Jumaat, 29 Mei 2020

3 Anak-anak yang kehilangan adab di media sosial

1. Aku mula menulis di blog Buasir Otak TV pada tahun 2011 dan mula buat komik pada tahun 2013. Aku biasa tulis/lukis hal-hal berkaitan orang dewasa seperti isu semasa, realiti kehidupan, sikap dan mentaliti masyarakat, politik, hubungan manusia dan sebagainya sebab audien aku ramai orang dewasa.

2. Tahun 2019 aku terfikir nak buat channel Youtube pula, tapi aku tak suka tonjolkan muka dan lebih suka kekal anonymous seperti sekarang. Jadi content macam mana yang kau boleh buat tanpa tonjolkan muka sebenar? Salah satunya dengan guna kartun animasi.

3. Jadi aku pun mula nak buat content sketsa macam Syahmi Sazli, Asyraf Rozami, MTAS, KOKOM dan sebagainya tapi dalam bentuk animasi di channel Youtube aku Buasir Otak TV. Topik sketsanya pun pada mulanya aku buat topik-topik berat orang dewasa sebab target asal audien adalah orang dewasa.


4. Tapi lama-kelamaan makin ramai pula budak-budak sekolah rendah dan remaja sekolah menengah tengok video aku. Ya, animasi tak semestinya untuk kanak-kanak. Kalau tengok animasi US atau anime Jepun, banyak je animasi yang khusus untuk orang dewasa. Namun di Malaysia ini kalau dah namanya animasi, ia pasti akan menarik minat kanak-kanak berbanding orang dewasa.

5. Jadi mahu tak mahu, aku kena tone down sikit video aku dan buat sketsa dengan topik yang sesuai dengan lingkungan umur audien. Sebab tu kalau bandingkan video-video baru dan lama aku, video lama lebih banyak menyentuh topik berat seperti isu kerja, politik, mentaliti masyarakat dan hubungan manusia berbanding video-video baru yang menyentuh topik game, anime, permainan, pelajaran, persekolahan dan sebagainya, namun masih masukkan sedikit unsur-unsur pengajaran di samping jenaka.

6. Memandangkan audien pun dah ramai kanak-kanak dan remaja, maka komen kat video aku tu pun penuh dengan komen mereka. Aku pun layankan je lah. Kadang-kadang bagi la juga nasihat sikit kat mana-mana komen yaang kasar dan negatif. Nama pun komen budak-budak. Biasanya ada yang boleh terima nasihat, ada juga yang tak. Aku sendiri pun tak kisah sangat pun dengan komen negatif sebab dah banyak kali pun hadap sejak zaman blog lagi.


7. Cuma malangnya, ada juga yang komennya agak keterlaluan, kurang ajar dan biadab. Aku boleh terima kalau nak kritik atau bagi pandangan, tapi ini penuh caci maki. Bila aku block, dia komen guna akaun lain. Dah la komen guna ID Google Classroom yang cikgu bagi, habis keluar nama penuh (ID Google Classroom yang diberi Kementerian Pendidikan biasanya ada perkataan Moe kat hujung nama). Kalau aku search kat Google, keluar habis nama sekolah dia. Bila aku bagi nasihat, boleh pula maki aku balik siap DM aku. Bila tengok Instagram dia, rupanya budak-budak baru darjah 6 atau tingkatan 1. Mungkin dia ingat aku ni level-level kawan-kawan dia.

8.  Kalau nak dibandingkan dengan perasaan marah, aku sebenarnya lebih pada kesian. Kesian waktu budak-budak lagi dah takde adab, takde akhlak. Tak boleh bayang kalau kat sekolah macam mana, mungkin jenis kaki buli kawan-kawan dan biadab dengan cikgu. Jenis tak boleh tengok kawan lain lebih bagus dan berjaya, dia akan kutuk dan ejek poyo. Malah aku sangat kesian kat mak bapak mereka dan aku salahkan ibu bapa mereka sebab menjadi ibu bapa yang ignorant. Bagi anak-anak smartphone lepas tu biar dan tak pantau aktiviti anak-anak kat Internet, sampai ibu bapa tak tahu anaknya buat benda bukan-bukan kat Internet.

9. Jadi di sini aku seru kat mak bapak semua, bukannya tak boleh nak bagi anak-anak smartphone, bukannya tak boleh nak bagi anak-anak ada akaun media sosial, yalah sekarang pun dah zaman teknologi, kalau aku cakap tak boleh nanti cakap aku menghalang kemajuan teknologi, tapi sekurang-kurangnya pantaulah aktiviti mereka di media sosial. Bayangkan aku pernah nampak budak darjah 5 dengan bangganya buat live kat Instagram sambil hisap vape. Tu belum yang buat benda bukan-bukan kat Wechat, TikTok dan sebagainya, yang aku sendiri tak nak bayangkan.

10. Aku sebenarnya boleh je block komen-komen bocah yang teruk macam tu, tapi ia tidak akan mengubah sikap budak-budak itu. Yang boleh ubah dan memperbetulkan sikap anak-anak ini, hanyalah ibu bapa mereka. Jadi aku harap sangat, didiklah anak-anak kita semua dengan akhlak dan adab. Kalau masa kecil dah tiada akhlak dan adab, aku tak tahu dah besar nanti macam mana bila dia melalui realiti kehidupan sebenar.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: anak budak kanak remaja sekolah rendah menengah takde tiada adab akhlak media sosial internet komen kurang ajar biadab youtube instagram facebook twitter


3 ulasan:

  1. Mungkin kena guna cara lain Noob. Aku x fikir mak bapak diorang baca ni. Cuba twist dalam next video animasi kamu yg akan dtg. Cara ni mungkin berkesan. Sekadar cadangan. Selamat Hari Raya Noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah dah masukkan isu macam ni kat sketsa ni - https://buasirotak.blogspot.com/2020/05/buasir-otak-tv-kawan-penuh-hasad-dengki.html, tapi mungkin kena buat lagi jelas kena ada watak budak dan dewasa supaya budak2 faham

      Padam
    2. oh lupa. terima kasih atas cadangan, dan selamat hari raya juga.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners