Isnin, 25 Mei 2020

3 Elak dari terkena Cancel Culture di Internet

1. Suatu ketika dulu masa aku baru buat blog Buasir Otak 8 tahun lepas, aku agak lantang suarakan suatu isu. Tibai, hentam, troll, menganjing, semua aku pernah buat, pasal politik, kaum, isu semasa, hiburan, K-Pop, anime dan sebagainya. 

2. Benda ni biasanya akan membuahkan 2 hasil je, satu orang yang suka dan sokong pandangan kau, satu lagi orang yang tak suka dan tibai balik pandangan kau. Masa tu aku tak kisah sangat sebab tulis blog je pun.


3. Tapi lama kelamaan, tambah lagi sejak aku dah agak serius buat buku komik dan lepas tu buat channel Youtube pula, aku semakin berhati-hati dalam memberi pandangan dan lebih suka play safe.  Kalau aku kritik suatu benda pun aku akan cuba sampaikan dengan hati-hati supaya kesan sakit hati pada orang lain dapat diminimakan.

4. Sebab apa? Sebab sekarang ni netizen ada cancel culture. Bila orang terasa dan sakit hati, diorang akan tibai, share, screenshot, post kat private group FB, Twitter, lepas tu kutuk ramai-ramai dan ajak orang lain boikot.

5. Kalau aku, aku tak sanggup nak kena cancel hanya kerana status aku kat FB. Serius tak berbaloi. Bayangkan usaha kau selama bertahun-tahun untuk bina nama dan reputasi, musnah hanya sebab orang cancel atas satu posting media sosial kau.

6. Banyak contoh dah sebelum ni berapa ramai ahli politik kena tibai hanya kerana orang terkesan dengan post Twitternya? Berapa ramai ahli perniagaan yang kena boikot hanya kerana status IG story atau Twitter yang mengguris hati ramai orang? Berapa banyak page FB yang dulunya punya beratus ribu Likers kena report dan benam hanya kerana buat lawak tak bertempat sampai ramai orang sakit hati.

7. Jadi adalah lebih baik sama ada aku tulis sesuatu tanpa mengguris hati ramai orang dengan lebih berlapik, secara umum, tidak terlalu radikal dan tidak menjurus pada seseorang individu atau kumpulan masyarakat, atau paling tidak pun diam je lah dan teruskan buat sesuatu yang boleh mendatangkan untung pada kau dan tak perlu nak pening-pening kepala.

8. Lagipun orang ramai bukan tahu atau peduli pun pasal benda baik dan bagus yang pernah kau buat sebelum-sebelum ni lebih-lebih lagi orang yang tak kenal kau sangat. Walaupun kau pernah buat 100 benda bagus, kau tetap boleh kena cancel hanya kerana 1 post kau yang membuatkan ramai orang triggered dan butthurt.

9. Sebab tu kalau kau seorang selebriti, ikon, role model, pelakon, penyanyi, penulis, pelukis, youtuber, instafamous, ahli perniagaan, ahli politik dan sebagainya, yang dalam hidup kau perlu menarik ramai audien seperti peminat, followers, subscribers, penonton, pembaca, pelanggan, pengundi dan sebagainya, berhati-hatilah dalam melontarkan sesuatu pandangan.

10. Ini kerana tak kira sama ada kau menang atau kalah dalam perbahasan Internet, ia semua tak guna jika akhirnya hanya akan mendatangkan kerugian pada diri sendiri.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: cancel culture toxic netizen internet media social sosial cyber bully bullying buli siber maya hati-hati dalam penulisan

3 ulasan:

  1. Iya..teringat aku tahun 2012 waktu tu noob sering tinggalkn link biru tu..mcm2 kutukan diterima..kikiki 😷😷😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha biasalah tu, masa tu orang tak kenal sangat pun jadi tak kisah sangat kena kecam

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners