Selasa, 14 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Super Saiya

Lagu ni antara lagu yang terawal aku buat dalam tahun 2010. Aku tak pandai sangat guna alat muzik, so buat la lagu guna software Guitar Pro 6. Masuk note itu ini, terus jadi lagu. Lagu ni aku mula guna sebagai OST video animasi kat part Karya Peminat, cuma yang tu versi instrumental, yang ni versi ada vokal chipmunk. Harap korang enjoy. Tak sedap jangan kecam. Btw Super Saiya atau Super Saiyan tu berasal dari cerita Dragon Ball, kuasa luar biasa yang ada pada kaum Saiya macam Son Goku dan Vegeta.



Buasir Otak: The Muzik - Super Saiya

Tujuh pagi ku pergi bekerja
Highway sesak tiba sepuluh pagi
Buat kopi bosku menjeling
Ku tak kisah, ada aku peduli

Surat merah di meja
Sudah tiga ku terima
Duduk termenung di depan PC
Melihat jam menanti petang tiba

Sampai bila rodaku harus begini
Namun hidup perlu terus untuk sesuap nasi
Loan rumah, bil api, semua belum bayar lagi
Hidup bagaikan robot, yang tidak, punya makna lagi

Waktu rehat belum tiba lagi
Tapi otakku sudah tak berfungsi
Tangan ligat bermain PUBG
Sudah dua jam, masih tak puas lagi

Lari, tembak dan looting
Sampaiku sudah bosan
Tak ku sedar langit sudah gelap
Terus cabut pergi ke kedai makan.

Sampai bila rodaku harus begini
Namun hidup perlu terus untuk sesuap nasi
Loan rumah, bil api, semua belum bayar lagi
Hidup bagaikan robot, yang tidak, punya makna lagi

Aku mahu berubah
Esok yang lebih cerah
Oh Tuhan tolonglah
Beriku kekuatan
Seperti Super Saiyaaa
Yeah!

Tidur...
Jaga...
Jatuh...
Bangun...

Hidup...
Ini...
Bagaikan...
Roda...

Ku pasang azam untuk menjadi
Insan berguna di dalam dunia ini
Tapiku sedar ia tak mudah
Namun tetap, cuba lagi dan lagi

Sampai bila rodaku harus begini
Namun hidup perlu terus untuk sesuap nasi
Loan rumah, bil api, semua belum bayar lagi
Hidup bagaikan robot, yang tidak, punya makna lagi

Aku mahu berubah
Esok yang lebih cerah
Oh Tuhan tolonglah
Beriku kekuatan
Beriku kekuatan
Seperti Super Saiyaaa...
Yeah!

Muzik/Lirik: Prince of Noob


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single super saiya saiyan indie lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.