Yang ni memang best dan lawak, Mat Dan dari England speaking Ganu.
Paku dan Belacan, 2 orang mat saleh dari US yang pernah tinggal di Malaysia dan menjadi glamor satu ketika dahulu di kalangan orang2 Malaysia kat Youtube.
Ben Bradshaw atau Cikgu Ben, pun mat saleh dari US yang pernah tinggal di Kuching yang fasih bercakap Melayu, kini bekerja di Kedutaan Amerika di Malaysia.
Ini video yang memaparkan orang2 Russia yang belajar secara formal dan sangat fasih berbahasa Melayu.
Skyler Porter, mat saleh dari US yang juga pernah tinggal di Malaysia terutama di Kuching, sangat fasih siap boleh buat lagu dalam bahasa Melayu.
Pakcik Raymond Crooke yang pernah duduk di Brunei dan Singapura menyanyikan lagu P. Ramlee - Getaran Jiwa.
Yang ni lawak, walaupun dia tak cakap Melayu tapi dia nyanyi lagu loghat Kelantan, Dikir Serabut nyanyian adik Wani, Rosalinda dan lain2.
Yang ni tak payah cakap lah rasa ramai yang dah kenal, Keesamus, selebriti Youtube dari Thailand yang selalu menyanyi lagu2 Malaysia dan Indonesia walaupun dia sendiri tak fasih cakap Melayu.
Dah puas tengok orang luar negara cakap dan nyanyi lagu bahasa Melayu? Ok sekarang tengok video ni. Lawak gila cara MP Kepong, Dr Tan Seng Giaw ni angkat sumpah kat parlimen, orang kat belakang siap senyum lagi. MP Serdang, YB Teo Nie Ching ni pulak cakap Melayu tak berapa betul padahal baca teks je pun. Video ni diedit dan diupload oleh penyokong pro-BN, so faham2 jelah kalau ada pihak yang terasa. Tapi bagi aku daripada tayang video porno ahli politik, lebih bagus ditayangkan video sesi parlimen ni baru rakyat boleh nilai dan judge prestasi dan performance mereka di parlimen. Mungkin penyokong pro-PR pula boleh keluarkan video sesi parlimen 2013 yang entertaining macam ni.
Masalah warganegara bangsa selain Melayu dan bumiputra Sabah Sarawak yang tidak berapa fasih bahasa kebangsaan sendiri bukan baru. Aku post video atas tu sebab lawak, tapi hakikatnya bukan orang Cina DAP sahaja yang kurang fasih berbahasa Melayu, tapi kebanyakan orang Cina dan juga India juga tidak fasih berbahasa kebangsaan. Nasib sidang Parlimen masih dilakukan dalam bahasa kebangsaan, at least nak tak nak pemimpin2 bukan Melayu ni kena belajar dan fasihkan diri untuk bertutur dalam bahasa Melayu jugak.
Sebenarnya apa masalah bangsa lain tak boleh nak fasih cakap Melayu? Sebelum ni pun dah beberapa kali aku cakap, sebabnya bermula daripada pendidikan awal lagi. Malaysialah antara negara yang ada sekolah mengikut bangsa, ada Sekolah Cina, ada Sekolah India. Tapi sekolah Melayu takde pulak, Sekolah Kebangsaan tu bukan sekolah Melayu tapi sekolah untuk semua kaum. Sebab tu orang Cina atau India yang masuk Sekolah Kebangsaan diorang fasih berbahasa kebangsaan.
Sebenarnya bahasa Melayu bukan susah pun nak belajar, tulisan dia rumi je pun sebab tulisan jawi dah dikorbankan hanya tinggal artifak sahaja. Sebutan pun straightforward. Sebab tu mat saleh senang je nak belajar termasuk mat2 bangla yang baru duduk beberapa bulan kat Malaysia pun dah boleh fasih cakap Melayu. So amat malanglah kalau orang yang lahir dan membesar kat Malaysia sendiri tak tahu dan tak fasih cakap bahasa kebangsaan sendiri.
Sepatutnya perlu wujud Sekolah Kebangsaan sahaja, tak perlu jenis Cina atau Tamil. Dengan kewujudan sekolah aliran tunggal sahaja bukan bermakna kita nak hapuskan bahasa Cina atau Tamil, mereka still boleh belajar subjek tersebut di Sekolah Kebangsaan, malah pelajar Melayu yang nak belajar bahasa mereka pun boleh. Yang penting, bahasa pengantar dalam pembelajaran dan komunikasi antara kaum adalah Bahasa Melayu serta semangat perpaduan di antara kaum dapat dipupuk dengan lebih erat lagi.
Bacaan lanjut:
Sistem pendidikan dan sekolah aliran tunggal
Bahasa Malaysia tidak bernilai di negara sendiri
tags: mat dan speaking loghat terengganu ganu kita england bristol orang putih paku dan belacan p ramlee tribute cikgu ben bradshaw ajar slang orang russia rusia awek cakap fasih belajar bertutur bahasa melayu ustaz amin skyler porter lagu cipta nyanyi atuk pakcik raymond crooke getaran jiwa mat saleh nyanyi kelantan kelate dikir serabut adik wani rosalinda keesamus youtube thailand bangkok singer cover song najwa latif kosong perangai pakatan pembangkang angkat sumpah parlimen #parlimen2013 sekolah jenis cina mandarin hokkien cantonese india tamil kaum sistem pendidikan sk sjkc sjkt perpaduan gadis russia kahwin lelaki melayu shahabudeen jalil olga vasilevskaya juara pidato
1st ! cina india x fasih melayu sbb diorg xcmpur dgn mlayu. bcakap pun geng2 dia je. mcm mna nk fasih..
BalasPadamtu kt KL selangor je belambak.
Padamaku tengok noob x habis menulis pasal bahasa melayu je sayang benar dgn bahasa kebangsaan kita.tapi nk buat mcm mana perdana menteri je yg boleh ubah
Padamkenalan turki aku ramai boleh cakap bahasa dengan lancar. sampai jadi juara pidato bahasa melayu pun ada. bahasa melayu nahu dan pronounciation nya mudah. tak macam bahasa lain. itu kata dorang lah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau kau selalu lawat forum kopitiam dekat lowyat.net,kau akan tahu yang bukan melayu suka memandang hina kepada bangsa dan bahasa melayu.kononnya b.melayu hanya berguna bila nak rasuah polis/urusan kerajaan maka tak perlu belajar sampai fasih
BalasPadamthumbs up pd matsaleh yg ckp ganu nyanyi lagu kelate.. Very Rare n Win.
BalasPadamkaum cina di kelate/ganu. bukan setakat fasih, malah menggunakan loghat dlm pcakapan dlm urusan jual beli sharian
saya dh 3tahun mengajar disini. walaupun saya org luar tapi my loghat speaking improve a lot.
ini adalah sesuatu yg kerajaan umno patut blajar dari negeri2 ni mcm mna diorang hapuskan halangan bahasa dikalangan masyarakat yg berbilang kaum..
iye cina kat kelantan, terengganu biasaya fasih berbahasa Malaysia walaupun loghat ada, yang tak fasih/tak tahu berbahasa Malaysia kebanyakannya cina dari Johor, Melaka, NS, Selangor, KL dan Penang......
BalasPadamyang tak fasih/tak tahu berbahasa Malaysia kebanyakannya cina dari Johor, Melaka, NS, Selangor, KL dan Penang......
Padamkau punya kajian utuk buat tesis phd ke? baguslah kau tahu pasal ni,kau pernah tinggal kat semua negeri ni ke?
Cina takut jerebu wooo.. sebab tu tak tido dalam khemah di padang merbok.. kah kah kah!
Padamikut individu la.. Riduan Tee pun cina gak cakap melayu fasih aje.. :)
PadamMelaka?
Kalau ko buat research PHD.. ko dah check cina kat Melaka?
Cina Baba fasih2 berbahasa Melayu lor..
Belum kaum serani dan seumpamanya yang dah lama bercampur dengan kaum melayu Melaka..
Selain kaum Cina Lagi satu kaum india yang bercampur melayu pun sampai tukar status jadi melayu macam Tun Mahathir fasih je berbahasa Melayu.. :)
kebanyakan bukan maksudnya semua...
Padamsama juga dengan melayu kebanyakan fasih tapi ada juga melayu yang gagal ujian Bahasa Melayu masa SPM!!...
Padambetul2 masa ak spm dulu, ad beberapa senior ak dulu leh gagal bm, ingatkan tipu, rupa2 nya memang betul ,time ak Wat da =.="
PadamAku tak rasa orang gunakan sepenuhnya bahasa BM yang belajar dalam SPM.
Padamcina ipoh lagi teruk..cakap melayu tunggang terbalik..memang cina bukit habis..
BalasPadamaku sangat sokong entri ni,kita orang malaysia sendiri tak kiralah melayu,cina india duduk malaysia berpuluh tahun cakap pun tak fasih.Orang melayu 'urban' sekarang pulak nak campur bahasa inggeris dengan melayu konon nak nampak moden.
BalasPadamAku sangat seronok tengok Celina di Masterchef Selebriti sebab dia selalu cakap melayu dengan fasih.
Celina tu dari Kelantan kan?
Padamorang melayu..sikap dan halangan samada tak tahu buat atau taknak buat..dalam pada kita sibuk nak memperbaiki komunikasi dalam bahasa inggeris antara kaum, kita tengok bangsa lain selain melayu takde pun nak speaking english dgn puak2 dia..kita yg melayu ni je yg poyo nak nampak "educated" cakap omputih dgn bangsa sendiri..
BalasPadamKo musti campur dengan Melayu aje kan lol..
PadamTak semua speaking pun.. sebab banyak melayu tak suka speaking..
ada yang nak speaking kadang annoying pulak nampak macam bagus hahaha..
So nak speaking tgk2 gak le..
Sape kata bangsa lain takda? kalau tak nampak tu aku tanya ko dah campur dengan diaorang ke? pepandai kata takda.. kalau setakat tengok kat pasar tu tak payah la..
Bangsa lain pun ada gak lar yang speaking....
Aku tengok India lagi speaking ngan family geng dia.. tu ada India bahasa ingeeris dia lebih baik dan fasih..
Kaum Cina pun ada juga.. especially generasi baru.. atau family dia ada english education..
Cina takut jerebu wooo.. sebab tu tak tido dalam khemah di padang merbok.. kah kah kah!
BalasPadamSebenarnya
BalasPadamOrang menguasai bahasa ni biasanya untuk komunikasi aje..
Sebab Orang Cina atau India takda kepentingan nak berkomunikasi dengan Melayu ramai tak menguasai bahasa Melayu pun selain sebenarnye bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak ditekankan mana pun..
Biasanya kawasan yang penguasaan bahasa melayu luas ni yang memerlukan komunikasi seperti perubatan ahli perniagaan atau kawasan setempat yang ramai peniaga melayu ramai kepentingan yang memerlukan mereka menguasai bahasa melayu.. sebagai bahasa harian..
Sama juga macam ketika kemasyuran Melaka sebagai pusat perdagangan ramai bertutur dalam bahasa melayu sebab nak berniaga.. nak ambil hati senang..
Kita ingin menguasai bahasa ingeris punsebab yang sama..
Satu lagi kepentingan penguasaan bahasa adalah untuk ilmu.. ilmuan Islam dulu menguasai bahasa greek dan yunani untuk menyelongkar ilmu greek.. bahsa farsi untuk ilmu farsi dan seumpamanya.. Selain orang lain juga belajar bahasa arab untuk menguasai ilmu2 orang arab atau mempelajari Al-Quran atau kitab-kitab Arab..
jadi kalau nak orang berbahasa melayu kena ada ramai orang melayu gunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi dan hanya guna melayu.. ini akan memaksa orang lain berbahasa melayu.. : juga ramai cendiakawan melayu kena kongsi dan terbitkan buku kajian dan ilmu2 dalam bahasa melayu..
anak menteri pendidikan pun sekolah oversea n international school. rakyat malaysia masuk skolah kebangsaan. haha
BalasPadamlawak gila mamat cina dapig tu angkat sumpah mcm org mab0k minum todi terhuyung hayang kiri kanan...xserius lgsg!!!satu penghinaan trhadap parlimen.yg melayu2 fuckatan blh pulak tepuk tgn bersorak utk cina dapig tu..
BalasPadamsatu lg "menunuihkan" tu apa??? lawak gila la cina amoi bukit tu angkat sumpah.masuk tadika kemas balik laa belajar bahasa melayu...nama negara pun MALAYsia,bkn CINAsia atau ENGLISHsia so wajib fasih bahasa melayu...
Padammenunuihkan tu maksudnya lebih kurang menutuh ler..
Padamkalau BOHsia mcm mana pulak?
Padambestlah dgr Keesamus nyanyi. serius ckp, tak lepas dgr dia nyanyi. first time dgr
BalasPadamOrang Melayu senanglah nak ngorat minah saleh nih
BalasPadamItu lah silapnya, sepatutnya dari awal lagi dah dibuat sekolah kebangsaan je..sampai sekarang nak kerja bahasa melayu tu jadi bahasa ketiga yg penting...first kena pandai english, baru boleh dapat kerja bagus2, kalau second kau pandai cakap bahasa cina, lagi lah melambak kerja kau boleh dapat..tapi kalau tahu bahasa melayu je camna? pelan2 kayuh la jawabnye...
BalasPadammasa aku form 1 , kebanyakkan bdk2 cina xthu ckp melayu , lepastu aku ckp kt mak aku sepatutnya sekolah cina n india xpatut wujud. dah kata melayu bahasa kebangsaan, then mak aku ckp . malaysia kan boleh,. adeh ~
BalasPadamWalopun diorang x fasih bahasa melayu, result pmr dan spm diorang utk subjek bm mesti dpt A+ kan? Parroting is their biggest skill...dulu, kini dan selamanya.......
PadamRamai orang score BM A+ tapi tidak lancar bertutur dalam BM pun..
PadamSama macam orang boleh tulis dalam bahasa ingeris dengan baik tapi bila speaking tungang langang..