Selasa, 4 Ogos 2020

1 Orang IT pekerja belakang tabir yang sering dilupakan

1. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan inisiatif ePENJANA di mana setiap orang yang layak iaitu berumur 18 tahun ke atas dan juga pendapatan bawah RM100,000 setahun boleh menuntut wang digital RM50.

2. Tujuan utama ePENJANA ni ada dua,  iaitu nak galakkan rakyat Malaysia membayar secara digital guna eWallet seperti aplikasi TnG eWallet dan Boost, serta mahu rakyat menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mengesan pergerakan kita ketika musim COVID-19 ini.

3. Bendanya sebenarnya sama sahaja dengan pemberian bantuan wang digital RM30 pada awal tahun tempoh hari oleh kerajaan PH, masa tu ramai juga yang risau pasal privasi dan kerahsiaan data semua, tapi nampaknya dengan kerajaan yang berbeza ni orang dah tak bising dah pasal tu.

4. Cuma aku bukan nak komen sangat inisiatif ni, tapi aku lebih tertarik dengan hantaran Menteri Kewangan, Tengku Zafrul di FB dan IG miliknya, di mana beliau berterima kasih kepada para Pegawai Teknologi Maklumat yang turut membantu dalam pelancaran inisiatif ePENJANA ini.


5. Untuk makluman, Pegawai Teknologi Maklumat ini adalah pekerja IT di dalam sektor awam. Aku juga ramai kawan-kawan yang bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Ini adalah kali pertama seorang menteri Malaysia mengucapkan penghargaan buat kakitangan IT.

6. Jadi aku sebagai seseorang pekerja yang berkecimpung dalam bidang IT di Malaysia juga turut rasa terharu dan berbangga dengan hantaran tersebut walaupun takde kaitan pun dengan aku.

7. Pekerja IT merupakan tulang belakang sesebuah organisasi yang bekerja di belakang tabir, namun jarang diambil kisah oleh orang. Pekerja IT ini biasanya orang akan lupa dan tidak peduli bila tiada masalah, dan orang akan cari dan salahkan bila berlaku masalah.

8. Sebagai contoh, bila orang IT bekerja keras agar sebuah sistem rangkaian dapat berfungsi dengan baik selama setahun, orang tak peduli pun. Tapi bila berlaku masalah rangkaian selama 10 minit je pun, orang mula membebel orang IT ni tak buat kerja ke?

9. Jadi apa je kerja orang IT sebenarnya ni? Kerja kami mungkin tak sehebat pekerjaan lain, tapi bila setiap korang dapat guna talian Internet, dapat tengok Youtube, dapat pakai Facebook, dapat main TikTok, dapat guna Maybank2u, dapat beli barang kat Shopee, ingatlah ada orang IT yang bekerja di belakang tabir untuk membolehkan korang guna semua tu.

10. Malah kadang-kadang suatu sistem dan infrastruktur IT itu gagal dan mengalami masalah, bukan kerana pekerja IT pun, tapi lebih kepada masalah pada pihak pengurusan.

11. Biasanya pekerja IT dah dapat kesan suatu masalah seperti sistem rangkaian terlalu lama, server dah usang, sistem dah lama dan tak disokong lagi oleh pengeluar, tapi bila kita minta bajet untuk beli, naiktaraf atau bangunkan sistem dan infrastrutktur yang baru, majikan cakap tak perlu, selagi boleh pakai, pakai.

12. Lepas tu bila berlaku masalah, majikan salahkan pekerja IT kenapa tak upgrade sistem dan infra. Dulu kita minta bajet tak nak bagi, sekarang kambing hitamkan pekerja IT pula.

13. Sejak pelancaran Multimedia Super Corridor (MSC) oleh Tun M awal milenia dulu, negara kita sepatutnya sudah boleh pergi jauh dalam bidang IT setanding dengan Silicon Valley kerana kita sebenarnya telah melahirkan ramai pakar-pakar IT, tapi usaha itu nampak terbantut bila pekerja IT jarang dipandang sebagai aset yang penting dalam sesebuah organisasi.

14. Jadi aku harap lepas ni kerajaan dan majikan amnya dapat lebih prihatin dan menghargai pekerja IT di Malaysia. Dan bila pekerja IT memberi nasihat dan pandangan berkaitan ICT, harap dengar dan ambil peduli.

Begitulah.

Baca juga artikel berkaitan berikut:



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: orang it pekerja belakang tabir yang sering dilupakan tengku zafrul tahniah terima kasih pegawai teknologi maklumat mof

1 ulasan:

  1. orang IT mmg sangat penting dalam mana organisasi tidak kira gomen or swasta. tambah2x dgn dunia teknologi digital nie. huhu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.