Jumaat, 18 Oktober 2019

2 Kebebasa bersuara bukan kebebasan menjadi bodoh

1. Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan. Nak protes tak salah, tapi tengok pada tempat, masa dan keadaan.

2. Majlis konvekesyen adalah hari gembira yang sangat bermakna untuk para graduan dan ibu bapanya. Merosakkan hari besar orang lain adalah hal yang sangat tidak beretika, kurang ajar dan biadap.

3. Amat malang bagi graduan yang mengambil skrol selepas mahasiswa biadap tersebut merosakkan gambar konvekesyen mahasiswa lain.

4. Kalau sekadar nak bantah VC, kau tunggu majlis habis, tunggu VC tu keluar lepas tu kau protes lah angkat placard kat pintu dewan atau kat sebelah kereta rasmi dia.


5. Bila kau buat benda tu dalam dewan semasa majlis berlangsung, kau bukan nak hantar mesej pada VC sangat pun tapi sekadar mahu meraih perhatian murahan. Lagipun majlis konvokesyen bukan untuk VC, tetapi majlis untuk meraikan ribuan para graduan.

6. Malah apa yang kau buat tu amatlah mementingkan diri dan langsung tiada empati pada orang lain. Orang yang fikirkan tentang orang lain takkan sanggup merosakkan kegembiraan orang lain.

7. Bayangkan masa majlis perkahwinan kau, ex-boyfriend isteri kau langgar majlis buat kecoh, protes, bantah sana sini, kau pun mesti marah kan? Kau pun mesti tak puas hati kan hari gembira kau dirosakkan. Macam lah takde masa dan tempat lain untuk bincang.

8. Kau tak puas hati dengan jiran kau, terus kau protes depan rumah dia malam-malam buta menjerit-jerit buat bising sampai jiran-jiran lain yang takde kena mengena pun terganggu sama. Macam lah takde waktu siang nak protes.

9. Kau masuk forum tentang ekonomi, tapi kau bangkitkan tentang hal peribadi salah seorang panel dulu pernah ada gosip dengan artis. Bercakap tak kena tempat. Itu semua bukan kebebasan suara nama dia, itu bebas menjadi bodoh.

10. Sekarang 1Malaysia dah kenal dia, dah tahu perangai dia. Tak tahu lah ada ke majikan yang berani nak ambil dia kerja. Mungkin dia akan terjun dan bergiat aktif dalam parti politik lepas ni.

11. Jadi kalau lepas ni dia bertanding jadi calon pilihanraya, fikir lah 2 3 kali untuk undi dan angkat orang macam ni jadi pemimpin. Kita tak perlukan orang biadap dan kurang ajar dalam kepimpinan negara.

12. Kita dah cukup ramai wakil rakyat yang sombong, biadap, kurang ajar, mementingkan diri dan berperangai serupa beruk dalam dewan. Kita tak perlu ulang lagi untuk generasi akan datang.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: graduan mahasiswa majlis konvo konvokesyen universiti malaya um pelajar protes placard tanah malaysia cina vc maruah melayu kurang ajar biadab wong yang ke

2 ulasan:

  1. perangai budak-budak sekarang memang merisaukan.. ramai yg mengikut emosi dari berfikir dengan waras

    BalasPadam
  2. lepasan u tapi bodoh sangat2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...