Ramai orang mahu bercinta.
Ramai orang mahu berkahwin.
Ramai orang mahu rumahtangga bahagia hingga akhir hayat dan hingga ke jannah.
Namun tak semua orang dapat mencapai impian mereka.
Ada yang tiada siapa mahu jadikan pasangan.
Ada yang tidak mampu bercinta.
Ada yang bercinta namun putus di tengah jalan.
Ada yang hampir berkahwin namun akhirnya tidak jadi.
Ada yang perkahwinannya hanya bertahan beberapa bulan.
Ada yang menjadi duda atau janda di waktu rumahtangga masih baru.
Ada yang bercerai setelah berbelas tahun kahwin.
Ada yang jodohnya panjang sehingga akhir hayat, ada yang jodohnya sangat pendek.
Ada orang kata, bercinta selepas kahwin lebih baik.
Ya, mungkin benar kerana bercinta sebelum berkahwin ini cabarannya amat besar, jika tidak boleh kawal diri boleh terbawa-bawa ke kancah maksiat.
Namun bukanlah cinta selepas kahwin itu bermakna kita tidak perlu mengenali bakal pasangan kita dengan lebih mendalam dan hanya mahu mengenalinya setelah berumahtangga, hatta jika bakal pasangan kita itu dicari oleh ibu bapa kita pun.
Zaman sekarang ini dalam mencari pasangan hidup, adalah penting untuk kita mengenali dan mengetahui latar belakang bakal pasangan kita. Jika tidak mahu bercinta berjiwang karat sekalipun pun, sekurang-kurangnya berkawan dulu dengan dia dan dalam tempoh itu pastikan yang kita betul-betul mengenali dia, tahu sejarah hidup dia, tahu siapa keluarganya, tahu siapa kawan-kawannya, tahu minatnya, tahu cara pemikirannya, tahu mentalitinya, tahu ideologinya dan sebagainya.
Selepas kita rasa kita boleh terima segala apa tentang dirinya, barulah pertimbangkan untuk menjadikannya sebagai teman hidup. Yelah, nak cari orang yang akan hidup dengan kita, duduk serumah sebilik sekatil dengan kita kalau boleh sampai akhir hayat bukan macam pilih ikan kat pasar. Takkan kita nak pilih je siapa-siapa lebih-lebih lagi orang yang kita kurang kenal untuk dijadikan pasangan hidup.
Pada aku kalau nak cari pasangan hidup, kena cari orang yang sekufu dengan kita, yang sepadan, yang setaraf, yang ada perkaitan dengan hidup kita, yang cara hidup dan corak pemikiran sama dengan kita dan sebagainya. Ya, orang tersebut mesti sekurang-kurang ada dalam lingkaran atau circles yang sama dengan kita. Sama ada dia duduk taman yang sama, satu sekolah dengan kita, belajar dalam kelas atau kursus yang sama di universiti, sertai kelab atau persatuan yang sama, satu tempat kerja, satu kelab peminat hobi, kena ada sebarang perkaitan agar kita kenal dan tahu perangai dan perwatakan dia.
Bukanlah nak kata kalau cari orang yang sekufu, yang mempunyai lingkaran yang sama akan kekal bahagia hingga akhir hayat, mungkin ada juga yang jodohnya pendek, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko untuk berkahwin dengan orang yang tidak sesuai dengan jiwa kita sehingga akhirnya berakhir dengan pergaduhan, persengketaan, permusuhan dan penceraian.
Sebab tu biasa kita tengok seorang ustaz berkahwin dengan wanita yang bertutup litup, atlet sukan berkahwin dengan atlet, artis berkahwin dengan artis, doktor berkahwin dengan doktor, cikgu berkahwin dengan cikgu, kakitangan kerajaan berkahwin dengan kakitangan kerajaan, pekerja kilang berkahwin dengan pekerja kilang, penulis buku berkahwin dengan orang dalam bidang penerbitan, orang yang bekerja dalam industri seni kreatif berkahwin dengan orang yang dalam industri yang sama, orang yang berfikiran liberal berkahwin dengan orang yang sama pemikiran, penyokong parti politik berkahwin dengan ahli parti politik yang sama, berkahwin sesama rakan sekolah, rakan sepejabat dan sebagainya.
Ramai orang mencari jodoh di dalam lingkaran mereka sendiri sebab orang yang berada dalam lingkaran mereka biasanya sudah kenal antara satu sama lain, lebih memahami kerjaya, minat dan cara hidup mereka serta mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Mereka lebih faham antara satu sama lain kerana gelombang pemikirannya sama.
Agak sukar nak bayang jika seorang artis berkahwin dengan seorang cikgu, atau kakitangan kerajaan berkahwin dengan pekerja kilang, atau ustaz berkahwin dengan ahli sukan, orang bandar yang sangat urban kahwin dengan orang kampung yang sangat konservatif, orang nerd berkahwin dengan kaki clubbing, pejuang feminisme berkahwin dengan orang yang pandang rendah wanita, penyokong tegar UMNO berkahwin dengan penyokong kuat PKR, orang anti-vaksin dan percaya bumi datar berkahwin dengan orang yang berpegang kuat pada sains dan lain-lain. Ya, mungkin ada cuma aku pasti tak ramai, sebab lingkarannya amat berbeza antara satu sama lain. Mungkin mereka berkahwin pun sebab masih ada perkaitan seperti sama sekolah, sama universiti dan sebagainya.
Maka kalau anda rasa suka kat mana-mana awek kat FB, atau lelaki yang baru anda kenal kat Starbucks, atau orang yang anda jumpa di laman cari jodoh, jangan baru kenal seminggu dua dah putuskan untuk berkahwin kononnya mahu bercinta selepas berkahwin. Ambil masa untuk kenal dulu orang tu, selidik latar belakang, tahu siapa keluarga, kawan-kawannya, dia sekolah kat mana, apa tahap pendidikannya, apa pekerjaannya, apa minat dia, apa hobi dia dan sebagainya, kemudian nilai semula adakah kita boleh menerimanya untuk dijadikan teman hidup.
Jangan sampai lepas dah berkahwin, baru tahu rupa-rupanya suami anda gay, atau kuat merokok, atau panas baran, atau isteri anda pemalas, atau kuat bersosial, atau masih isteri orang lain dan lain-lain perangai yang anda tak suka dan tak boleh terima, lepas tu baru menyesal tak sudah. Kalau lepas kahwin baru ingat nak mengubah pasangan ikut acuan kita, jangan terlalu berharap orang itu akan berubah. Jangan kahwin sebab nak berubah, sebaliknya berubah dulu baru berkahwin.
Baca juga - Perkahwinan sekufu, antara bahagia atau dilema?
Artikel lain berkaitan kesedaran dan tips kebahagiaan rumahtangga dan memilih pasangan:
- Di sebalik alasan awak terlalu baik untuk saya
- Mitos dan salah tanggapan wanita terhadap lelaki
- Suami isteri ideal dari mata lelaki dan wanita
- Gadis Melayu dan cinta khayalan berpisah tiada
- Mana perginya lelaki, wanita dan semua orang baik?
- Usah mengharap kesempurnaan dalam mencari pasangan
- Isteri berhias untuk orang lain lebih dari suami
- Suami usah kedekut dan berkira sangat dengan isteri
- Isteri meminang sendiri wanita lain buat suaminya
- Gembirakan pasangan dengan minat dan kegemarannya
- Isteri menjadi Queen Control tanpa sedar
- Suami/Isteri mu adalah sahabat baik ku
- Sejauh mana anda menerima minat pasangan anda
- Lelaki lebih suka janda berbanding anak dara
- Proses dan fasa cinta untuk kecapi kebahagiaan
- Kahwin itu mudah kalau kita mudahkan
- Perkahwinan bukan semata-mata untuk kamu
- Tanda dia bukan jodoh yang baik untuk kamu
- Perkahwinan orang Melayu yang sangat kompleks
- Tips cara-cara menggembirakan lelaki dan wanita
- Membuat pilihan dalam cinta tiga segi
- Ubah pasangan mengikut acuan kita
- Romantik atau creepy?
- Anda seorang dominan atau sebaliknya?
- Isteri tugasnya memasak, mencuci, mengemas
- Penampilan yang gagal selepas berkahwin
- Isteri rambut bau bawang
- Kesedaran seksual dalam rumahtangga
- Isteri impian para suami
Artikel lain berkaitan perihal rumahtangga yang boleh dijadikan pengajaran:
- Cinta terhalang oleh halangan biologi
- Suami berkongsi isteri dalam laman sosial
- Punca perceraian tak masuk akal lagi mengarut
- Isteri baik dicerai suami kerana perempuan lain
- Menangani suami yang buruk perangai dan tabiat
- Isteri sibuk bekerja, suami sibuk cari perempuan
- Main game lebih baik daripada main dengan isteri
- Pengakuan suami yang curang berzina dengan janda
- Dilema seorang isteri syak suami ada skandal
- Hebat dalam kerjaya, gagal di rumah
- Rampas suami/isteri orang tanpa rasa bersalahusah
- Haruskah curang bila sudah tidak serasi?
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: kahwin cerai cari jodoh sekufu hafiz hamidun joy rezfa rumahtangga bergolak goyah tips
Ok...💞💓💗💖💘💔💕♻❤💛💚
BalasPadamKhas untuk lelaki, ada satu tips yang isteri aku bagitahu macam mana cara terbaik mencari bakal isteri anda. Ni cerita sebelum aku nikah dengan dia. Dia kata, selain sekufu (macam Noob tulis dat atas ni) carilah isteri yang boleh taat kat kita. Yang ada ciri-ciri tersebut. Ini sangat penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
BalasPadamAku masih ingat kata-kata dia. Lebih baik nikah dengan perempuan yang freehair atau kurang sikit agama tapi boleh taat pada suami sebab nanti dah nikah boleh ubah atau didik dia daripada nikah dengan perempuan tudung litup berpurdah tapi mulut puaka, keras kepala, tak nak dengar cakap suami. Merana si suami nanti.
Setuju dengan kebanyakkan point di atas.
BalasPadamSelidik dulu latar belakang pasangan kalau boleh bernikah tu biarlah sekali dan jadikanlah doa-doa hingga akhir hayat atau till Jannah itu satu kenyataan.
Ini tidak baru kahwin tiga empat bulan dah nak bercerai-berai sedih!!
aku paling benci ada orang ketiga masuk campur dan tabur fitnah kerana dengki. itulah yg terjadi kepada aku.
BalasPadamtanpa tahu apa2 sebab tiba2 makwe aku yg tahun depan dah rancang nak nikah setelah bertahun2 kawan dari zaman sekolah sampai tamat U, tetiba marah kat aku xtentu pasal, stress ngan aku xtentu pasal.
aku macam pelik, macam dalam kebingungan benda apa yg jadi sebenarnye.
padahal masa dia hodoh xde org amik th aku jer yg amik berat.
nk jumpa mak ayah pn xbg.
mcm dah kena guna2.
sedih.
Dalam banyk2 artikel Dan penulisan pasal jodoh yg pernah saya baca,penulisan ni paling sama dgn pemikiran Sy.Terbaik Author👍👏
BalasPadam