Iklan Leaderboard

Rabu, 30 Ogos 2017

0 Apabila menuntut ilmu sekadar untuk peperiksaan

Zaman sekarang kebanyakan orang belajar dan menuntut ilmu di sekolah, di kolej, di universiti dan lain-lain institusi pendidikan bukanlah kerana benar-benar cintakan ilmu sebaliknya hanya sekadar untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Habis sahaja ujian, terus lupa banyak ilmu yang dipelajari. Kerana itu juga ada orang hari ini yang sekadar 'book smart' atau cemerlang dalam akademik tetapi tidak mahir atau cekap apabila masuk alam pekerjaan, kerana mereka tidak tahu bagaimana nak mengaplikasikan apa yang mereka belajar dalam pekerjaan sebenar.



Tak dinafikan kebanyakan ilmu yang kita belajar kat sekolah, kat universiti memang banyak yang kita tidak lagi praktikkan dalam kehidupan seharian terutama bila kita dah dewasa, apatah lagi apabila pekerjaan kita tidak lagi menggunakan ilmu yang kita belajar selama ini.

Dalam hidup kita ini kita lebih banyak mengaplikasikan perkara asas yang kita belajar sahaja, seperti pengiraan matematik asas dalam proses jual beli barang, bahasa inggeris asas ketika berkomunikasi dengan warga asing, perkara asas dalam sains ketika menanam pokok bunga, perkara asas dalam subjek biologi ketika mahu melakukan proses persenyawaan dan sebagainya.

Agak mustahil ilmu yang lebih tinggi seperti pembezaan dan pengamiran yang kita belajar dalam matematik tambahan kita gunakan dalam kehidupan seharian, mengira frekuensi gelombang yang kita belajar dalam subjek fizik dan lain-lain lagi, melainkan pekerjaan kita menuntut kita mengaplikasikan ilmu tersebut.

Hal ini sebenarnya normal dan boleh kata hampir semua orang pun mengalaminya, namun agak malang jika kita sudah belajar ilmu agama sejak kita kecil dari sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke institusi yang lebih tinggi, malah keputusan peperiksaan dalam subjek agama pun sangat cemerlang, namun bila sudah dewasa terus kita lupa untuk aplikasikan ilmu agama yang kita belajar dalam kehidupan harian termasuk perkara-perkara yang asas pun.

Masa SPM dapat A bagi subjek Pendidikan Islam, ambil lagi Tasawwur Islam dapat A juga, tapi habis je belajar, solat ntah ke mana, aurat terbang ke mana, lakukan maksiat sana sini. Kalau ilmu dunia boleh terima lagi kalau dah lupa dan praktikkan dalam kehidupan seharian kerana tiada keperluan yang menuntut untuk diamalkan, tapi kalau ilmu agama pun terus lupa memang sayanglah kerana ia suatu yang dituntut dan wajib untuk diamalkan sepanjang masa dari kita hidup sehinggalah hembusan nafas terakhir.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: belajar ilmu pengetahuan subjek sekolah rendah menengah universiti sekadar lulus cemerlang keputusan ujian peperiksaan agama abai tidak amal praktik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...