Orang perempuan juga boleh berkawan dengan orang lelaki.
Namun persahabatan lelaki dan perempuan hanya boleh kekal sebagai kawan biasa sahaja, jika mereka tiada sebarang hubungan percintaan.
Hanya orang lelaki dan perempuan yang bercinta sahaja boleh menjadi kawan baik.
Selain dari itu, lelaki atau perempuan hanya boleh mempunyai kawan baik dari kaum yang sejantina dengan mereka sahaja.
Apa maksud kawan baik atau rakan karib atau sahabat atau BFF ini?
Kawan baik ini adalah suatu hubungan persahabatan yang sangat rapat dan akrab.
Kawan baik boleh meluangkan masa yang lama bersama-sama.
Kawan baik tetap menghubungi satu sama lain walau berjauhan.
Kawan baik mengharungi saat senang dan susah bersama.
Kawan baik tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikan kawannya.
Kawan baik takkan membiarkan kawannya yang dalam kesusahan.
Kawan baik selalu mendengar dan berkongsi pandangan dengan kawannya.
Kawan baik tahu segala rahsia, baik dan buruk kawannya.
Kawan baik akan tunjuk perangai sebenar pada kawannya.
Kawan baik susah untuk mengambil hati pada gurauan kawannya.
Kawan baik sentiasa ada untuk satu sama lain.
Semua ini mudah dilakukan tanpa sebarang perasaan jika ia adalah di antara lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan. Malah kalau masing-masing dah kahwin, dah beranak pinak dan dah tua pun, hubungan persahabatan itu masih boleh kekal sampai bila-bila tanpa ada masalah.
Jadi bolehkan lelaki dan wanita menjadi kawan baik tanpa masing-masing jatuh cinta antara satu sama lain?
Kalau ada orang yang kata lelaki dan perempuan boleh menjadi sahabat baik tanpa melibatkan sebarang perasaan dan masih boleh kekal bersahabat baik sampai bila-bila, orang itu silap. Nak sangkal mudah je.
Bayangkan kau ada awek, tapi awek kau ada kawan baik yang merupakan lelaki lain.
Bayangkan kau ada suami, tapi suami kau ada kawan baik yang merupakan perempuan lain.
Kau rasa macam mana? Kau boleh terima?
Boleh terima pasangan kau selalu berkongsi masalah dengan kawan baik dia yang lain jantina tapi bukan dengan kau?
Boleh terima pasangan kau selalu berjumpa dan luangkan masa dengan kawan baik dia yang lain jantina tapi bukan dengan kau?
Boleh terima pasangan kau sering menghubungi kawan baik dia yang lain jantina tapi bukan dengan kau?
Boleh terima segala rahsia, baik dan buruk pasangan kau diketahui oleh kawan baik dia yang lain jantina?
Tak mampu terima kan?
Simple.
So kalau kau ada kawan baik berlainan jantina, walau macam mana pun kau kena bercinta dan kahwin dengan dia kalau kau tak nak akhirnya kehilangan kawan baik bila kawan baik kau dah ada pasangan lain.
Dan perempuan pula bila ada lelaki tiba-tiba jadi baik gila dan nak berkawan rapat dengan kau, jangan ingat yang dia sekadar nak berkawan baik sahaja. Macam aku cakap tadi, tiada istilah kawan baik di antara lelaki dan perempuan.
Dia nak berkawan baik dengan kau hanya semata-mata sebab dia suka kat kau dan nak cuba pikat hati kau. Dan bila satu masa dia luahkan perasaan dia kat kau dan kau tolak, kau bagi pula alasan "Walaupun kita tak bercinta kita masih boleh berkawan baik, kan?", maka kau silap.
Dia takkan buang masa untuk kejar kau dan mahu jadi kawan baik kau lagi. Dan kau pula, bila ada orang yang berlainan jantina tiba-tiba nak berkawan rapat dengan kau, kalau kau tak suka kat dia dan rasa tak mahu dia mencuba pun untuk pikat hati kau, jangan layan dan bagi harapan kat dia.
Baca juga artikel berkaitan berikut:
- Suami/Isteri mu adalah sahabat baik ku
- Persahabatan itu (Realitinya) sangat berbaloi
- Perempuan... jangan friend zone kami
- Awek VS sahabat sejati
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.
tags: tiada istilah kawan baik sahabat rakan karib rapat baik bff teman istimewa
Aku,dia dan....tiba² jadi jiwang2 apakejadahnya noob..nahh nii lagu jiwang utk ko noob..🤗🤗
BalasPadamAntara Cinta Dan Kasih – Aishah
Oh…
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri… menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa
Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa
Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka… oh sayangku
😝😝😝🤑🤑
Lagu jiwang kepala bapak ko. Lahanat
PadamMana korang nyorok nii..sunyi saja..anon 10:23 nak bisjut takk?..siapa pernah chat dkt blog ekspresiku maxis dulu ya..kalau ada tlglah respon..hampir 8 tahun blog ekspresiku ditutup mana agaknya korang semua..😂😂😣😣😣😥😥😮😮
BalasPadamProooot di muka sirosli
Padamnak bisjut?
BalasPadamteman tapi mesra....
BalasPadamfriends with "benefit"...
The amount of amatonormativity in this article is unreal.
BalasPadamYAk
BalasPadamSaya dah berkawan dengan kawan baik lelaki saya hampir 12 tahun..
BalasPadam