Rabu, 20 Mei 2020

4 Fakta perbandingan sikap Lelaki VS Perempuan

1. Ada satu hari tu aku dengar dalam radio, penyampai radio membahaskan kereta siapa lagi kemas, lelaki atau perempuan.

2. Ada pemanggil telefon cakap lelaki lebih kemas sebab dia tengok kereta ayah dia lebih bersih dari mak dia. Ada yang cakap perempuan lebih kemas sebab kereta dia lebih bersih dari kereta suami dia.

3. Begitu juga bila ada perbahasan tentang siapa lebih sabar, lelaki atau perempuan? Pasti ada yang cakap lelaki, ada juga yang cakap perempuan.


4. Malah dalam Twitter juga kita biasa baca ada orang post fakta anak lelaki sikap dia macam ni, fakta orang perempuan sikap dia macam tu. Namun adalah ia adalah benar-benar fakta, atau sekadar pandangan dan pendapat sahaja?

5. Bila ada perbahasan yang dikaitkan dengan jantina lelaki VS perempuan, kita sebenarnya cenderung untuk memberi jawapan berdasarkan pada pemerhatian kita terhadap orang sekeliling dan persekitaran yang dekat dengan kita.

6. Sikap yang ada pada bapa, ibu, abang, kakak, adik lelaki, adik perempuan, suami, isteri, anak lelaki dan anak perempuan kita akan mempengaruhi pandangan kita pada suatu perkara.

7. Jika kita lihat kereta ibu lebih bersih dari kereta ayah, kita akan cakap kereta perempuan biasanya lebih bersih. Jika kita perhatikan suami kita seorang penyabar, kita akan cakap lelaki lebih sabar.

8. Yang sebenarnya sikap seseorang itu langsung tiada kaitan dengan jantina, sebaliknya ia bergantung pada individu itu sendiri, yang selalunya dipengaruhi oleh latar belakang keluarga, cara dia dididik dan dibesarkan serta pengaruh dari persekitaran.

9. Hal ini menyebabkan kita sering bias atau berat sebelah terhadap sudut pandanagan kita, yang akhirnya hanya sekadar pandangan peribadi kita sendiri dan langsung tidak boleh dijadikan fakta.

10. Bukan mudah nak jadikan suatu pandangan itu sebagai fakta. Kalau mahu ia dijadikan fakta, kita kena buat kajian. Seperti contoh perihal jantina mana lebih sabar, lebih rajin, lebih kemas dan sebagainya, untuk dapatkan jawapan yang boleh dipercayai, kau kena buat soal selidik dari suatu set sampel.

11. Dan bagi mengelakkan kecenderungan untuk menyokong jantina sendiri, kena dapatkan sekurang-kurangnya pandangan dari 30 orang lelaki, dan juga 30 orang perempuan.

12. Lepas tu buat taburan statistik yang menyatakan berapa peratus responden lelaki dan perempuan yang menjawab lelaki atau perempuan yang lebih sabar, lebih rajin, lebih kemas, barulah benda tu boleh dijadikan fakta sebab kita ada buat kajian.

13. Kalau setakat takde kajian lepas tu main agak-agak je berdasarkan pandangan kita sendiri, lepas tu buat trivia acah-acah fakta post kat Twitter, itu fakta sampah namanya.

14. Kalau kau rasa orang lelaki ni tak guna, atau orang perempuan tu menjengkelkan, hanya kerana pengalaman buruk kau dengan boyfriend atau girlfriend kau, jangan cakap benda tu fakta, cakap benda tu pandangan atau pengalaman kau sahaja.

15. Cuma akhirnya, takde point pun sebenarnya nak buat perbandingan sikap terhadap jantina lelaki VS perempuan sebab hal tu terlalu umum dan terlalu individualistik.

16. Sebab kalau ada kajian yang menyatakan lelaki lebih rajin dari perempuan, tapi kalau kau terkahwin dengan lelaki pemalas, maka takde point juga kajian tu pada diri kau.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: perbezaan perbandingan fakta sikap lelaki vs perempuan wanita 

4 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...