Rabu, 17 Januari 2018

9 Nyawa tergadai akibat kebodohan orang lain

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi yang sangat menghayat hati tentang seorang remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam. Mangsa, S. Sathirawan, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada hentakan kerusi pejabat yang tepat mengenai kepalanya.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam.
Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya baru pulang dari kedai runcit, tiba-tiba kerusi tersebut jatuh dari tingkat atas dan mengenai mangsa.


"Anak adik saya meninggal dunia hari ini kerana ada orang baling kerusi kena kepala dia. Saya sendiri nampak keadaan itu. Saya tak nak perkara ni terjadi kepada sesiapa lagi, orang muda atau dewasa," kata Citra, seorang ahli keluarga mangsa.

"Pihak PPR, tolong ambil tindakan hal ini!" tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai. 

Sumber berita Astro Awani.

Aku tak tahulah apa yang difikirkan oleh orang yang baling kerusi dari atas apartment tu. Dia ingat kerusi tu ringan agaknya. Dia fikir kat bawah tu memang takkan ada orang agaknya. Dia anggap apa yang dia buat tu perkara yang sangat kecil agaknya. Dia rasa apa yang dia buat tu takkan mendatangkan kesan pada orang lain agaknya.

Perkara kecil lah sangat bila dah boleh membunuh orang!

Serius bodoh. Dan kebodohan seperti ini yang sering ada dalam masyarakat kita. Sikap pentingkan diri sendiri. Sikap tiada empati dan common sense dalam diri. Sikap tidak mempedulikan masalah orang lain. Sikap tidak apa menyusahkan orang lain, asalkan aku senang.

Semua fikir nak senang kerja. Semua benda nak ambil mudah. Semua perkara anggap perkara kecil sahaja. Yang penting hal dia dah lepas, kesan dari tindakan dia sama ada memberi kesusahan dan kemudaratan pada orang lain dia tak peduli.

Di rumah apartment seperti PPR tu, membuang barang dari tingkat atas dah jadi norma. Ludah, kahak, botol, tin, plastik sampah, pasu, selipar, tuala wanita, kondom dan macam-macam lagi objek dibuang ke bawah sampai merosakkan kenderaan dan terkena kepala orang. Jangan kata objek, bayi pun pernah dicampak dari tingkat atas apartment. Semua sebab rasa nak senang kerja dan rasa akan ada orang lain yang akan bersihkan untuk kita.

Bukan itu sahaja, perangai-perangai bodoh macam buang sampah luar kereta atas jalanraya, ludah chewing gum merata-rata, blok kereta orang buat double park, potong barisan bila beratur dan lain-lain perangai sial dan hodoh pun semuanya atas faktor yang sama iaitu MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TAK PEDULIKAN ORANG LAIN.

Kau rasa apa yang dilakukan itu benda kecil, tapi impaknya sangat besar pada orang lain.
Kau buang sampah atas jalan, kau ingat siapa yang nak kutip?
Kau ludah chewing gum atas jalan, kau ingat takde orang yang akan terpijak dan melekat kat kasut dia?
Kau double park kereta orang, kalau orang nak keluar kereta ada kecemasan ke apa kau ingat orang tu kena ikut masa kau?
Kau potong barisan orang lain, kau ingat kau seorang je nak cepat?

Serius, tak mengapa kalau kau tak pandai, tapi jangan jadi SI BANGSAT PENTINGKAN DIRI YANG HIDUP HANYA MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

Baca juga "Kebodohan nampak kecil tetapi besar kesan mudarat".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: baling campak lempar kerusi tingkat atas aparment rumah flat pangsa ppr pprt maut meninggal mati pecah kepala ibu emak pegang tadah otak 

9 ulasan:

  1. betul tu, tak pandai tak apa, tak berpelajaran tinggi pun tak apa, tapi ramai yg pentingkan diri tu yg timbulkan masalah kpd org lain.... tak bagi signal, bw kereta slow sambil swipe handphone, potong Q di traffic light...dll

    BalasPadam
  2. Sedih sgt bila baca and tengok berita tu.. kawan ckp kt sana mmg biasa baling2 barang mcm tu.. dulu siap ada baling tong gas dsb lg.

    BalasPadam
  3. Bisjut bapak kau. Hidup menyusahkan orang. Bangang.

    BalasPadam
  4. Sirosli sila pm tepi

    -ayam aperikka-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pm, bukan pm tepi tapi tengah

      Padam
  5. sedih betul..kesian org tak bersalah pulak yang kena..biar bodoh asal tak menyusahkan orang lain.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.