Rabu, 12 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Lagu ini merupakan sebuah lagu jiwang yang mengisahkan tentang perhubungan antara dua insan yang semakin lama semakin renggang dan menjauh, namun menyesali kesilapan mereka dan mahu mulakan semula hubungan mereka. Lagu ini juga adalah lagu pertama yang aku buat masa baru belajar guna software Guitar Pro 6, sebab tu instrumen muzik yang digunakan dalam lagu ini sangat basic iaitu gitar dan dram sahaja.



Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Ku imbau memori indah
Dunia bagai milik kita berdua
Tiada apa yang dapat menghalang
Cinta kita yang tulus dan suci

Namun masa membuatkan kita
Lupa pada janji setia
Kini semua telah berubah
Ku tahu ia tak seindah dahulu

Walau ribut badai melanda…
Ku hanya mahu kau tahu…

Kecantikanmu menawanku
Keayuanmu menambat hatiku
Senyumanmu pengubat rindu
Kelembutanmu penyeri hidupku

Kegigihanmu semangatku
Kelemahanmu permata hatiku
Ketabahanmu inspirasiku
Pengorbananmu harapan aku

Semua yang telah kutempuhi
Menjadikan ku lebih dewasa
Namun kini telah ku sedari
Hanya kau yang bertempat dihatiku

Sudah lama ku tak merasai
Begitu hangatnya cinta ini
Ku berdoa pada yang Esa
Agar ia kekal buat selamanya

 Walau ribut badai melanda…
Ku hanya mahu kau tahu…

Kecantikanmu menawanku
Keayuanmu menambat hatiku
Senyumanmu pengubat rindu
Kelembutanmu penyeri hidupku

Kegigihanmu semangatku
Kelemahanmu permata hatiku
Ketabahanmu inspirasiku
Pengorbananmu harapan aku

Cinta dan rinduku hanya untukmu
Ku bersyukur kau milikku…

Muzik/Lirik: Prince of Noob


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single indie lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost permata hati


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.