Isnin, 16 September 2019

0 Perpaduan kita masih hanya pada permukaan sahaja

1. Masa zaman awal-awal buat blog dulu sekitar tahun 2012, aku dan rakan penulis lain begitu ghairah mengecam orang. Bila ada ahli politik buat benda merepek, kutuk. Bila berlaku suatu isu panas, kecam. Bila orang buat benda bodoh, viralkan.

2. Namun lama kelamaan, aku rasa macam takde arah, sebab apa yang kami buat cuma kutuk, kecam dan viralkan. Langsung takde solusi, langsung tak mengubah apa-apa. Itu yang aku menukar pendekatan penulisan aku dengan memberi kritikan serta idea dan cadangan.

3. Golongan yang selalu menjadi bahan kritikan, adalah orang Melayu. Sebab zaman tu, mengkritik orang Melayu adalah suatu yang sangat cool. Dari Tun Mahathir, penulis blog, warga Twitter dan Facebook, ramai orang lantang mengkritik sikap dan perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang Melayu, sampai Melayu yang buruk tingkah laku ini diberi suatu gelaran yang sangat degrading iaitu "meleis".


4. Melayu malas, melayu bertongkat, melayu gatal, apa lagi label buruk yang tak pernah diberikan pada orang Melayu, oleh orang Melayu sendiri. Ironinya, orang yang kuat mengutuk orang Melayu ini, yang sering downgrade dengan gelaran meleis, bukanlah bagus dan hebat mana pun, pernah sahaja viral atas kebodohan mereka sendiri juga.
5. Orang Melayu ini bila buat kesilapan, atau bersifat perkauman, atau cetuskan apa-apa kontroversi, akan ada orang Melayu lain yang mempertahankannya, ada yang menegur, ada yang menyindir, ada yang mengecam, ada yang viralkan.

6. Namun aku jarang lihat bila individu kaum lain melakukan kesilapan, mengeluarkan kenyataan perkauman, menghina agama lain di media sosial dan sebagainya, masyarakat sebangsa mereka menegur, menyindir, mengecam dan viralkan. Walaupun ada juga yang menegur kesilapan individu sebangsa mereka namun tak ramai. Lebih ramai yang menyokong atau berdiam diri sahaja.

7. Dari dulu lagi aku tengok biasanya orang Melayu yang lebih banyak menyeru kepada perpaduan, bersatu padu, bertolak ansur, bertoleransi dan sebagainya. Bila ada orang Melayu yang buat salah dan bersifat perkauman, akan ada orang Melayu lain akan saling tegur dan memberi nasihat.

8. Jadi aku harapkan sangat rakan sebangsa lain melakukan hal yang sama, iaitu apabila ada individu sebangsa mereka yang melakukan kesilapan, bersifat perkauman, menghina kaum serta agama lain dan sebagainya, anda turut tegur mereka, nasihat mereka, menyeru mereka ke arah perpaduan, bersatu padu, tolak ansur dan sebagainya.

9. Negara kita hanya boleh mencapai perpaduan sebenar apabila ia sampai ke tahap berikut:
  • Bila dua orang berlainan kaum bergaduh, orang Melayu lain tidak terus mempertahankan pelaku Melayu dan menyalahkan pelaku bukan Melayu, sebelum menyiasat hal sebenar dahulu.
  • Bila ada orang Cina menghina perlembagaan, agama dan kaum lain, orang Cina yang lain sendiri yang menegur, mengecam dan membuat laporan polis terhadap pelaku Cina tersebut.\
  • Bila ada orang India melakukan kesalahan terhadap orang dari kaum lain, orang India yang lain tidak akan berdiam diri lalu tampil mempertahankan mangsa dari kaum lain berbanding pelaku India tersebut.

10. Ya, perpaduan sejati hanya akan tercapai apabila semua kaum tidak mempertahankan pesalah dari kaum mereka, tidak prejudis dan sanggup mempertahankan individu kaum lain yang menjadi mangsa, dan tidak berdiam diri dan menutup mata terhadap kesalahan yang dilakukan oleh kaum sendiri.

11. Kerana sesungguhnya tanggungjawab untuk menjaga perpaduan dan memelihara keharmonian adalah tanggungjawab semua kaum, bukan hanya kaum-kaum tertentu sahaja yang sibuk melaung-laungkan perpaduan sedang kaum yang lain tidak kisah dan hanya buat hal sendiri sahaja.

12. Jadi selagi mana kita masih mempertahankan orang dari kaum kita dan menyalahkan kaum lain secara membuta tuli, hanya berdiam diri pada kesalahan yang dilakukan oleh orang dari kaum kita sendiri, di depan cakap lain tapi di belakang cakap lain, perpaduan kita sebenarnya masih lagi pada permukaan sahaja.
13. Kita semua adalah rakyat Malaysia, namun tugas untuk menyeru kepada perpaduan bukan terletak pada bahu suatu kaum sahaja. Kita semua ada tanggungjawab dalam menyemai rasa cinta dan sayang pada negara. Jadi sebagai rakyat yang mengaku cintakan negara, sepatutnya kita cintakan setiap satu yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

14. Kita ambil yang paling asas iaitu Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa persekutuan dan bahasa rasmi negara kita, jadi kalau kita tidak cintakan Bahasa Malaysia, tidak boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, layakkan kita mengaku yang kita cintakan negara Malaysia. Pernah tengok orang Jepun yang mengaku cintakan negaranya tapi tak tahu cakap Jepun? Atau orang Korea yang mengaku cintakan negaranya tapi tak tahu cakap Korea?

15. Cukup-cukuplah kita downgrade mana-mana kaum dalam negara kita, benda tu takkan bawa kita ke mana-mana. Kita semua ada kelebihan, dan kekurangan masing-masing. Jangan ego, jangan sombong, jangan hina kaum lain, jangan bangkitkan kemarahan mana-mana kaum, kerana akhirnya kita semua juga yang rugi.

16. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik agar negara kita lebih aman dan harmoni untuk didiami setiap orang.

Selamat Hari Malaysia.


Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: selamat hari malaysia perpaduan negara masyarakat pada permukaan luaran 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...