Khamis, 8 September 2016

12 Di sebalik alasan awak terlalu baik untuk saya

Awak terlalu baik untuk saya...

Alasan klise seorang perempuan yang mahu menolak cinta daripada seorang lelaki. Aku rasa ramai pun orang lelaki pernah kena reject dengan perempuan yang dia suka dengan ayat ini. Aku pasti pasti ramai juga lelaki yang tak puas hati bila kena reject dengan alasan ini. Ada yang merasakan "aku kena jadi jahatkah baru dia nak terima aku?" Atau "aku ini bukannya baik sangat, kenapa dia cakap aku baik, adakah dia sekadar nak jaga hati aku?"


Ok sekarang aku akan bongkar maksud sebenar di sebalik ayat rejection tersebut.
Pertama, ada sesetengah perempuan yang jenis perangai gila-gila, selamba, ganas dan sebagainya, mereka biasanya suka berkawan dengan lelaki yang sama kepala dengan mereka, malah jika mereka mahu cari pasangan hidup pun, mereka akan cari orang yang boleh memahami perangai mereka, yang boleh layan otak dia, yang boleh tahan dengan mulut dia, yang boleh terima kelemahan dia, yang dia rasakan serasi dengan diri dia.

Maka apabila seorang lelaki baik yang biasanya dikategorikan sebagai seorang lelaki yang alim, atau skema, atau jenis yang lurus ini mahu menjadikan perempuan itu pasangan hidup, dia akan berkata "awak terlalu baik untuk saya", bukan bermakna dia nak cari lelaki jahat, atau gangster, atau kaki pukul, atau perompak, atau penjenayah dan sebagainya, sebaliknya perempuan tersebut merasakan yang diri dia tak setanding dan tak layak untuk bersama dengan lelaki itu kerana lelaki itu memang terlalu baik untuk diri dia.

Dia khuatir jika dia bersama lelaki itu, expectation atau harapan lelaki itu terhadap diri dia terlalu besar.
Dia khuatir lelaki tersebut tidak dapat menerima segala perangai gila-gila dia dan segala kelemahan dia.
Dia khuatir lelaki itu akhirnya pasti akan kecewa dengan diri dia.
Dia khuatir lelaki itu akhirnya menyesal kerana dia tidak dapat menjadi sepertimana yang lelaki itu harapkan. Dia tidak mahu lelaki itu akhirnya tidak gembira dan tidak bahagia jika bersama dengannya.

Kedua, bagi seorang perempuan yang jenis banyak cakap, yang suka berkawan, yang jenis selamba tak reti nak cover, yang jenis independent dan berdikari, orang lelaki yang terlalu baik ini agak membosankan kerana mereka ini biasanya jenis tak banyak cakap, agak lurus dan naif, tak romantik, bukan seorang risk taker, tak thrill, tak begitu outspoken, terlalu menjaga hati dan sebagainya.

Ada orang perempuan tak suka berhubungan dengan lelaki seperti itu kerana bagi mereka lelaki seperti ini agak membosankan. Lebih-lebih lagi jika perempuan itu mempunyai ramai kawan lelaki, pasti dia akan membandingkan kawan-kawan lelakinya dengan lelaki yang terlalu baik itu. Malah dia sendiri pasti mempunyai lebih banyak pilihan yang dirasakan jauh lebih sesuai dari lelaki yang terlalu baik itu. Mereka mahukan sebuah perhubungan yang lebih hidup berbanding sebuah hubungan yang suram.

Maka sebab itulah wanita menolak lamaran lelaki dengan alasan "kamu terlalu baik untukku", kerana memang itulah apa yang sebenarnya seorang wanita itu nak sampaikan kepadanya, selain sebagai ayat berlapik untuk menjaga hati agar lelaki itu kurang terasa. Nanti kalau dia cakap "awak ni tak hensem", atau "awak ni skema sangat", atau "awak ni belum ada apa-apa dah suka control hidup saya, awak bukan ayah saya", nanti korang makan hati dan frust menonggeng yang melampau pulak.

So kalau korang kena reject oleh orang perempuan dengan alasan itu, korang terima jelah, move on dan cari perempuan lain. Lagipun kalau dia dah tak suka kat korang nak buat macam mana, suka dan cinta itu bukan boleh dipaksa-paksa.

Namun jika anda seorang lelaki yang terlalu baik, jangan risau jika anda kena reject dengan alasan tersebut, kerana walaupun anda terlalu baik untuk seseorang perempuan, mungkin ada perempuan lain yang menyukai sikap dan perwatakan yang terlalu baik anda itu pula? Dia tak suka kat korang, mungkin akan ada perempuan lain yang suka kat korang.

Mungkin suatu hari nanti juga korang akan berjumpa dengan perempuan yang ada perangai terlalu baik yang sama seperti korang, dan korang memang sangat serasi untuk hidup bersama, siapa tahu?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: awak terlalu baik untuk saya kau kamu buat ku untukku alasan couple reject tolak cinta you're too good for me

12 ulasan:

  1. baik di kentut saja dialog itu~ proooot!!!! argh bak hunx kat bawah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt.. Arghh leganya..

      KECOH hari ini, MB Pahang, Adnan BUKA KASUT ANGKAT KAKI semasa Dewan Negeri BERSIDANG


      Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini dikejutkan dengan gelagat Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang secara tiba-tiba membuka kasut dan mengangkat kaki kiri ke mukanya.

      Adnan kemudiannya meletakkan pen di antara jari kaki semasa kakinya diangkat dan mencabar sama ada ahli di dalam Dewan mampu melakukan perkara yang sama, menurut laporan Sin Chew Daily.

      "Bolehkah anda melakukan aksi 'pen antara jari kaki '? " beliau dilaporkan menyatakan demikian.

      Antara komen netizen:

      Lee Chin Yong Thats what you get when morons are elected...

      Akmal Ibrahim Physical health is good. Mental health, gonna have to go get a test.

      Albert Lim From Fist & Palm (showing his uncouth character) to toes & pen...Quality of umno pirates from the same kampung

      Rama Rakesh V Need to check. Been there too long

      Naufal Noori better replace him with 3 years old kid...

      Peter Low Moron


      Mike Oo No brain

      Oliver Burr Stupid!!

      celahgelegar at 9:24 PM

      Padam
    2. Cibai idup lg rupanya sirosli meyamar jadi ted manof

      -siroslin-

      Padam
  2. Aku dah pernah kena...mmg pedih woo...kata terlampau romantik haha...takpela tu kisah dulu dia pon dh kahwin aq pun nak kahwin dah hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok..takde jodoh..kata2 tu sebagaii alasan jee..sebab tuu dlm urusan kahwin jgn dipersulit..aduhh mlm jumaatt pulak nii noob..

      Padam
  3. 2 kali kena camtu, siap ckp too good to be true... awek ketiga cakap mcm tu juga tp jadi isteri aku... hehe...jodoh...
    -Mat KD-

    BalasPadam
  4. Kdg2 statement awak terlalu baik bagi sy tu sbnrnya alasan semata2....kalau kita minat seseorang kita mesti nak dia x kisah la perangai dia mcm mana...konsep nak start hubungan serius bg org ppuan ialah nak cari lelaki yg boleh dia hidup bersama bina keluarga n smpi ke tua, perangai cerita kedua. Faktor keserasian paling penting.

    Lastly, bg sy semua jodoh dah ditentukan..cuma cepat atau lambat je. Setiap pasangan kita tu sbnrnya yg terbaik utk diri kita, saling lengkap melengkapi. Bukan nak cari pasangan yg perfect mcm korea tp kita sendiri jauh ketinggalan.

    BalasPadam
  5. Yg baik xnak pulak. Tu yg jd macam tahi masyarakat skrg nih.

    Bila dah kena tahi baru terhegeh2 teringat nak jadi terlalu baik.

    BalasPadam
  6. tp laki yg baik ni nak ke perempuan yg same baik. ntah2 xnak juga sbb mngkin boring sbb baik mcm dirinya.

    agaknya ler

    BalasPadam
  7. Laa, igtkan ni ayat ciptaan sutradara filem2 sama drama 7 malam.

    BalasPadam
  8. Ini alasan sampah. Playgirl suka guna ayat ni. Mereka suka berbincang mengenai ayat ni antara mereka untuk nampak sopan waktu curang.

    BalasPadam
  9. Reject sebab tak handsome je. Contoh, kalau ada Lelaki handsome nak Bercinta dengan dia pun tentu dia nak juga!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.