Isnin, 15 Januari 2018

3 Setiap manusia pasti melakukan kesilapan

Dalam dunia ini
tiada orang yang terlepas
daripada melakukan kesilapan.

Ini kerana
manusia itu
tidak sempurna.


Kita semua
melakukan kesilapan
kerana sikap...
emosi...
dan nafsu.

Kita melakukan kesilapan
Kerana ego...
tidak sabar...
amarah...
hasad dengki...
kedekut..
ujub...
riak...
banyak bercakap...
zalim...
bodoh sombong...
tergesa-gesa...
suka bertangguh...
berkeluh-kesah...
suka membantah...
kuat berangan...
lalai...
prasangka...
cemburu...
berlebih-lebihan...
malas...
menipu...
dan cintakan dunia.

Namun
tidak mengapa untuk silap
andai kesilapan itu
menjadi penyebab
untuk kita bangkit semula.

Tidak mengapa untuk silap
andai kesilapan itu
menjadi pengajaran
untuk kita tidak mengulanginya lagi.

Ya
Setiap manusia melakukan kesilapan.

Namun bukan semua manusia
yang berani
dan mampu untuk
mengakui kesilapan mereka
dan belajar daripadanya.

Jangan takut dan malu
untuk akui kesilapan
kerana ia bukan tanda lemah
 sebaliknya simbol kekuatan.


* * * * * * * * * *


Cuma nak berkongsi cerita, ada satu hari pada bulan puasa tahun lepas, aku nak pergi ke sebuah restoran untuk berbuka puasa. Kerana waktu berbuka dah nak dekat, aku pun cuba bergegas ke sana.

Tiba di sebuah jalan, ada satu kereta di depan aku dipandu agak perlahan. Aku sudahlah lapar puasa, dia boleh pulak bawa kereta perlahan. Lepas tu kereta itu tiba-tiba menekan brek, mencelah ke kiri dan berhenti di bahu jalan. Aku yang berada di belakangnya terpaksa tekan brek untuk berhenti juga kerana keta aku betul-betul rapat dengannya.

Akibat hilang sabar dan rasa marah, aku cuba memintas ke kanan, namun disebabkan kereta aku agak rapat dengan keretanya, pintu kereta sebelah kiri aku bergesel dengan bumper belakang keretanya menyebabkan bumper keretanya calar dan pintu kereta aku kemek. Masa tu jugak meremang bulu roma aku, terus rasa insaf dan menyesal sebab hilang sabar.

Aku pun turun kereta untuk berjumpa dengan pemandu kereta yang aku langgar tadi. Pemandunya seorang perempuan berumur bertudung labuh, di sebelahnya ada 2 orang kanak-kanak. Tanpa berlengah lagi, aku terus meminta maaf kepadanya dan menawarkan diri untuk membayar gantirugi kerosakan keretanya.

Dia bersetuju dan tak sampai 5 minit, selepas aku ambil nombor telefonnya dan dia pun mengambil butiran aku, aku pun beransur dari situ dan terus pergi ke restoran untuk berbuka puasa. 3 hari kemudian, dia telefon aku memberitahu harga pembaikan, aku pun berjumpa dengannya di bengkel kereta pilihannya dan terus bayarkan kos pembaikan kepada tuan bengkel.

Kalau nak difikir balik, ya mungkin bukan aku seorang yang salah. Mungkin pemandu wanita itu juga ada salahnya kerana menekan brek secara mengejut dan terus berhenti di bahu jalan. Aku boleh je nak bertekak dan bergaduh dengannya untuk mempertahankan diri aku dalam kejadian tersebut, mana tahu kalau aku berjaya mengalahkannya tak perlu lah aku keluar duit untuk bayar gantirugi.

Namun aku akui kesilapan aku lebih besar kerana mengikuti rapat keretanya dan juga terus mencelah memotong keretanya dengan laju akibat hilang pertimbangan dan hilang kesabaran. Dia pula mungkin terpaksa berhenti mengejut kerana ada kecemasan atau sesuatu hal berlaku dalam keretanya pada waktu itu yang memaksanya untuk mengambil tindakan sedemikian.

Maka disebabkan aku mengakui kesilapan aku dan tak nak pening-pening kepala menjadikan ia suatu yang besar dan berlarutan panjang-panjang, aku pun mengambil jalan untuk mengalah dan terus meminta maaf. Walaupun melayang la juga beberapa ratus, sekurang-kurangnya ia dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak timbul sebarang unsur permusuhan dan dendam. Lagipun ia berlaku di bulan puasa, aku anggap ia adalah ujian Tuhan, sebagai pengajaran agar aku lebih bersabar dan berhati-hati.

Aku rasa kalau aku bertekak hari tu, sampai hari ini wanita itu akan membenci dan rasa dendam kat aku, silap haribulan viralkan pula di Internet.

Oleh itu, kalau berlaku perbalahan atau perselisihan yang melibatkan kita dan orang lain, walaupun kita rasa orang itu yang silap dan bukan kita yang silap, cubalah muhasabah diri dan kurangkan ego dalam diri masing-masing. Mungkin kita berselisih hanya disebabkan perkara yang kecil, akibat terlepas kata, atau hanya kerana salah faham. Cuba akui kesilapan dan belajar untuk meminta maaf. Apabila orang meminta maaf, cuba belajar pula untuk memaafkan.

Kerana pergaduhan dalam sesebuah perhubungan itu, walau kita menang sekali pun, sesungguhnya ia adalah kemenangan yang merugikan. Kita mungkin peroleh kemenangan, tetapi hanya merosakkan perhubungan dan tali persaudaraan.

Semua orang melakukan kesilapan.
Tak semua orang berani mengakui kesilapan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: semua orang melakukan kesilapan silap salah gagal tidak akui mengakui pergaduhan rosak perhubungan

3 ulasan:

  1. Biasalah noob...yg nama manusia pasti lakukan kesilapan..lumrah hidup..💲💱🔚🔙🔛🔝🔜

    BalasPadam
  2. manuasia tak lepas dari silap, yang penting kita berusaha untuk tidak mengulanginya dan belajar dari kesilapan untuk buat yang terbaik.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.