Iklan Leaderboard

Jumaat, 28 Mac 2014

20 Cara mendidik anak2 kecil agar cintakan agama

Beberapa hari yang lalu, aku berkunjung ke rumah seorang rakan lama yang bernama Asri (bukan nama sebenar). Aku mengenali beliau ketika bersama2 sedang menuntut di universiti dahulu kira2 15 tahun yang lalu. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah ketika hari perkahwinannya pada tahun 2007. Kini beliau mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki berumur 6 tahun dan 2 orang perempuan masing2 berumur 4 dan 2 tahun.


Ketika aku berada di rumahnya, satu benda yang sangat aku pelik adalah di ruang tamu rumahnya langsung tiada televisyen. Aku tanya beliau, memang tiada TV ke? Dia jawab dia hanya ada sebuah TV kecil dalam bilik tidur dia, itupun hanya digunakan untuk menonton berita dan rancangan2 ilmiah sahaja. Kemudian aku perhatikan anak2 kecil dia, anak2nya semua sangat baik dan bersopan santun, tidak seperti kanak2 kecil lain yang suka bermain dan buat bising. Bila aku menyapa dan bertanyakan soalan kepada anak2nya yang berumur 6 dan 4 tahun itu, mereka dapat jawab dengan begitu matang.

Aku kemudian bertanya kepada Asri, anak kau yang 6 tahun ni dah pandai baca Al-Quran? Asri jawab dia sudah pandai baca Al-Quran sejak umur 5 tahun, dan dia sudah hafaz semua surah2 lazim, sekarang dia sedang dalam proses menghafaz surah2 yang lebih panjang. Anaknya yang berumur 4 tahun ini sudah hampir tamat baca Muqaddam. Aku cuba uji anaknya tu dengan menyuruh baca surah Al-Fatihah dan beberapa surah2 lazim, dan dia dapat baca dengan sangat baik dan lancar.

Bila aku tanya dia, dia kat rumah suka buat apa? Dia cakap dia suka baca dan dengar bacaan Al-Quran, solat, zikir, baca kisah2 Nabi, tolong abi dengan umi buat kerja2 rumah. Biasa kalau aku tanya budak2 lain, mesti dia jawab suka tengok kartun, Ultraman, Spongebob, Upin dan Ipin, Boboboi, main game kat iPad atau smartphone bapa dia dan lain2 jawapan tipikal budak2 sekarang.


Aku agak terkedu. Seingat aku Asri ni waktu belajar dulu bukanlah seorang yang alim atau kuat agama, dulu dia jenis hu ha hu ha jugak macam kawan2 aku yang lain, tapi tak sangka dia berjaya didik anak2 dia sampai macam tu sekali. So aku tanya apa rahsia dia dalam mendidik anak2 dia.

Dia jawab simple je, bagi seorang kanak2, semua jenis hiburan kat muka bumi ini baik lagu moden atau lagu Twinkle2 Litte Star sekalipun, game2 kat smartphone, kartun2 kat TV, layan lagu K-Pop kat Youtube serta pelbagai lagi hiburan kanak2 adalah jauh lebih menarik daripada mendengar bacaan ayat2 Al-Quran. Anak2 sewaktu kecil ibarat kain putih, sekali kita dah perkenalkan mereka dengan hiburan selain bacaan ayat2 Al-Quran, macam mana mereka nak berminat dah untuk mendengar bacaan ayat2 Al-Quran kerana mereka sudah berminat kepada benda lain?


So kalau nak didik anak cinta dan kasihkan Al-Quran, jangan sesekali kita bagi peluang anak2 kenal benda lain selain daripada bacaan ayat2 Al-Quran dan zikrullah kerana sekali mereka dah berminat dengan perkara lain, susah untuk mereka minat kembali kepada Al-Quran.

Namun dalam masa yang sama, kedua ibu bapa pun kena berubah dan berkorban kalau mahu anak2 jadi seorang yang sukakan agama. Kalau kita sahaja yang menyuruh dan mengharapkan anak2 jadi bagus, budak baik, rajin baca dan hafaz ayat Al-Quran, rajin solat pergi surau/masjid, belajar ilmu agama, rajin buat kerja rumah, sedangkan kita sering baring terbongkang depan TV, mengadap telefon main Facebook, Angry Bird, surau tak pernah nak jenguk, hisap rokok depan anak2, buka siaran radio dengar lagu2 moden kat dalam kereta, ajak anak2 tonton filem kat panggung wayang, rasa2 adakah anak2 kita mampu menjadi lebih dari yang kita harapkan sedangkan perangai dan sikap kita sendiri tak mencerminkan apa yang kita harapkan?


Bak kata pepatah orang putih, "Don't teach your children what to do, they will not do. Show them how you do it and they will copy". Sebab itu Asri dan isterinya mengambil keputusan untuk berubah dan membuang segala kemewahan dan hiburan duniawi termasuk untuk dirinya sekali seperti televisyen, wayang, lagu2 dan lain2 agar anak2 mereka tidak terpengaruh sejak kecil dengan keseronokan duniawi tersebut. Baginya biarlah anak2nya bodoh tidak mengenal iPad, Ultraman, Mickey Mouse, Iron Man, Najwa Latif dan lain2 lagi daripada bodoh tidak kenal kalam Tuhan. Malah dia dan isterinya sendiri yang berusaha mengajar anak2nya membaca dan menghafaz Al-Quran serta ilmu ibadah, bukan dengan mengupah guru lain.

So kalau nampak anak orang lain kecil2 sudah pandai baca dan hafaz Al-Quran, bersikap baik, alim, dengar kata ibu bapa, rajin solat, janganlah kita cemburu dan mempersoalkan kenapa anak kita tidak macam tu, kerana ibu bapa lah yang mencorakkan anak2 kecil mereka untuk ke arah mana mereka akan jadi berdasarkan sikap dan perbuatan kita.

Setelah berbual agak panjang dan menjamah hidangan, aku pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, masih bermain2 dalam fikiran aku, adakah aku sendiri mampu dan sanggup untuk berubah dan berkorban seperti rakan aku itu demi mendidik, memberi contoh dan menanam rasa cintakan agama dalam diri anak2 sejak kecil?

Kanak2 yang bijak memang ramai, namun kanak2 yang istimewa  itu amat sukar untuk dicari. Mendidik anak untuk menjadi seorang yang bijak lebih mudah daripada untuk menjadikan mereka seorang yang istimewa. Boleh baca juga kisah Saiful Nang, seorang photographer terkenal dalam perjalanan untuk menjadikan anaknya seorang yang istimewa.

Adik Darwisha yang berumur 3 tahun sudah pandai menghafaz ayat2 suci Al-Quran




tags: cara mendidik anak lelaki perempuan kecil budak kecik cinta kasih agama islam kalam tuhan baca hafaz al-quran tahfiz ibu bapa cermin tunjuk contoh baik rajin solat anak soleh ikut taat zikir zikrullah

20 ulasan:

  1. didik mereka menulis. mungkin boleh jadi blogger berilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang ja nak didik anak dekat dgn agama zaman sekarang. Bawak anak2 kita dengar ceramah PAS, PKR & DAP.

      Padam
    2. macai umngok ni ingt lawak la nk sindir2 pr mcm tu? dia ingt bgs sgt la program2 hiburan yg bn anjurkan selama ni boleh dktkan anak2 dgn agama? bodoh punya macai

      Padam
    3. Ha.. ni contoh MACAI BN yg terbaik. Anon 8:06 PG orang tengah cakap pasal agama kau pergi cerita pasal politik. MACAI BN memang perangai gini. Selalu nak kaitkan dgn politik. Pastu claim orang lain yg buat dulu. Aku syak hati kau ni mesti sudah hitam legam.

      Padam
    4. tak kisahlah siapa macai siapa tidak. yang penting bersatu kita teguh bercerai kita roboh. masing-masing rasa br1m masing-masing rasa air percuma hahaha :D

      Padam
    5. eh ape lak sindirnya..
      lagipun undi pas kan masuk syurga...
      undi PR kan ke bawak kepada kesejahteraan hidup
      nanti bole apply pembantu nuwar berahim

      Padam
    6. Islam dengan politik kan ke kena sekali takleh asing asing...
      mana boleh kata agama suku politik suku bak kata hadi awang
      takde sindir pun
      ceramah PR kan penuh berilmiah

      Padam
  2. aku ada kawan yg masa sekolah dulu bukan main alim sekarang perangai mcam......siap rambut dye lagi....

    BalasPadam
  3. ayat P.Ramlee(aku x ingat ayat yg penuh/betul): Di dada anak-anak itu ada ruang yang kosong. ibubapalah yg mengisinya. jika diisi dengan benda yg baik,maka baiklah dia

    BalasPadam
  4. Harta yg paling bernilai ialah anak2 yg solah dan solehah.

    BalasPadam
  5. Angkat tangan dan like

    BalasPadam
  6. lagi satu noob ko pun terlupa ingat kan kwn ko tu smpi masa nanti anak2 tu akan terdedah ngan dunia luar tak kira mcm mana pun kita tapi, so peringatan bahaya dan jenis benda lagha pun perlu di perkenal dan di peringatkan, so tak da la budak2 tu tiba2 jadi "culture shock" memang betul didikan awal tu dah terbaik tapi pertengahan tu pun kena jaga2 untuk menghadapi dunia luar. tapi bagus la kwn ko dah ready basic untuk budk2 tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup betul tu anak yg umur 6 tahun tu kira ok basic cuma bila masuk sekolah nanti ada culture shock pasal campur dengan budak yg pe'el yg susah dijangka. jadi bila naik sekolah mak bapak kena tengok pula siapa kawannya di sekolah

      Padam
  7. apa yg korang kecoh2 ni? cibai betol korang ni , proott! argh!! leganya

    BalasPadam
  8. Peranan ibubapa yg membentuk anak2 muda, bkn cikgu, org sebelah, nursery...kita zaman skrg mmg sibuk cari duit bg anak makan n keperluan termasuk kehendak spt hiburan/gadjet, melancong...tp kita asyik lupa satu perkara yg xleh dibeli dgn duit...iaitu didikan ibubapa sendiri...kalau ibubapa asyik marah2 n rotan anak secara melulu, maka tiada kasih syg dlm keluarga. Agama jugak selalu diabaikan n biarkan TV n Internet yg 'mendidik; anak2 muda skrg.

    Mendidik anak lg susah dr cari duit utk bg anak makan....jgn sibuk cr makanan perut n nafsu sahaja, tp 'makanan' hati perlu dititik beratkan. Jgn salahkn Najib, Anwar, polis, guru....semuanya byk bergantung kat ibubapa yg membentuk anak2 samada sambil lewa atau satu tanggungjwb yg sgt besar spt menjadi pemimpin negara.

    BalasPadam
  9. Ramai orang sekarang pandai sedikit menunjuk banyak macam c++ bru belajar kt sekolah Kristian dah rase diri pandai Kristian kot lah ambil course comparative religions. Arab pun tak pandai sembang kuat. Empty vessel makes the most noise.

    BalasPadam
  10. Rukun iman ada 7.. mcm org lain.. depa percaya 6 saja. Rukun iman ke 7 ialah "Percaya pada konsep pukimak".. konsep dan nilai haramjadah inilah yg sumer manusia dok pakai skrg.. cakap islam pong pang pong pang.. nabi dan rasul boleh menggelupur nangis2 dgn sipolan2 ini bercakap.. akhirnya semua tu mcm kepala butuh saja.. mungkin nampak kasar, tapi itulah realitinya..

    BalasPadam
  11. Dulu bila dpt 1A hepi sgt. Kwn hat bodo x penah cemerlang pakat p kolej mcm kuin ada p timoq tgh.

    Lps grad mntak sana sini x dpt, last choice masuk kpli, jumpa blk kwn2 x pndai dulu, lgi awai masuk kpm.

    Sekarang bila anak mntak duit nak beli buku, aku kata x payah la belajaq sgt, result lebih korang dah la, nnt ayah hantaq masuk kuin atau timoq tengah

    senang masuk kpm boleh ajaq murid2 jdi mcm hang di sekolah dulu x pernah cemerlang hihi. Pasai tu la guru agama berlambak di sekolah tapi gejala sosial sama naik. sblm salahkan org lain elok selak tgk dln kain seniri apa pasai.

    Dunia x adey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju dgn hang. Kat sekolah agama masa P. Islam 6 period (sek menengah) tapi budak budak tak jadi apa juga. Ustaz ustazah bnyk buat business. Lepas tu banyak yg main politik. Salahkan org lagi lain nombor satu.

      Padam
  12. Alhamdulillah....terima kasih atas Artikel ini...sebagai ibubapa banyak informasi yang kita perlukan dan ketahui dalam mendidik anak-anak. Saya puji rakan anda Asri..di dalam hati teringin anak-anak saya seperti anaknya...Insyaalah di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...