Iklan Leaderboard

Khamis, 2 Februari 2017

2 Persahabatan itu (Realitinya) sangat berbaloi

Baru-baru ini dalam cuti semesta, masa saya baring seketika, mak saya terima satu panggilan. Wajah mak yang serius buat kerja tiba-tiba menjadi satu keriangan. Apabila diberitahu, mak terima panggilan telefon daripada kawan mak daripada UK yang terpisah setelah lebih 30 tahun. mak sangat gembira tatkala kawan lama mak ingin datang melawat mak di rumah. Bayangkan mak dan kami sekeluarga bertungkus-lumus kemaskan rumah dan buat persediaan.

Sebelum ini, amat sedikit mak ceritakan tentang kawan mak semasa mak belajar di UK. Kawan mak ini merupakan kawan serumah dan kawan sama jurusan. Apa yang saya ingat daripada cerita mak, kawan perempuan mak ini bercinta dengan lelaki sama jurusan. Kedua mereka Muslim tetapi berbeza budaya (perempuan berasal Bangladesh, lelaki asal Pakistan) jadi terdapat tentangan keluarga kawan perempuan yang ingin berkahwin dengan lelaki sekufu.


Dijadikan cerita, selepas graduasi, kawan perempuan mak dihantar ke Bangladesh tinggal dengan keluarga di sana untuk putuskan hubungan antara mereka. Si lelaki pula baru sahaja graduasi,belum mendapat kerja buat keputusan drastik dengan beli tiket, terbang ke Bangladesh dan pergi ke rumah keluarga perempuan bersendirian  untuk minta jawapan. Setelah bincang, mereka sepakat untuk berkahwin dan akhirnya dikurniakan 3 orang anak. Bila saya dengar cerita itu saya terfikir "Dah macam cerita Hindustan pula"

Semasa hari yang dinanti tiba, datanglah kawan mak suami isteri. Mereka juga sama teruja untuk berjumpa dengan adik-beradik kami yang mereka juga dengar daripada mak (harapnya benda yang elok-elok LOL). Kali pertama mak saya bertentang mata dengan kawan lama, ekspresi mak berubah 180 darjah. Umpama budak-budak darjah satu bercakap dengan kawan barunya, mak teruja dan bersemagat.

Semasa berbual, banyak juga mak dan juga saya berbual dengan mereka. Perkembangan diri mereka, apa yang berlaku di UK serta perihal apa yang berlaku di Malaysia. Setelah bawa mereka pusing-pusing di kawasan pelancongan dan merasai masakan mak, mereka akhirnya pulang. Mereka gembira untuk berjumpa mak semula serta bertemu kami sekeluarga. Mak juga telah dapatkan nombor mereka dan terus berhubungan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya seorang yang pesimis terutama dalam perhubungan antara manusia. Amat sedikit kawan yang dikatakan agak rapat. Selebihnya, seperti biskut; sekejap ada, sekejap tiada. Mungkin menjadi budak yang dikelaskan "pelik" dari sekolah rendah lagi membuatkan ramai budak secara tidak langsung menjauhkan diri saya. Bila ambil tempat duduk selalu ada ciri paling kurang salah satu daripada tiga; duduk belakang, bersebelahan dengan budak yang dibenci kerana konflik semasa, atau hanya berseorangan.

Saya amat jarang untuk berfikir untuk dapatkan kawan. Boleh kata saya buat hal sendiri sahaja. Main bola sepak pun selalu kena "reject" alasan sudah cukup orang tetapi sebenarnya nak kumpulan dia cuma ada geng dia sahaja. Akhirnya, saya cuma reda yang saya sudah "kalah" dalam persaingan mendapatkan kawan. Selalu berseorangan sampai saya habis sekolah rendah, terus lupakan sekolah itu. Mungkin pada kemasukan sekolah menengah, saya mula terbuka hati untuk berkawan tetapi saya masih pasif dan jelek tentang idea "Best Friends Forever" sepanjang kehidupan remaja saya.


Sehingga perjumpaan mak dan kawan lama, saya nampak mak seorang yang kuat dan matang. Orang kampung kata "strong independent women". Sepanjang perbualan dan borak-borak, saya nampak sisi lain mak saya. Sisi remaja mak saya mempersonakan saya. Saya terlupa yang mak dibesarkan pada era counter culture bahkan semasa mak belajar di UK, era Rock Punk seperti Sex Pistol bermaharajarela mengancam England. Bahkan mak saya layan lagu "Hotel California" siap hafal lirik.

Setelah lama saya menolak idea persahabatan yang bagi saya superficial macam dalam manga dan anime, saya sendiri saksikan persahabat itu wujud realiti. Hanya melihat mak rancak berbual mengimbau kenangan lama di universiti, saya sudah tahu bayangan mak semasa muda dan bagaimana magik persahabatan berlaku di depan mata.

Bayangkan, pasangan kawan mak saya sebenarnya meraikan ulang tahun perkahwinan ke-30. Banyak tempat yang suami cadangan, kawan mak memilih untuk melawat semula kawan lama di Malaysia. Kalau bukan disebabkan eratnya persahabatan, saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan. Hari itu juga saya belajar untuk memurnikan pemahaman peribadi tentang persahabatan.

Tuan-tuan,

Ada istilah "berkawan biar seribu". Mungkin zaman sekarang, amat senang dapatkan seribu melalui media sosial. Zaman dahulu, nak dapatkan 50 orang amat sukar, belum lagi 100 orang bahkan jauh panggang dari api untuk 1000 kawan. Sekarang ini pun ada istilah "kawan makan kawan".  Semakin kita dewasa, pemahaman kawan bagi kita juga semakin kecil. Kawan tikam belakang benda lazim asal tembolok dia tetap penuh. Percayakan kawan juga semacam satu perjudian.

Kita terlupa yang kanak-kanak berkawan kerana mereka ingin ada kawan. Tanpa tersirat muslihat dan kepentingan, mereka lebih ikhlas mengerat silaturahim daripada dua orang dewasa berjabat tangan. Kita kanak-kanak berkawan dengan ayat semudah "Hey, jom jadi kawan!!!". Persahabatan itu semakin lanjut usia, semakin kecil "circle" kawan bahkan sempit pula keikhlasan kita berkawan.

Namun, kawan yang kita kenal sejak kecil dan remaja selalu sahaja kita ingat dan hargai. Walaupun sudah lama tidak berjumpa, dengan hanya satu perbualan atau pertemuan semula, terhubung jalinan kawan lama. Mungkin itu sebab idea alumni itu disukai oleh sebahagian orang. Mereka menggunakan perjumpaan alumni untuk bernostalgia pada zaman muda dan merasai kemanisan persahabatan mereka yang tidak terikat oleh sebarang kepentingan dan khianat.


Kita memandang kawan selalu sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. Hanya memikirkan yang kawan boleh cari pada bila-bila masa, senang sahaja kita cantas mereka bila sudah tidak berguna. Kawan yang bagus untuk kita bukan juga kawan  yang bersama-sama buat benda bodah macam yang Internet nyatakan "Best friends is friend how do stupid things together". Cuba kau dan kawan-kawan kau buat masalah sampai masuk lokap, baru mula fikir kesetiaan kawan yang mungkin dia khianat untuk lepaskan diri atau kita sendiri khianat dengan alasan "kubur masing-masing".

Jangan meremehkan persahabatan. Ada orang yang kawan itu sumber inspirasi yang bagus daripada keluarganya. Ada kawan sanggup susah semata-mata untuk tengok kawan senang. Jadi, jagalah kawan elok-elok. Bila dia buat benda salah, tolonglah halang dia. Janganlah buat dajal dekat kawan terutama yang banyak kita terhutang budi. Tak lupa juga, jangan sasarkan kawan sebagai "downline" MLM. Itu memang kawan paling celaka.

Adakah saya masih "salty" tentang idea kawan?

Ya.

Adakah saya menyampah dengan keakraban kawan-kawan?

Tidak (sedikit mungkin).

Adakah saya anggap manusia OK jika kurang kawan?

Mungkin.

Adakah saya terima idea yang sahabat sejati itu realiti?

Sekarang, ya.

Mungkin tak banyak yang ingin saya nyatakan melainkan jagalah kawan elok-elok. Nasihat ini datang daripada orang yang negatif tentang perhubungan manusia. Tolonglah.

Oh ya, mungkin agak lewat tetapi Selamat Tahun Baru Cina bagi semua yang meraikan.


Black Bladerz
Lone Wolf

2 ulasan:

  1. tersentuhnya baca tentang persahabatan mak dengan kawan dia tu. Tapi sy setuju, semakin kita meningkat dewasa, boleh kira ja berapa orang kawan yang betul2 kita kawan, yg ada waktu kita susah dan senang.

    BalasPadam
  2. wah, alhamdulillah berjumpa kembali dengan kawan lama mak ye...bukan senang tu

    actually, bagi saya sendiri, saya tak ramai sahabat. kawan itu ramai. sahabat sejati sukar dicari weh. nak2 lagi zaman moden. so hargailah sahabat. kawan boleh datang dan pergi ;)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...