Ahad, 19 Februari 2012

1 Kelantan negeri termiskin

Ah Jib Gor cakap Sabah sekarang bukan lagi negeri termiskin di Malaysia tetapi Kelantan (Rujuk sini). Rata2 aku tgk ramai org Kelantan yg butthurt dgn kenyataan Najib dan buat kempen mcm2 kat Facebook, keluar kenyataan mcm2 utk backing negeri dan tibai kerajaan BN. Tapi aku rasa tak org Kelantan xperlu nak butthurt sangat sbb orang Sabah dah dicop negeri termiskin oleh BN sejak mereka menyertai Malaysia, takde butthurt pun. Mungkin statistik ni boleh dijadikan pengajaran utk perbaiki dan memajukan lagi ekonomi rakyat negeri Kelantan.


But wait... aku tak suka betul benda yg cuma cakap2. Aku perlukan FAKTA. So aku mula membuat carian statistik kadar kemiskinan mengikut negeri di Malaysia. Sumber yg aku harapkan tentulah daripada laman2 web Kerajaan. Cari punya cari... aku jumpa beberapa laman web kerajaan yg mempunyai statistik yg aku perlukan.

1. Portal Rasmi Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri - http://www.epu.gov.my/household-income-poverty


Apa benda tak update ni... Sekarang dah tahun 2012, latest statistik 3 tahun yg lepas, 2009. Lantaklah, tgk Jadual 2 - Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah Purata Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.


Emm nampaknya daripada dulu purata pendapatan kasar Kelantan mmg dah paling rendah berbanding negeri2 lain termasuk Sabah. Tapi pelik kenapa statistik ni Sabah dan WP Labuan disekalikan. Mungkin sbb tu pendapatan kasar rakyat Sabah nampak tinggi, takdela miskin sgt pun. PAS mula perintah Kelantan sejak 1990, tapi kalau tgk tahun sebelum tu masa BN perintah pun masih lagi terendah.

2. Laman Web Rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - http://www.rurallink.gov.my/466


Again, tak berapa nak update jugak... paling latest ada tahun 2010. Rajin betulla org gomen nih. So kalau statistik kat Portal EPU merangkumi semua rakyat tak kira miskin kaya, kat sini mungkin ada statistik utk kumpulan sasar iaitu org yg miskin. Aku bukak statistik yg kedua iaitu Bilangan Isi Rumah Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin Mengikut Negeri, 2010.


Kalau ikut statistik tahun 2010, peratus kemiskinan keseluruhan di Sabah adalah 24.1% manakala Kelantan 10.7%, tapi Sarawak lagi ramai org miskin iaitu 27.2 peratus. Kalau berdasarkan statistik2 tahun 2010 ni, org miskin di Sabah mmg jauh lebih ramai dari Kelantan dgn perbezaan sebanyak 13.4%...

Tapi now tahun 2012 Najib cakap negeri Kelantan dah menjadi negeri termiskin? Mana data? Mana statistik? Perbezaan 13.4% dikurangkan dalam tempoh 2 tahun sahaja?


Taulah PRU13 nak dekat dah...

najib razak negeri termiskin sabah kelantan bn pas statistik kemiskinan mengikut negeri epu kklw bullshit

1 ulasan:

  1. bullshit pancing undi!! damn.. damn.. damn.. kotor.. damn.. damn.. damn.. kotor.. damn.. damn.. damn.. kotor.. damn.. damn.. damn.. kotor.. damn.. damn.. damn.. kotor.. damn.. damn.. damn.. kotor.. damn.. damn.. damn..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.