Iklan Leaderboard

Jumaat, 21 Mac 2014

41 P. Ramlee: Kisah hidup genius yang tragik

Esok, tanggal 22 Mac merupakan hari kelahiran seniman agung tanah air kita iaitu Allahyarham P. Ramlee. 1Malaysia tahu P. Ramlee adalah seorang genius dalam bidang perfileman dan seni lagu malah sehingga kini karya2 beliau masih lagi ditonton dan didengar oleh rakyat Malaysia dari yang tua sampai yang muda. Namun tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis2 pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah menjadi miskin, dipulau rakan2nya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan? Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.


Untuk mengetahui kisah dan sejarah hidup seniman agung ini boleh tonton dokumentari biografi yang disiarkan oleh History Channel ini.


Berikut adalah artikel yang menceritakan kisah tragis Allahyarham P. Ramlee yang ditulis oleh Sri Tri Buana:

P. Ramlee : Genius Yang Tragik

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan anything underhand. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee - hidupnya - keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan 'sia-sia', saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya 'bikin filem' ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

 "A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!"

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar 'filem Melayu', beliau telah mencuri 'Api Syurga' yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri 'Fire of Heaven' dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus. 

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah 'makan hati.' Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

"The pain passes; but the beauty remains."

Berpuluh tahun dulu, beliau jatuh kerana sikap buruk orang Melayu. Lebih malang, sikap buruk orang Melayu ini masih terus kekal di dalam jati diri kebanyakan orang Melayu sehingga hari ini.

Al-Fatihah buat beliau.





tags: kisah allahyarham tan sri p ramlee yang tragik tragis sedih pilu kecewa dipulau kawan akhir hayat sejarah hidup biografi genius filem lagu teater muzikal istana budaya beli tiket online ticket2u.biz 

41 ulasan:

  1. alfatihah...

    legend yang tiada tolok tanding..
    sampai skrg masih tak jemu tonton filem beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu bangsat dulu sekarang sama sahaja.kalau tak suka dok diam lah ni tidak semua nak complain.aku rasalah sapa lah yg sanggup menyatukan bangsa kita ni?al fatihan buat p ramlee kesian arwah mati dalam keadaan hina.tengoklah wahai bangsa melayu apa kita dah buat adakah kita puas hati bila dah jatuhkan orang.

      Padam
    2. noob cuba kau tengok sekarang selawat perdana alhamdulillah syok lepas tu ramai .aku tengok kat fb ramai yang puji.kan best kalau setiap masa macam ni ,aku dapati sekarang najib mcm suka terlibat dgn majlis yang islamik mcam ni kalau mcam ni apa pendapat hang adakan rakyat negara kita sememangnya suka majlis zikir macam ni atau kerajaan patut teruskan saja aktiviti mcam atau terus buat konsert yang melalaikan.btw kalau ada program islamik lepastu ada ahli politik bn ramai yang puji kerajaan tetapi kalau ada konsert mesti ramai yang maki.bagus tindakan kerajaan memahami kehendak rakyat (kami mahukan negara ni negara islamik bukan negara liberal mcm barat) amin

      Padam
    3. ni pun salah seekor melayu bangsat penipu suka menjatuhkan orang

      http://mymassa.blogspot.com/2014/03/kronologi-cara-cara-anwar-menipu-di-tv.html

      Padam
  2. memang tak jemu tgk filem2 P.Ramlee. sedih baca kisah hidupnya. Begitulah bangsa melayu. dalam hati setiap bangsa melayu ni ada lubuk hitam..kemudiaan ditutupi dengan hamparan yg kononnya diperbuat daripada kesopanan dan budi baik org melayu yang direka-reka. bagi aku, kalau la ditakdirkan melayu ni bukannya beragama islam sejak dari dulu..mesti sekrang merupakan diantara bangsa paling hipokrit dan zalim kat dunia ni

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok korang semua..biar aku translate apa mksud yg dia cuba smpaikan " peace..aku gay, terima aku seadanya..aku happy sbb aku gay"

      Padam
    2. Anonymous ni nmpknya tlh mndedikasikn kehidupan hariannya utk mmberi pahala kpd plain83, plain ptut rs terharu siot..peace

      Padam
  4. al-Fatihah...Dr Mahathir pun begitu juga...sekarang masih ramai yg menghina beliau walaupun beliau sudah melepaskan jawatan....paling sedih ramai rakyat Malaysia yg sudah lupa jasa Tun Dr Mahathir....begitu banyak sekali jasa Dr M pada rakyat Malaysia...pembangunan yg dikecapi rakyat hari ini datang dari titik peluh dan otak genius Dr M....Dr M juga dikenali sebagai pembela umat islam....Terima kasih Dr M...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah..he sure did a good job.slmtkan dari krisis 1997-1998..klcc..putrajaya, sepang n mcm2 lagi..najib? 1 malaysia.puihhh

      Padam
    2. Jangan samakan mahathir dgn P Ramlee. Matinya penuh kedaifan. Penuh miskin.

      Mahathir pula hidup dengan kemewahan. Anaknya billionaire. Harta mahathir yg tak diketahui dianggarkan berbillion dollar.

      Padam
    3. nuwar berahim tu nanti pun mati dalam kemiskinan kan...
      sama gak mcm lim kit sial.....

      oohhh...kesian btul diorang...

      Padam
    4. anak mahathir patut jadi tukang sapu sampah je takleh hidup kaya hasil usaha sendiri....
      bodo gila tetiba tuduh harta mahathir berbillion dollar.sumber mana pun tatau tetiba buat bijak pandai

      Padam
  5. Mner KEDEPAN ni...

    BalasPadam
  6. Al fatihah.
    P Ramlee legend selamanya.

    BalasPadam
  7. pada saat pengkebumian Allahyarham, duit nak beli kain kafan pun takde. memang papa kedana. nasib baik ada orang bagi duit setel urusan pengkebumian. sapa yg x tengok lagi dokumentari P ramlee, disarankan tengok. mmg sedih kisah hidup arwah.

    benar, sampai sekarang orang masih ingat arwah, masih layankan filem dan lagunya. tapi jika kita lebih menghargai arwah semasa hidup dulu, arena seni kita sekarang mungkin tidaklah dipenuhi dgn hasil2 seni tahap sampah.

    tp biasalah orang kita... bila ada dibenci, dah takde baru nak terkenang2. entah bila kita akan belajar dari kesilapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menyayat hati kisahnya... Al-Fatihah buat arwah...

      Padam
    2. kalau korang tengok dokumentari yg History Channel tu, korang akan perasan salah seorang yg menjatuhkan P.Ramlee ialah anak didiknya Jins Shamsuddin

      Padam
    3. (samb): sy cuma tulis berdasarkan clue yg diberi suhaimi baba. kalau PON rasa salah, boleh padam komen sy di atas

      Padam
  8. Ramai org muda ingatkn yg P Ramlee masa berlakon n sebelum meninggal kaya n senang lenang mcm Datuk Yussof Haslam, tp sebenarnya tidak, jauh berbeza. Parent sy pernah bgtau dia masa berlakon dlm filem2 terkenal sgt meletup n dianggap movie star...tp bila usia makin meningkat n semakin kurang tawaran filem, beliau spt senyap n hampir tidak wujud dlm dunia perfileman. Spt noob ckp, dia hanya mula diangkat selepas kematiannya...n masa itu la baru dia dihargai n diberi gelaran Tan Sri, tp its 2 late.

    Pengajarannya, hargai seseorang x kira seniman, tokoh atau org disekeliling kita, terutamanya ahli keluarga sendiri. Jgn bila dah tiada, beru teringat segala kenangan lama n manis bersama..menangis bertahun2 xkan kembalikan org yg telah pergi. Mereka x mau apa2 sebenarnya, lg2 harta...mereka nak dikasihi n dihargai.

    Hargailah mereka yg ada skrg sebelum mereka tiada....n kepada yg dah tiada spt P.Ramlee, doa supaya bersama org2 yg soleh n solehah itu yg lg penting. Hidup di dunia adalah sementara, di akhirat yg kekal abadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pramlee meninggal umur 44 yer. Manalah tua sangat pun..masih bergetah gitu. Rosyam noor skrg dah 47 gitu..

      Kita x hidup sezaman dgnnya. Susah nak bayangkan kenapa ramai2 memboikot beliau. Mungkin beliau ada kesilapan yg dibuat hinggakan diboikot sebegitu. Jika kita berada di sekelilingnya, kita akan paham malah juga akan berbuat demikian. Manalah tahu kan? Cerita2 ini dikunci rapat oleh org yg memboikot beliau kerana untuk menjaga nama baik Pramlee sendiri. Saya boleh agak2 kenapa beliau diboikot berdasarkan kesimpulan dari beberapa dokumentari dan cerita2 orang lama. Saya ambil sikap berkecuali kerana menghormati aruah Pramlee. Tidak kurang hebatnya yer. Jika nak diceritakan, tak elok sangat. Ramai orang2 lama suka mendiamkan diri atas sebab2 menjaga nama baik aruah. Lihatlah hingga sekarang, tak ramai tahu kenapa perkara2 ini berlaku. Lagipun karya2 beliau seakhir hayat beliau laksana samsung dan nokia.. waktu tu pop yeyey meletup.. pakai la android bro.. tapi pramlee tetap dgn nokianya yg membuatkan popularitinya merudum laksana Siti kawin Datuk K.

      Pada saya karyanya memang genius hebat sbb time tu filem2 begini tidak dibuat tapisan spt Finas skrg. Jika ditapis Finas sekarang, hampir semua babak2 semua filem akan digam atau dipotong. Dan Pramlee hanya boleh buat filem hantu dan lumba kereta saja.

      Tetiba datang peminat skrg, tanpa usul periksa, minat karya2 beliau..mula bertanya..kenapa itu dan ini..

      Nota: Saya dapat berita2 ini dari sepupu2 saya yg giat berlakon dan menyanyi sekitar 60an dan 70an juga. Tak perlula didedahkan disini nama2 mereka. Cukup sekadar nama baik Pramlee terus dipelihara.

      Padam
    2. Kau nak jaga nama baik P.Ramlee tapi komen kau sendiri dah menimbulkan suspicious.

      Ape tu?

      Padam
    3. Komen aku kat atas ni utk anon 11.27. Bukan utk Ayam Afrika.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian semoga Allah S.W.T. bagi kemudahan pada beliau dlm kubur, memamng setuju dengan sesetengh cerita dia ada motif ada nasihat keunikan....Al-Fatihah kepada beliau...

      Padam
  10. filemnya memang legend dan penuh dengan sindiran pada masyarakat dalam bentuk halus/komedi..sampaikan ada bomoh VIP tiru dia lately..

    masalahnya orang faham yang kelakar tu je, yang "halus"nya tu tak nak ambik iktibar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, termasuk sindiran halus "alif mim nun wau, sarkis" itu yg paling lejen

      Padam
    2. sarkisss..

      Padam
  11. Al fatihah.

    NURKEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo SPM 10B cama bang.. jadi buruh ngan amah gak serta pekerja am gak ker...

      Padam
    2. Bang... saye setuju benar saranan ini.. kebanjiran pati di n9 ni saja dah memeningkan kepala saye dan istri.. pegi mane2 yg dok menyapu ngan cuci tandas, warga asing... hairan rakyat kita ke mane...

      Padam
    3. Bodonye kau ni anon 6.46. Ko mcm tak alert lansung senario pasaran buruh. Ko pikir ni semua sbb spm dan degree punye hal ke? Cuba la buka mata tu..gi baca kajian2 pasal tenaga buruh di malaysia. Ko ingt org malaysia ni tak ramai keje cuci tndas, sapu smpah semua tu sbb majikan sengaja ambil pekerja asing? Utk pengetahuan ko la..isu ni dah lme dah org kaji. Org kita ni tak akan nak punye keje mcmtu.gaji rendah..majikan nak ambil pun risau demand gaji lebih. Yg snggup terima keje tu warga asing la.aku mls nak citer pasal kes ni lebih2.ko g kaji sendiri. Kes buruh asing wat keje2 cmtu pun nak ungkit.kalau ko nk ubah senario ni sngt..ko patut g keluar..jumpe sluruh rakyat malaysia ni..ko ubah mentaliti diorang.ko mampu?

      Padam
    4. Saye x mampu tpi pakatan rakyat mampu. Jom ubah anda mampu mengubahnye...

      Padam
  12. Sokong KEDEPAN...al fatihah...

    BalasPadam
  13. Sokong KEDEPAN...al fatihah...

    BalasPadam
  14. Tiada siapa dapat menjadi seperti arwah p.ramlee.
    Kesusahan, kesenangan, kekecewaan dan kebahagiaan nya, hanya Allah saja yang tahu.

    Al-fatihah untuk arwah p.ramlee..
    semoga arwah di cucuri rahmatNya..amin.

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah

    Masih ok lagi, kerana dikenang selepas mati lebih baik dari dikeji selepas mati kan juga masih ada yang mendoakannya selepas beliau mati.

    BalasPadam
  16. Yeahhh..wan azizah menang derrrr

    BalasPadam
  17. Al Fatihah untuk arwah...sedekahkan banyak2 untuk dia, ada kesilapan yg telah dia lakukan semasa hayat yg penting usah diungkit kesilapan yg lalu. Kita yg hidup kena teruskan hidup...dunia makin tenat perbanyakan membaca surah Al Kahfi

    BalasPadam
  18. P.Ramlee dihalu dari Singapura kerana Lee Kuan Yew takut kebangkitan orang Melayu bermula dari filem filem P. Ramlee dan hasrat P.Ramlee untuk menubuhkan Kesatuan pelakun-pelakun Melayu Singapura. Lee Kuan Yew telah mengapi-apikan dan menanam kebencian dalam Run Run Shaw untuk membuang P. Ramlee. Perjuangan P.Ramlee telah disalah-ertikan oleh rkan rakan beliau termasuk Dato' Aziz Satar dan Allahyarham S. Samsudin kerana hampir kesemua pelakun Melayu ketika itu hidup cukup makan dengan wang gaji berlakun di Shaw Brothers.

    Keadaan yang sama juga makin kelihatan pada masa sekarang iaitu di MIG dia mana David Teo bertindak seolah olah Run Run Shaw dan lihat sahaja hampir 100% kuli batak beliau ialah pelakun Melayu. Dan jika Pelakun atau pengarah Melayu keluar dari MIG, beliau akan membenci orang terbabit. Contoh paling utama ialah Ahmad Idzham, Piere Andre, Allahyarham Kuman dan ramai lagi.

    bangkitlah dan bersatulah wahai Melayu Islam sekelian, tidak perlus ada UMNO, PAS, PKR. Jika kita bersatu Dewan Undangan Negeri, Dewan Parlimen, pusat membeli belah, projek perumahan dan sekolah Insya Allah akan kita kuasai semula.

    Jangan biarkan anak-anak kita merempat di bumi sendiri.

    Ingat lagu WARISAN
    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesamalah kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Peribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutuplah hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan maha perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayu kan gagah di nusantara
    Melayu kan gagah di nusantara

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...