Iklan Leaderboard

Selasa, 16 Januari 2018

5 Industri buku tempatan sedang jatuh teruk


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri buku fizikal atau buku bercetak memang sedang merudum dan sakit tenat. Suasana ekonomi perbukuan memang agak tidak memberangsangkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Jualan buku semakin kurang, penerbit buku susah nak buat untung, banyak penerbit buku gulung tikar, tak banyak buku dengan kandungan ilmiah dan pencetus minda diterbitkan, percetakan buku semakin kurang dan sebagainya.

Selain dihimpit keadaan ekonomi, kejatuhan ini turut disumbangkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan diperitkan pula lagi dengan perubahan sikap masyarakat dengan tabiat dan budaya membaca.



Berikut adalah perkongsian seorang individu tentang industri buku yang semakin tenat ini.




Berikut adalah antara respon dan pandangan orang lain terhadap perkongsiannya.




Sumber dari FB AmazingNara.

Baca juga berkaitan isu buku ini seperti laporan berikut:

Pasal isu buku ini, entahlah, susah nak cakap. Zaman dah berubah. Teknologi dah semakin maju.

Dulu orang pakai kamera analog pakai filem Kodak bagai sekarang semua kamera digital.
Dulu orang pakai public phone sekarang semua orang pakai handphone.
Dulu orang beli PC besar gedabak sekarang orang beli notebook dan tablet.
Dulu orang lukis atas kertas sekarang orang lukis atas skrin.
Dulu orang main konda kondi sekarang orang main game online.
Dulu orang naik teksi sekarang orang naik Uber dan Grab.
Dulu ramai orang baca buku fizikal sebab sumber bacaan dan hiburan tidak banyak, sekarang sumber bacaan dan hiburan dah macam-macam, tidak terhad pada buku fizikal.

Kena faham orang baca buku ni atas 2 sebab je, satu untuk menuntut ilmu, satu lagi sebagai hiburan. Buku berbentuk pendidikan formal seperti buku teks, buku latihan, buku rujudan dan sebagainya aku percaya masih orang perlu dan beli sebab nak tak nak kena beli buku-buku tu untuk belajar dan pass exam.

Cuma buku bacaan untuk menuntut ilmu selain pendidikan formal dan hiburan je yang semakin merudum, sebab zaman sekarang orang nak belajar apa-apa boleh Google je, dan juga sudah terlalu banyak alternatif lain untuk berhibur selain membaca buku.

Tak boleh nak salahkan siapa-siapa. Tak boleh nak salahkan orang dah kurang beli buku fizikal. Tak boleh nak salahkan masyarakat dah kurang baca buku. Dunia dah berubah. Trend dah berubah. Kita tak boleh ubah orang. Kita tak boleh kawal orang.

Nak cakap semua disebabkan masalah ekonomi, orang boleh je baca buku percuma di perpustakaan, tapi perpustakaan pun tak ramai orang. Mungkin orang sudah tak berapa nak membaca buku dah sekarang, kerana mereka dah ada minat lain yang lebih menarik dan menghiburkan daripada membaca buku.

Mungkin juga hanya industri buku bercetak sahaja yang semakin menurun tetapi budaya dan hobi membaca di kalangan masyarakat masih tinggi, cuma mereka tidak membaca buku fizikal sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa membaca tulisan-tulisan di ebook, komik, akhar online, portal media online, newsfeeder di telefon, artikel di blog, status-status Facebook dan sebagainya.

Selain itu ada juga yang membeza-bezakan tahap intelektual berdasarkan bahan bacaan seseorang. Ada yang merasakan tahap intelektual mereka tinggi kerana sering membaca buku ilmiah, novel bahasa Inggeris, jurnal dan sebagainya, serta merasakan orang lain yang membaca novel-novel cinta melayu picisan, buku komik dan yang sewaktu dengannya mempunyai tahap intelektual rendah.

Ya, mungkin ada benarnya juga, tapi zaman sekarang apa-apa pun mesti duit yang utama. Apa-apa pun mesti keuntungan yang didahulukan. Berapa ramai orang sanggup cetak 10,000 buku ilmiah yang dia tahu takkan terjual, berbanding orang yang sanggup cetak 50,000 buku picisan yang dia tahu pasti laku keras?

Tak boleh nak salahkan penerbit dan pembaca juga kerana mereka ada kuasa permintaan dan penawaran. Kalau ramai yang sanggup keluar duit untuk beli sesuatu yang merepek, pasti ramai yang jual benda merepek tu. Sebab tu sekarang musim orang terbit buku yang diambil dari status Facebook, sebab benda tu popular dan boleh mendatangkan banyak duit. Kalau tahi kita berharga pun mesti ramai orang sanggup jual.

Nak jual buku ilmiah dan intelektual laku keras? Boleh je, tapi kena jadikan ia suatu budaya dan trend dulu. Bila ia dah jadi trend, tak kira la ilmiah tak ilmiah, intelek atau tidak mesti orang akan beli juga. Tak kisahlah nak buat cara macam mana pun, asalkan ia viral dan popular. Tapi selagi ia tidak menjadi trend, boleh la nak jual tapi tak boleh nak mengharapkan sambutan yang tinggi.

Sekarang ini apa-apa pun mesti duit menjadi faktor utama. Yelah nak beli apa-apa pun sekarang kena pakai duit. Nak sara diri, keluarga, isteri, anak-anak, ibu bapa, semua kena pakai duit. Maka buat apa nak jual sesuatu yang tak boleh nak mendatangkan keuntungan malah silap haribulan rugi pula.

Orang nak beli buku atau tidak, baca buku atau tidak, itu hak mereka, kita tak boleh paksa. Maka ia sama ada kita terpaksa menerima arus perubahan, cuba berjuang untuk kekal relevan atau mula cari audien baru tanpa perlu bergantung lagi kepada perkara yang sudah kurang permintaan. Jangankan kita, gergasi juga boleh jatuh jika lambat berubah.

Bak kata pepatah, "You can't change people, either you accept who they are or start living life without them."

Cuma aku boleh jangkakan tak mustahil jika satu hari nanti, hobi mengumpul dan membaca buku fizikal ini akan jadi macam cult yang ada kelompoknya yang tersendiri, dan akan jadi evergreen dan eksklusif macam lain-lain hobi yang pernah popular pada suatu ketika dulu seperti kumpul setem, kamera analog, retro gaming, muzik 80/90-an dan sebagainya, di mana ia masih lagi wujud cuma dah tak banyak dan bilangan pengikut dan peminatnya juga sedikit.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: industri buku cetak bercetak terbit merudum jatuh teruk tenat tercekik sakit solusi 

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Lama tak nampak ko seriously..apa cherita ko sekarang..prOoTt๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฆdmuka ko..

      Entahlah noob..mmg byk yg gulung tikar sekarang.. Bila kali terakhir kita beli buku noob..segalanya dihujung jari sekarang.. Masyarakat sekarang mana ada masa nk baca buku..buang masa katanya..tk lama lagii suratkhabar pun tutup..๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ’ป๐Ÿ“ท๐Ÿ“บ๐Ÿ“Ÿ๐ŸŽฅ๐Ÿ“€๐Ÿ“ป

      Padam
  2. selalu ronda kedai buku... buku bahasa melayu banyak yg merapu..terutamanya novel...ntahapahapntah..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk juga buku bahasa melayu yg berkualiti...yg ko cari/baca novel tuu buat apa..novel cuma indah difantasikan..kembalilah kepada al quran..๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„ianya enak utk dibaca anon..๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜š๐Ÿ“š๐Ÿ“’๐Ÿ“”๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“•๐Ÿ“—๐Ÿ“‹

      Padam
  3. sebab teknologi sekarang kut...macam pengeluar komik pun bnyk gulung tikar sebab orang baca e-comic jer skrg...sama juga macam buku..tapi bagi saya pula..saya lebih suka baca buku sebab puas dapat pegang dan baca depan2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...