Sabtu, 18 Februari 2012

7 neNek 15 y.O Dapat BR1M

Syukur BR1M nenek ‘muda’ diproses semula







SHAH ALAM - Puan Ahmad, nenek yang MyKadnya memaparkan usia 15 tahun dan gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disebabkan kesilapan tarikh lahir boleh menarik nafas lega, apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kangar memproses semula borang rayuannya selepas membaca kisah berkenaan di Sinar Harian, semalam.

Menurut sumber jabatan itu, pihaknya akan meneliti semula permoho­nannya berikutan dia berusia lebih 60 tahun. “Tidak kira mempunyai tanggungan atau tidak, warga emas yang berusia 60 tahun tetap diberikan bantuan berkenaan,” katanya.

Ditanya sama ada LHDN Kangar menolak permohonan dan rayuan Puan disebabkan usia yang tertulis pada MyKad, katanya, mereka yang berusia 16 tahun sebenarnya tidak mempunyai tanggungan kecuali sudah berkahwin dan mempunyai anak serta menjadi ketua keluarga.

 “Ada permohonan ditolak kerana nama tanggungan di bawahnya sama dengan orang lain, apa pun, dalam kes nenek itu, perkara ini tidak timbul dan kami akan memprosesnya secepat mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai permohonan yang pernah ditolak LHDN, menurutnya, ia berlaku kerana tiga faktor, iaitu kesilapan semasa memasukkan data atau kad pengenalan, keraguan terdapat pada borang diisi dan mereka berstatus Bukan Warganegara. Begitu pun, katanya, LHDN tidak boleh mengimbas data kad pengenalan lama dan untuk mendapatkan BR1M, mereka perlu memperbaharuinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).



ok, baca Nenek Berusia 15 Tahun?? utk maklumat sblm ni..


p/s:  compare tarikh ngan gamba pon dh dpt agak ade silap ke x. JPN x double check ke sblm agihan. anak2 nenek ni baru tau gak ke???


7 ulasan:

  1. nenek ni lagi muda dari aku kot.. malah makin pemes lagi..huuhu~ ahaks

    BalasPadam
  2. mcm mana nak panggil dia? puan puan bin ahmad LOLZ

    BalasPadam
  3. macam mane boleh salah no ic dia..pelik je

    BalasPadam
  4. salah noic sbb kerja nya "Saya yang Menurut Perintah". baru kes siLap no, kes yg xdapat2 ic xyah ckp ah..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.