balik masa tragedi 11 sept sbb apa usa yg canggih dgn sistem pertahanan dia tak dpt kesan pesawat yg langgar twin tower tu. Kenapa? Mestila ada sebabnya. Jgnla nak tunding jari salahkan TUDM dan sebagainya. Marilah berdoa supaya segalanya berakhir dgn baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa sbbnya? org yg jaga radar tu tido? atau radar tu sekadar hiasan?

      Padam
  11. aku dah gaduh pasal benda ni...kenapa bila kesan pergerakn pelik tu..just biarkan sahaja...???
    please....somebody's gotta answer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahmad_sawadekap.17 Mac 2014 8:10 PTG

      mungkin askar kita ada protokol tertentu...yg perlu dipatuhi...jadi tidak boleh terburu-buru atau gelojoh......

      Padam
    2. Btul tu. Sebagai contoh..kapal terbang tu patah balik..and then dah hampir rempuh klcc dalam jarak 50 meter, baru jet pejuang g kejar.hahahahahah..kebabommmm

      Padam
  12. hmmm.. yg penting rakyat malaysia kena bersatu padu.. tinggalkan sebentar pahaman politik pro BN or pakatan.. stay fokus utk cari MH 307 sbb itu adalah maruah negara jika gagal.. minta petunjuk dari ALLAH.. dari ALLAH sahaja.. don't give up untuk minta petunjuk dari ALLAH.. percayalah insyaALLAH akan dpt petunjuk itu.. yg penting jgn percaya yahudi dan amerika..

    BalasPadam
  13. Rasa dah mcm buang banyak masa sangat dok congok tunggu berita MH ni.. hey pal, get a life bro..banyak lagi kerje kita boleh buat drpd dok nganga tunggu berita2 begini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau salah sorang penumpang kapal terbang tu ahli keluarga kau..mesti ko tgh menangis kat klia ag sekarang. Come on la.jgn la hati batu sngt.tak kan kau nak tgu mak bapak kau jadi mangsa kes2 cmni baru kau nak " sye rindukan mama papa, rakyat malaysia doakan parent saye pleaseee"

      Padam
    2. Apa yang boleh kita buat lagi, berdoa dan terus berdoa? Ok jer nak teruskan doa.Atau nak terus tolong carikan kapal terbang tu, silakanlah. Kalo setakat nak congok dok depan tv dan baca paper, kamon la, cukup-cukup la nak bersedih pun. Meleret-leret dah dah macam tak ikhlas dah nak bersedih pun. Dah lepas 7 hari dah nak bersedih pun. Berpada-padalah. Biarkan menteri-menteri dan orang yang ahlinya membuat kerja selebihnya. Lagipun upah gajinya dah pun dibayar. Kita yang less berkenaan, boleh mula tumpukan kepada hal-hal lain untuk teruskan hidup.

      Kepada yang nak berkabung 40 hari tu, teruskanlah ye. Anda boleh buat pilihan nak berkabung 100 hari, 400 hari, 1000 hari, 4000 hari atau beribu-ribu tahun cahaya, saya tak kesah pun.

      Padam
  14. Aku rase kan, pesawat tu dah terlanggar pintu masa dan kembali ke zaman dinosour.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lucunya lawak ko nih...4 bintang lah nora bg

      Padam
    2. Timaceh, sesudah mereka kembali ke zaman t-rex, mereka tidak mampu kembali semula kemasa kini, mahupon kezaman ketika raja bomoh dilahirkan, kalu tidak boleh la cekik raja bomoh masa dia masih baby.. Disebabkan kehabisan petrol.. Mana ada petrol zaman dinosour.. Kalau ada pon lagi mahal dari ron97 yg ada skang.

      Padam
  15. Satu lagi spekulasi yang aku reka sendiri, mungkin semua ni angkara China sendiri sebab nak alih tumpuan dunia dalam usaha mereka untuk merampas james shoal dari malaysia..

    BalasPadam
  16. klu alat komunikasi kapal terbang di matikan... enset pun xleh gn jgak ka? bleh x org dlm kpl terbang tu brhubung gna enset bla kpl terbang tu lalu kwasan yg ad coverage...? dalam TV ad gitau, diorg tgh amik data dr syarikat telekomunikasi...

    BalasPadam
  17. Lame dah entry noob tak cecah ratusan komen. Mungkin tajuk ni tak ramai yg nak gaduhkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu byk komen sbb ada org yg xde life rajin balas komen & berdebat cam zack, robot, beruk the hell & ahmad sakit otak... skrg diorg dh ada life

      Padam
  18. kalau pengganas tu rampas kapal terbang langgar klcc aku rasa dh selamat dh... sukhoi yg kita beli tu gunanya utk buat persembahan lima kat langkawi je lah...

    BalasPadam
  19. Cuba baca ni, jawapan kepada persoalan di atas, why RMAF not react when radar detected...

    http://seademon.wordpress.com/2014/03/20/mh370-i-speak-out/

    btw, if tak ada knowledge, just shut up... semua orang ada hak bersuara, tapi ingat, bukan semua orang layak bersuara....

    BalasPadam
  20. Nape kapal selam tu tak follow MH370 nape tk leh terbang ke kata RM 300 juta spec msti power, ckp je sistem udara kita lemah jgn buat statement putarbelik smpai nmpk kebanggan diri

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...