Rabu, 12 September 2018

5 Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Dalam melayari sebuah perhubungan cinta dan rumahtangga, pada peringkat awal biasanya mesti semuanya indah belaka, bak kata orang kentut pun bau wangi. Namun semakin lama melayari bahtera cinta, semakin banyak juga ujian dan dugaan yang mendatang, semakin banyak rahsia, kelemahan dan sisi hitam pasangan yang diketahui, membuatkan hubungan itu menjadi renggang, tawar dan tidak lagi seindah dahulu, sehingga akhirnya boleh membawa kepada kebosanan, keretakan, kecurangan dan perpisahan.

Situasi ini memang biasa berlaku dalam suatu hubungan percintaan dan juga asam garam dalam kehidupan. Sebab itu bila dah terlalu lama dalam hubungan, perkara paling penting untuk mengekalkan hubungan adalah kekal hormat dan menjaga hati pasangan, penerimaan terhadap kelemahan pasangan dan juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik, serta paling penting, sentiasalah ingat mengapa kita mencintainya pada asalnya dahulu.

Lalu dengarkan coretan aku dalam lagu Permata Hati ini.




Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Ku imbau memori indah
Dunia bagai milik kita berdua
Tiada apa yang dapat menghalang
Cinta kita yang tulus dan suci

Namun masa membuatkan kita
Lupa pada janji setia
Kini semua telah berubah
Ku tahu ia tak seindah dahulu

Walau ribut badai melanda…
Ku hanya mahu kau tahu…

Kecantikanmu menawanku
Keayuanmu menambat hatiku
Senyumanmu pengubat rindu
Kelembutanmu penyeri hidupku

Kegigihanmu semangatku
Kelemahanmu permata hatiku
Ketabahanmu inspirasiku
Pengorbananmu harapan aku

Semua yang telah kutempuhi
Menjadikan ku lebih dewasa
Namun kini telah ku sedari
Hanya kau yang bertempat dihatiku

Sudah lama ku tak merasai
Begitu hangatnya cinta ini
Ku berdoa pada yang Esa
Agar ia kekal buat selamanya

 Walau ribut badai melanda…
Ku hanya mahu kau tahu…

Kecantikanmu menawanku
Keayuanmu menambat hatiku
Senyumanmu pengubat rindu
Kelembutanmu penyeri hidupku

Kegigihanmu semangatku
Kelemahanmu permata hatiku
Ketabahanmu inspirasiku
Pengorbananmu harapan aku

Cinta dan rinduku hanya untukmu
Ku bersyukur kau milikku…

Muzik/Lirik: Prince of Noob


Lagu-lagu Buasir Otak: The Muzik yang lain:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags: buasir otak the muzik lagu song single cinta pertama hati indie lirik ciptaan sendiri

5 ulasan:

  1. ingatkan dapatlah dengar suara betul XD

    last2....lol =P..nice!

    letaklah instrumental dia...nnti boleh saya buat cover lagu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh letak suara betul sebab tak sedap huhu. btw tq dengar. instrumental tu kalau rajin saya buat, sebab dah hilang source file asal dia huhu.

      Padam
  2. ingatkan dapatlah dengar suara betul XD

    last2....lol =P..nice!

    letaklah instrumental dia...nnti boleh saya buat cover lagu..hehe

    BalasPadam
  3. 💔💔💔 💝💜💕💖💗💙💚💛💓❤💘❣💟💞💋💋💋


    🌹🌹🌹🌹🌷🌷🌷🌷🌺🌺🌺💐💐

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.