Ahad, 21 Januari 2018

12 Fenomena makcik bawang di media sosial

Sekarang ini ada satu fenomena di media sosial iaitu fenomena makcik bawang. Tidak tahu dari mana asal usul istilah makcik bawang ini, tapi ia merujuk kepada sikap orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang, suka menyibuk hal orang lain yang tiada kaitan, bermulut celupar dan busuk yang suka menyindir, mengata dan mengutuk, suka menghukum orang lain tak tentu pasal dan yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya perangai macam ni sejak dari zaman dulu lagi dah ada, cuma istilah ini baru wujud dalam setahun dua yang lepas, terutama apabila page FB Kisah Rumah Tangga wujud di mana ramai orang suka berkongsi hal dan masalah rumahtangga mereka di situ, lalu ramailah netizen memberi pandangan, kritikan, sokongan, bantahan, umpatan, kutukan, hinaan, cacian, makian dan pelbagai lagi jenis komen terhadap kisah-kisah yang dikongsikan, lalu mereka-mereka ini digelar makcik bawang atau pakcik bawang bagi lelaki.


Dipercayai istilah makcik bawang ini adalah diilhamkan dari kegiatan makcik-makcik kampung yang sedang merewang kenduri potong bawang sambil mengumpat sana sini, maka terhasillah makcik bawang. Ada juga yang kata asal usul makcik bawang ini terhasil sebab mereka kaki drama melayu jam 7 malam lepas tu menangis-nangis keluar air mata macam masa kupas bawang tengok lakonan Fattah Amin putus cinta dalam drama. Walau bagaimanapun sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.

Berikut adalah antara ciri-ciri makcik bawang di laman maya:

1. Aktif di media sosial

Makcik bawang ini memang aktif di media sosial sama ada Facebook, Instagram atau Twitter. Aktiviti harian mereka adalah baca artikel dan tengok kehidupan orang lain di media sosial, kemudian turunkan komen, share post kat timeline sendiri dan ajak kawan-kawan kutuk secara berjemaah.

Antara akaun media sosial yang mereka sering ikuti adalah akaun artis, page gossip dan page portal lintah yang suka rembat artikel orang lain agar mereka sentiasa up to date dan mempunyai bahan untuk dikutuk.

2. Mulut celupar dan kuat mengata

Biasanya perwatakan mereka di luar agak berbeza dengan perwatakan mereka di media sosial. Kat luar nampak elok, cakap pun bersopan, tengok gambar profile pun elok je bergambar dengan keluarga, anak-anak, kat timeline sendiri pun tulis yang elok-elok je siap bagi nasihat agama bagai, tapi bila dia komen kat tempat lain, nak baca pun rasa malu.

Sumpah seranah, maki hamun, mencarut, habis semua keluar. Dengan mudah mereka menggelarkan orang yang mereka tidak kenal di Internet dengan kata-kata kesat seperti 'babi', 'anjing', 'perempuan sundal', 'pelacur' dan macam-macam lagi gelaran yang tak sanggup dilihat.

3. Suka menyibuk hal orang

Mereka ini sering berlegar-legar di media sosial semata-mata untuk menyibuk hal orang lain, terutamanya akaun artis. Apa je yang orang lain kongsikan di akaun media sosialnya, mesti ada je yang tak kena di matanya. Orang tu kahwin salah, tak kahwin salah, pakai baju salah, cara pegang anak salah, cara jaga anak salah, buat itu salah, buat ini salah. Senang cerita dia jelah yang paling betul, orang lain semua kena hidup ikut cara dia.

Konon-konon nampak macam prihatin la menegur dan bagi nasihat macam mereka tu pulak ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga orang yang dikecam tapi bila dah melampau sangat memang tersangatlah menjengkelkan.

4. Tahap IQ rendah

Kadang-kadang makcik bawang ni bila komen terus terserlah kebodohannya. Orang tulis pasal benda lain, orang cerita pasal benda lain, dia komen benda lain sampai lari dari topik dan terkeluar konteks. Malah ada ketika mereka sendiri buat andaian lepas tu marah orang lain atas andaian yang dia sendiri buat. Contohnya bila dia tengok seorang artis perempuan jarang upload gambar dia dengan suami, dia terus andaikan rumahtangga artis tersebut bermasalah, lepas tu terus meroyan cakap artis tu tak pandai jaga suami ada jantan lain.

5. Suka menghukum orang

Makcik bawang ini memang sifatnya suka menghukum orang atau judgemental. Orang itu salah, orang ini berdosa, orang itu jahat, orang ini masuk neraka. Tak kira la dia sampaikan dengan cara menyindir ke, mengutuk ke, dia punya mulut puaka memang macam musibat. Ada yang berpelajaran dan berpangkat tinggi tapi dia punya mentaliti menghukum memang sangat dahsyat.

Bila nampak orang miskin, dia cakap orang tu mesti tak sembahyang sebab tu Tuhan tak bagi rezeki kat dia. Bila nampak orang kahwin lama takde anak, dia cakap mesti dia banyak buat perkara tak elok sebab tu Tuhan tak bagi dia anak. Bila nampak orang senang sikit, dia cakap tu mesti makan rasuah kat akhirat nanti dapat la balasan. Dia punya menghukum macam dia pulak yang tentukan apa yang Tuhan buat.

6. Wujud secara berkelompok

Makcik bawang ni macam ada satu cult atau tribe. Bila muncul seorang, nanti muncul lagi sorang-sorang bawa suku sakat, laju je merebak macam virus. Bila ada seorang makcik bawang nampak benda yang tak kena pada mata dia, dia akan serang orang tu. Bila orang yang diserang mempertahankan diri dan netizen lain menghentam makcik bawang itu, tanpa dipanggil atau ditag, entah dari mana datangnya tiba-tiba muncul suku sakatnya ramai-ramai untuk bersama makcik bawang itu bagi memperkuatkan barisan serangan, sampai akhirnya orang yang diserang pula terpaksa mengalah atau mengambil tindakan drastik dengan memblock makcik bawang, menutup ruangan komen atau deactivate akaun.

Tapi batalion makcik bawang ni pun kadang-kadang bijak (dalam erti kata lain, bangang) juga, tak cukup dia serang orang tu, dia serang pula akaun suami atau isteri orang tu, anak-anak mereka, kawan-kawan mereka. Tak tahu apa yang desperate sangat makcik-makcik bawang ni tapi nampak sangat macam manusia takde life.


Ya, begitulah antara ciri-ciri makcik bawang, atau pakcik bawang. Bagi korang yang juga salah seorang netizen yang aktif di Internet, secara sedar atau tidak, mungkin korang pun ada ciri-ciri itu. Kalau korang nak tambah lagi ciri-ciri makcik bawang boleh tambah di ruangan komen.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: femomena definisi maksud asal usul makcik bawang pakcik petir ciri jenis

12 ulasan:

  1. abang bawang jangan dilupa...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awwwww aww ewwwwww euwww,muuuuaahhh!!

      Padam
  2. Nob,ko ingat lagi dgn pelakon popular 90an dulu julia rais?? Moh ler kita gossip ,khabar terbaru kata nk tinggal kt malaysia tapi masih di uk lagi! Anak dia semua cantik2 nob! Maklumlah suami dia kan kerabat diraja phg,walaupun dh berusia tapi still mantap nob!!! Try lah usha ank dia nob,mana tau jodoh ko nob,wkakkahh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni nak gelak ke nak marah ke... aku pun tak tauu.... xDDDD

      Padam
  3. Semoga kita tak tergolong Dlm golongan bawang

    BalasPadam
  4. Makcik bawang ni kalau di dunia realiti macam makcik kepoh juga.

    Kalau makcik kepoh, sekadar cakap mulut sahaja dan yang mendengar pun hanya orang-orang sekitar.

    Tapi kalau makcik bawang ni, apa sahaja yang ditaip semua orang boleh baca tak kisah lah dari ceruk mana.

    Dunia tanpa sempadan kan. Inilah antaranya cons nya.

    BalasPadam
  5. Hello nob, kita jumpa lagi!ingat nk komenn entri baru tapi tkde plk,,ok2 harini kita gosip psl mia khalifa!pasti nob tgh tgk film dia ni,kahkah! Mia khalifa ni sebenarnnya arab kristen!jadi tkde masalah bagi dia nk berlakon porno!nama je mcm islm tapi mmg dia arap kristen.tapi yg jadi kemarahan umt islam dn kumpulan islam dilabenon ialah mia ni berlakon porno berhijab!tu yg timbulkn kemarahan dinegara asalnya! Salah satu babak dia ni berhijab nk interview kerja,biasalh mula2 bincang2 lps berlakulah adegan2 yg membuat nafsu bergelora!! Sampai bawah meja pejabat diaorang bertarung!!merah padam muka mia kena henjut dlm keaadaan dia masih berhijab!! Oklah tkmau cerita byk takut korang mimpi plk! Jumpa esok,bye!👄

    BalasPadam
  6. wahaha..so true..ciri2 tu mmg terserlah kat page2 org ada2 nama..

    BalasPadam
  7. Hehehhee... details habis penerangan Noob pasal makcik bawang ni.
    Tapi tulah bukan setakat makcik je yang membawang ada juga pakcik bawang tapi sikit kot tu yang tenggelam.

    BalasPadam
  8. Oh begitu rupanya maksud dan ciri-ciri makcik bawang..
    Ingat apalah sebab makcik dikaitkan dengan bawang..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.