Rabu, 3 September 2014

32 Wanita harus diberi pilihan untuk tidak bertudung

Memetik contoh wanita memakai hijab (tudung) adalah pilihan peribadi berdasarkan keazaman isterinya untuk berhijab selepas mereka berkahwin, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengalu2kan cadangan pramugari kapal terbang komersial diberi pilihan untuk memilih untuk memakai tudung atau tidak, namun dalam masa yang sama perkara yang sebaliknya juga harus diberikan pilihan.


Ini adalah berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda Umno untuk mahu pramugari diberi pilihan untuk memakai hijab ketika Khazanah Nasional mengumumkan pelan penyusunan semula untuk syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) yang masih berdepan dengan krisis kewangan.

Menyatakan bahawa semasa dia cuba menghalang isterinya daripada memakai hijab atas alasan "kecantikan adalah anugerah Tuhan kepada manusia - kenapa perlu sembunyikannya", Zaid, bagaimanapun, berkata bahawa orang2 yang tinggal di sebuah negara yang bebas perlu diberi kebebasan untuk memilih.
Atas nama hak dan pilihan peribadi ini juga, Zaid berkata ia perlu diperluaskan kepada profesion lain juga, seperti guru2 sekolah, kakitangan awam dan pelajar.

"Mereka yang mahu menunjukkan rambut mereka dan memakai kebaya berbanding memakai baju kurung longgar dan labuh harus diberi kebenaran dan kebebasan tanpa sebarang ancaman untuk dikenakan tindakan disiplin atau penurunan pangkat," katanya.

"Sekolah2 kita dan jabatan kerajaan juga akan menjadi lebih berwarna-warni dan meriah, saya pasti." 

Diterjemah dari The Rakyat Post yang dipetik dari blog Zaid Ibrahim.

Di atas adalah pandangan peribadi Datuk Zaid Ibrahim. Bagi aku, aku tiada masalah dengan orang yang tak nak pakai tudung, yang pakai baju seksi, yang tak nak solat, yang tak nak puasa, yang minum arak, yang makan babi dan sebagainya, sebab benda tu adalah tanggungjawab manusia kepada Penciptanya dan ia adalah hubungan manusia dengan Tuhan. Selagi seseorang itu menjaga hubungan manusia dengan manusia, aku takde masalah dan masih boleh berkawan dengannya. Aku mungkin boleh bagi nasihat, tapi bukan tugas aku untuk judge dan menghukum hubungan seorang manusia lain dengan Tuhan.

Cuma bila berbicara mengenai pilihan peribadi dan kebebasan manusia, selain daripada memberi kebebasan untuk seseorang itu untuk memakai tudung dan menutup aurat atau tidak, serta mahu menjalankan suruhan Tuhan atau tidak, kita juga perlu beri pilihan untuk seseorang itu bila dia mati nanti dia nak jenazah dan mayat dia diuruskan macam mana. Dia boleh pilih lah mayat dia nanti nak diuruskan mengikut cara Islam ke, nak ditanam secara menegak ke, secara duduk ke, batu nisan ditatah dengan emas ke, ditanam bersama duit ke, mayat dibakar ke, campak dalam laut ke, diawet jadi mumia ke, ikut pilihan masing2.

Yalah, takkan orang2 Islam ni masa hidup je nak kebebasan dan tak mau hidup mengikut cara Islam dan lebih selesa dengan cara barat, tapi bila mati mahu pula diuruskan ikut cara Islam, tak nak pula diuruskan dengan cara barat. Kalau tidak kubur2 kita juga pasti akan menjadi lebih berwarna-warni dan meriah.




tags: wanita perempuan pilihan pakai tudung hijab hijabista hijabster jilboob fesyen tutup aurat hukum hak kebebasan manusia peribadi cara hidup pramugari mas

32 ulasan:

  1. Hairan betul bgmana hukum Islam diberikan pilihan nak buat atau taknak buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang pegi ziarah dalam rumah dia nanti hang tau warna warni...

      Padam
    2. Inilah ajaran UMNO-BN! Kalau PKR memerintah, semua rakyat akan diwajibkan menutup aurat seperti di Iran!
      Sokong Azizah jadi MB Selangor!

      Padam
  2. aku ingat zaid hamidi cakap tadi....

    BalasPadam
  3. "kecantikan adalah anugerah dari Tuhan kepada manusia-kenapa perlu sembunyikannya"
    Perghh.. selamber jee dia ckap cmtuu.. M'permainkan agama..bodohnyee.. Damn!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la apa yang dia cakap tu.. aku mohon dia bagi pic bugil bini dia untuk tatapan semua.. kenapa perlu sembunyikan ye dok? sharing is caring.. hehehe

      Padam
  4. gambar atas sekali tu.. eeeee muka je putih... tangan hitammmmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekap kt muka tebal stgh inci, kt tgn 0 inci..mcm ko la jgk, kan?

      Padam
    2. kejadah aku nak mekap segala bagai.. aku bukan gay. lain la ko.. bapok tue yang tak sedar diri. rumah kata pergi, kubur kata mari

      Padam
    3. Anon yg ske komen "mcm ko la, kn?", atau "ko pn mcm tu, kn?" ni mmg seekor bapok, nme glamer die bedah, asal putrajaya..

      Padam
  5. Ini adalah kesan drpd aqidah murji'ah.. Amalan tiada kaitan dengan iman. Atau sesetengah amalan tiada kaitan dengan iman. Ayat yang selalu mereka diucapkan " asal hati baik"...

    BalasPadam
  6. no komen ..... just nk tambh rank top komentar

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe sirosli ko xyah komen pn xpe... buat semak je

      Padam
    2. top komentar dpt ape? biskut?

      Padam
    3. yg kejar top komentar ni biasanya org yg ada blog sbb nak kejar backlink, yg sirosli ni ntah apa yg dikerjanya... apa pn xbleh

      Padam
    4. ya tudia ayat2 tanpa nama yg dengki bangat sih

      Padam
    5. SiRosliza ni nk kejar perhatian noob..murni tu niat die, maka biarlh die trus dgn usahanyer mncari jodoh..jgnlh kalian dengki dgn kerajinan die ni ok?

      lol

      Padam
  7. Jangan sampai mereka tahu
    Harus menjadi yang diharapkan
    Lindungilah yang sebenar
    Kini aku

    Bebaskan bebaskan
    Tak mampu bertahan lagi
    Bebaskan bebaskan
    Tidak seperti dulu....

    Hahaha zaid..zaid... puiihhh

    BalasPadam
  8. Well said noob. Hidup ni macam tv la. Mula siaran dgn baca al quran, tazkirah. Tutup siaran dgn al quran , tazkira agama. Di tgh2 siaran bolliwwood, holliwood, plywood, berjoget telanjang. Begitu juga idup, lahir azan berzanji cukur al quran. Mati al quran yassin tahlil. Tgh2 jgn berperangai setan ..

    BalasPadam
  9. Menjawab la dia dgn malaikat dlm kubur nnt.adoi la..time ni boleh la sembang cmtu.bila mati nnt..dia tau la azabnye akibat memandang remeh hukum Allah. Ni bukan perkara main2. Dia boleh menyebabkan ramai pmpn kat luar sana daripada brtudung..jadi berani nak free hair. Tak payah warna warni sngt la..pakai tudung tu lagi warna warni. Musuh dlm selimut cmni la

    BalasPadam
  10. i can't brain his opinion "kecantikan adalah anugerah Tuhan kepada manusia - kenapa perlu sembunyikannya"

    BalasPadam
  11. poyo je, asal bab pakai tudung atau org xnk beribadat mesti nak kaitkan time mati nak urus mcm mana. org tu kalau salah pun, salah dgn tuhan, pesal ko lak yg jadi wakil tuhan utk hukum dia bila dh mati? adakah cara itu buatkan ko rasa holier than thou?

    memang betul apa. dia xnk pakai tudung ke lantakla. apa2 hal tuhan yg hukum.

    time dia mati, dia dah x sedar apa dah. ko nak tanam ke, nak biar tepi jalan ke its not the dead's problem. tp kalau ko x uruskan jenazah islam dgn sempurna, ko pulakla yg berdosa pada tuhan. tu je

    BalasPadam
  12. aku tak jumpa pulak dalam Quran ada tulis, sesiapa yang tak bertudung dia akan diazab dengan azab seksa yang pedih...belum jumpa lagi...hadith? hadith aku tak pakai...itu semua Bible...yang aku tau Allah Taala suruh pompuan menutup kehormatan dia sebab nanti jadi sebutan dan perlian orang...siapa yang nak kutuk lelaki? silap-silap kena penumbuk aje...cer kalau tetiba telinga pompuan tu capang ke, apa ke...kan dah memalukan pompuan tuh...itu apa yang aku faham laa...err...tapi bini aku bertudung...he he he!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aurat perempuan rmbt bodoh.mmg r xde tulis.tp kau nk tutup sebab tu la dia suruh bertudung.kau x pakai hadis?cetek nya .rasullulah punya sunah kau guna x?mcm baru convert muslim la cara kau komen.kesian.suruh je bini kau bukak tudung.dia pakai utk ape an dalan quran bkn ada gtaw pon.fak

      Padam
  13. Kalau pandangan ini dibagi oleh org biasa kira normal lg, kalau dicakap oleh pemimpin atau bakal pemimpin.....rosak jika follower dia ramai.

    BalasPadam
  14. Abah kau.dia pnah msk pkr nk ckp apa bodoh.skrg parti bebas.sbl nk komen selidik dulu.to yg komen guna nama anwar ibrahim

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.