Iklan Leaderboard

Khamis, 11 Januari 2018

5 Buasir Otak: The Muzik - Super Saiya

Sebelum ini aku pernah gubah satu lagu yang bertajuk "Pergi", kali ini aku nak kongsikan lagu baru aku yang berjudul "Super Saiya". Kalau yang tak tahu apa maksud Super Saiya, ia merupakan kuasa super yang hanya bangsa Saiya seperti Son Goku dan Vegeta dalam cerita Dragon Ball sahaja yang boleh bertukar, pendek kata bila mereka bertukar rambut warna kuning tu kira dah jadi Super Saiya la tu. Seperti lagu Pergi, lagu ini juga aku buat sepenuhnya pakai software sahaja, dan muzik lagu ini sebenarnya aku cipta dulu dari lagu Pergi, cuma vokal sahaja yang baru aku masukkan.




Buasir Otak: The Muzik - Super Saiya

Tujuh pagi ku pergi bekerja
Highway sesak tiba sepuluh pagi
Buat kopi bosku menjeling
Ku tak kisah, ada aku peduli

Surat merah di meja
Sudah tiga ku terima
Duduk termenung di depan PC
Melihat jam menanti petang tiba

Sampai bila rodaku harus begini
Namun hidup perlu terus untuk sesuap nasi
Loan rumah, bil api, semua belum bayar lagi
Hidup bagaikan robot, yang tidak, punya makna lagi

Waktu rehat belum tiba lagi
Tapi otakku sudah tak berfungsi
Tangan ligat bermain Fifa
Sudah dua jam, masih tak puas lagi

Lari, tendang, dan tanduk
Sampaiku sudah bosan
Tak ku sedar langit sudah gelap
Terus cabut pergi ke kedai makan.

Sampai bila rodaku harus begini
Namun hidup perlu terus untuk sesuap nasi
Loan rumah, bil api, semua belum bayar lagi
Hidup bagaikan robot, yang tidak, punya makna lagi

Aku mahu berubah
Esok yang lebih cerah
Oh Tuhan tolonglah
Beriku kekuatan
Seperti Super Saiyaaa
Yeah!

Tidur...
Jaga...
Jatuh...
Bangun...

Hidup...
Ini...
Bagaikan...
Roda...

Ku pasang azam untuk menjadi
Insan berguna di dalam dunia ini
Tapiku sedar ia tak mudah
Namun tetap, cuba lagi dan lagi

Sampai bila rodaku harus begini
Namun hidup perlu terus untuk sesuap nasi
Loan rumah, bil api, semua belum bayar lagi
Hidup bagaikan robot, yang tidak, punya makna lagi

Aku mahu berubah
Esok yang lebih cerah
Oh Tuhan tolonglah
Beriku kekuatan
Beriku kekuatan
Seperti Super Saiyaaa...
Yeah!

Muzik/Lirik: Prince of Noob


Lagu ini mengisahkan kehidupan normal seseorang yang sudah bosan dan hilang semangat dengan rutin bekerja seharian namun mahu berubah menjadi lebih baik. Kalau tak sedap minta maaf lah ye.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: buasir otak the muzik lagu song single super saiya indie lirik ciptaan sendiri

5 ulasan:

  1. Cubaan yg baiikk..apa kata ko jual laguu nii pada aiman tino noob..hasilkan lagii lagu sendiri noob mana tau ada rezeki di hari mendatang..🎸🎻🎤🎧🎼🎹📻

    BalasPadam
  2. Wahh terbaik. Semoga murah rezeki ��

    BalasPadam
  3. Apasal suara chipmunk pulak yang keluo

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...