Selasa, 4 September 2018

6 Bangsa merdeka jangan hidup dalam kejahilan

31 Ogos 2018 yang lepas kita telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, dan yang pertama kali di bawah kerajaan yang baru. Sempena ulangtahun Hari Kebangsaan Malaysia ini juga, ramai orang mengambil kesempatan ini untuk membuat cabaran merdeka, membuat kuiz dan  menemuramah orang awam serta selebriti sejauh mana pengetahuan mereka tentang Malaysia khususnya.


Hasilnya agak mengejutkan. Masih ramai lagi warganegara Malaysia yang kurang pengetahuan asas tentang Malaysia dari sudut pengetahuan am, sejarah, geografi dan sebagainya, walaupun mereka lahir, membesar, mendapat pendidikan, bekerja dan tinggal di Malaysia.

Berikut antara video berkaitan dengan cabaran merdeka:




Seorang penyanyi rap muda berumur 17 tahun yang baru menempa nama iaitu Ben Ladin pula dikecam teruk kerana gagal menjawab banyak soalan yang diajukan tentang Malaysia, lalu beliau pun memohon maaf kerana dikecam teruk oleh netizen.


Aku kalau budak-budak yang umur bawah 20 tak tahu sangat aku boleh terima lagi, sebab umur macam tu biasanya pemikiran dan mentaliti kita boleh dikatakan masih belum sampai tahap matang.

Macam aku juga dulu masa zaman sekolah rendah dan menengah mana peduli sangat pasal isu semasa, pengetahuan am, politik, sejarah dan geografi.

Dalam kelas pun bila belajar subjek-subjek tu terutama sejarah mesti nak tidur. Geografi pun sama, kalau kita jenis jarang keluar negeri, takde kawan dari negeri lain, mesti kita tak berapa tahu pasal negeri orang lain.

Tapi bila usia kita meningkat dewasa, biasanya kita akan mula ambil tahu dan berminat hal-hal berkaitan pengetahuan am, politik, sejarah, geografi dan sebagainya, malah kita mungkin tak sedar yang kita telah pelajarinya secara tidak langsung melalui  pembacaan, pergaulan, berita, media sosial, Internet dan juga pengalaman.

Bila kau dah mula keluar dari tempat kau membesar, dah bekerja di tempat orang, dah kenal dengan ramai orang, secara tak langsung kau kau akan tahu tentang tempat, budaya, adat resam, dialek dan loghat negeri lain.

Bila ada apa-apa isu semasa berkaitan agama, kaum, negeri, negara dan politik, kita akan mmembaca dan mencari fakta-fakta berkaitan, secara tidak langsung ia menambahkan lagi pengetahuan am kita.

Sebab tu macam kes Ben Ladin dan remaja-remaja generasi muda ini, aku tak hairan kalau mereka tak tahu sangat pasal pengetahuan am. Mereka belum lagi tiba usia itu, usia di mana timbulnya kesedaran untuk mengambil tahu hal-hal berkaitan pengetahuan am.

Apatah lagi aku ada baca info di mana Ben Ladin ni tidak belajar di sekolah secara formal dan hanya home schooling sejak Tingkatan 1, tak hairan lah banyak benda dia tak tahu sebab info-info macam ni biasanya kita peroleh secara tidak langsung di sekolah dalam perhimpunan, kelas, mural, aktiviti kelab, badan beruniform, ko-kurikulum dans sebagainya.

Aku secara peribadinya agak tidak bersetuju dengan home schooling sebab anak-anak akan terlepas banyak benda yang sepatutnya oleh dialami dan dirasai oleh kebanyakan kanak-kanak dan remaja lain, tapi mungkin aku akan ulas tentang di artikel yang lain.

Sebab tu agak tak wajar kalau budak-budak macam ni kita kecam, kutuk, maki  dan hentam siap ada yang bagi komen suruh lucutkan kewarganegaraan dia sebab benda asas pasal Malaysia pun tak tahu. Bagi dia nasihat dan peluang, sebab aku percaya dia pun sudah dapat pengajarannya.

Cuma kalau orang dah umur 30, 40, 50 pun masih tak tahu pasal perkara-perkara asas tentang pengetahuan am, sejarah dan geografi negara, atau yang lahir dan menjadi tua di Malaysia tapi masih tak fasih bercakap Bahasa Kebangsaan, itu haruslah dikecam dan ditegur kerana bersikap kejahilan, ketidakpedulian atau ignorance.

Warganegara yang ignorant ini biasanya mereka tidak peduli pasal persekitaran mereka, sebaliknya hanya peduli pasal diri mereka dan perkara yang berkaita  denga  diri mereka sahaja. Malah orang-orang macam ini biasanya bersifat mementingkan diri dan kurang empati kepada orang lain

Orang-orang macam ni yang kalau boleh kita nak kurangkan dengan didikan dan pengajaran, sebab ia bukan hanya akan menyusahkan orang lain, malah memberi malu kepada imej negara kita.

Orang ignorant ini bukan hanya di negara kita tapi ada di merata dunia pun seperti di video-video ini.




Nampak macam bodoh je, kan? Itu mat saleh, sama dengan je la kalau kita pun tak boleh jawab soalan-soalan basic macam tu. Masih nampak bodoh jugak.

Orang yang ignorant ni kita nak sembang pun tak syok, sebab diorang tak tahu banyak benda. Pastu banyak tanya benda-benda simple yang sepatutnya tak perlu tanya pun, lepas tu cakap benda bukan-bukan, cakap benda yang salah tapi yakin je benda tu betul sebab nak tunjuk yang mereka juga tahu.

Kesimpulannya, banyakkanlah belajar, bergaul, peduli dan ambil tahu. Jangan biarkan hidup dalam kejahilan, nanti akhirnya diri sendiri jugak yang malu.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.



tags: merdeka challenge cabaran hari kebangsaan ben ladin soalan temuramah tak tau jawab pengetahuan am perkara asas bunga raya nama bendera jalur gemilang 


6 ulasan:

  1. Banyakkn ambil tahu kurangkan mkn burger..mungkin matapelajaran sejarah org kurang minat noob..sepatutnya semakin maju semakin kita hargaii sejarah tapi sebaliknya berlaku..mungkin arus kemodenan begitu cpt sehingga sejarah dilupakn..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Hanat.

      Padam
  3. apa-apa pun memang tak patut kecam budak tu.. zaman skrg ni kerjanya asek nak malukan orang je

    BalasPadam
  4. Dulu2 kat tv1 ada je program singkat Hari Ini Dalam Sejarah. Aku selalu tunggu nak tengok. Sekarang takde..sekarang TV Free aku dah tak tengok sebab berita2nya..atau cerita2nya. Kalau dokumentari memang aku layan sebab mak suka tengok sejak aku kecil jadi dah terikut2 sampai sekarang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.