Selasa, 11 September 2012

29 Kisah tokoh yang diteaterkan

Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad terkilan Erra Fazira tarik diri daripada membintangi teater Tun Siti Hasmah yang memaparkan kisah hidup dirinya.



Sumber berita di sini. Lagi petikan berita:
Dr Siti Hasmah berkata, beliau mahu fokus teater Tun Siti Hasmah lebih terarah kepada tugas dan sumbangannya sebagai doktor perubatan.

“Saya mahu fokus teater ini lebih menjurus kepada tugasan dan cabaran yang terpaksa dihadapi ketika bertugas di sebuah hospital di Jitra, Kedah suatu ketika dulu, bukannya kehidupan saya sebagai isteri bekas Perdana Menteri.

“Fokuslah kepada kesukaran saya untuk menyedarkan orang kampung betapa pentingnya mendapat rawatan di hospital selain mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional,” katanya. 

Tun Dr. Hasmah adalah seorang isteri pemimpin yang sangat dihormati dan disegani, sangat humble dan tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negara walau isteri kepada PM. Beliau tidak perlu mempromosikan diri beliau untuk dikenali dan mendapat respect dari orang lain, malah Dr. Asri (Maza) juga pernah memuji ketokohan beliau.

Sebenarnya takda apa pun kat berita atas tu... cuma aku terfikir adakah bila Rosmah dah jadi Tun Rosmah nanti akan ada orang buat teater Tun Rosmah juga? Rasa2nya perlu juga buat kerana mesti orang ramai nak tahu juga latar belakang dan sejarah Rosmah yang selama ini agak misteri dan macam2 versi, at least dengan adanya teater Tun Rosmah boleh la clearkan sikit persepsi2 buruk orang ramai terhadap beliau dan membetulkan apa yang selama ini mungkin menjadi fitnah pasal kehidupan beliau seperti contoh kes Rosmah dengan Farid Ismeth Emir pada satu ketika dulu.

Btw kita enjoy dulu video oppa anak kampung style tarian Najib, Rosmah, Rais Yatim (dah tua pun mahu menari) dan lain2 menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan.



Ok memang cool. Memang sempoi. Setelah banyak jasa yang telah ditaburi dan janji yang telah ditepati oleh kerajaan, mereka boleh lagi menari untuk rakyat tanpa menghiraukan penat lelah bekerja sebagai pemimpin negara. Ada ke pemimpin2 kerajaan negara lain sanggup menari demi untuk rakyat mereka? Tapi pemimpin2 kat Malaysia ni memang cool... semua pun suka menari dan berjoget.



Datin Seri Rosmah bukan sahaja berbakat menari, malah boleh menyanyi seperti lagu Jiwa Lara yang berduet bersama Mawi World, tak pasti samada itu memang suara beliau yang original atau yang telah auto-tuned. Malah beliau dan suami juga sering menyanyi berkaraoke bersama2 seperti yang sering kelihatan di majlis2 keraian.


Namun bukan itu sahaja, DS Najib juga rajin bersukan dan bermain bola sepak ketika zaman muda2 beliau, malah sekarang beliau sendiri peminat sukan bola sepak dan banyak merasmikan acara2 berkaitan bola sepak dengan menendang sendiri bola ke gawang gol.



Menari sudah, menyanyi sudah, bermain bola sudah... Satu je belum, aku masih mengimpikan DS Najib untuk menjadi Imam kepada rakyat2nya menunaikan solat fardhu, solat Jumaat, solat sunat Hari Raya, atau baca khutbah Jumaat. Takpe masa masih panjang lagi, aku percaya satu hari impian aku akan tercapai, mudah2an.





tags: tun dr hasmah terkilan erra fazira erma fatima umie aida lisa surihani tarik diri teater isteri mantan bekas perdana menteri pm dr mahathir mohamad najib razak rosmah mansor rais yatim menari joget tarian lagu anak kampung majlis sambutan aildilfitri bersama iqwal hafiz menyanyi karaoke duet mawi world asmawi ani juara akademi fantasia af 3 afundi tendang bola sepak rasmi pemimpin kelantan sultan muhammad v tengku faris petra nik aziz imam solat sembahyang

29 ulasan:

  1. persoalannya sekarang kalau ade teater 'tun rosmah' nanti sy yg akan berlakon jd watak die? kekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Typo itu membahayakan. Cop saya sanggup,. Haha

      Padam
    2. mohon naikkan badan dan gerbangkan rambut kalau mahu menjadi watak utama dalam teater tun rosmah huhuhu

      Padam
    3. hoi!brani korang kutuk aku.amboi,rambut gerbang la,naikkan badan la.aku jumpe korang nanti,korang rasa la penangan tumbukan cincin 24juta aku.baru korang tau besar ke tak berlian tu.

      Padam
  2. target teater 'tun rosmah' tu musti lagi tinggi dari '2 Alam'..sila teka target box office teater ini berapa?

    BalasPadam
  3. hahah! gomen mmg suka btolll majlis2 nyanyi camneh..

    p/s: the song, how ironically suitable n oksi-moronic LoL...

    BalasPadam
  4. please la bro.. jgn wt malu dr.mahathir n dr.siti hasmah.. blog ko ni xlyk nk terbitkn artikel pasal diorg ni... ko tu pengemis.. mengemis kt blog2 org lain tuk tarik traffik... ko buat entri pasal najib cukupla... pengemis mcm ko ni xlyk duduk dlm barisan ahli2 terhormat... wat malu kaum jer... ko sokong najib ngan paklah cukup la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. watch out,we got a badass over here.

      Padam
    2. sebab mengemis la ko datang sini kan memeriahkan lagi?apa pon tak bole ko ni...terima kasih kerana layan blog ni...

      Padam
    3. lulz apa level lawak ini
      its over 9000!!!!!!!

      Padam
  5. hahaha, comel giler pleaseeee. awwww... sepak bola

    BalasPadam
  6. Bhai Noob...

    Siti Hasmah... gua respek... sebab gua pernah kenal ngan dier... very humble person...

    Siti Rosmah??? gua saspek... sebab gua tak pernah dapat kenal ngan dier... very arrogant person setahu gua ler...

    Pelakon untuk Teater Siti Rosmah.... hahaha... kalu ikut saiz... gua rasa Syanie lebih layak... cuma bab rambut tue kena pakai wig lar... hahaha

    BalasPadam
  7. Aku rasa, AGONG & SULTAN yang patut jadi imam dan pembaca khutbah kat majlis kat malaysia ni. Sebab diorang kan ketua agama Islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2an... kita doakan saja... dan insya Allah kalau mengikut giliran YDP Agong, selepas ini adalah giliran Sultan Kelantan, masa tu mungkin kita akan nampak perubahan besar

      Padam
    2. Yup..xsalah aku sultan johor n kelantan pernah baca khutbah jumaat..sultan kelantan tu jadi imam pun dah banyak kali, cuma aku xpernah jadi makmum dia je..huhu

      Padam
  8. sangat respect tun dr siti hasmah..

    BalasPadam
  9. pemimpin memang patut jadi imam solat jemaah.

    BalasPadam
  10. perghhh....sultan imamkan solat

    BalasPadam
  11. aku tak pernah jumpa tun dr hasmah..tapi dari entri dr maza ni :

    http://drmaza.com/home/?p=1195

    aku boleh imaginasi kecantikan persona non grata nya..

    BalasPadam
  12. Beza Cina (tak kira islam, buddha & kristian) dan melayu ialah, orang cina sangat bangga dilahirkan sebagai bangsa cina. Manakala melayu hari ini sangat malu mengaku melayu dan perasan nak jadi demokrasi ala barat. pendek kata nak jadi omputih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju! Melayu malu nak mengaku Melayu..tetapi suka pula Benefit yg dorang dapat sebagai Melayu..cam haraaaammmmiiiiii!

      Padam
    2. Errr ape kaitan melayu cina dengan entry ni?sori la ak lampi siket

      -apec-

      Padam
  13. awwwww!you all jgn lupa tgk lakonan I tau.I bagi yg terspecial for you all.Peace,mimpikan I mlm ni tau..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...