Khamis, 24 Oktober 2019

1 Kenapa industri komik negara tak maju?

1. Aku baru baca artikel yang dikongsikan oleh seorang kawan tentang "Kenapa Industri Komik Negara Tak Maju?". Aku rasa macam pernah tulis dulu pasal ni tapi itu lebih kepada "Industri komik semakin hilang identiti tempatannya".

2. Dalam artikel tersebut, antara contoh yang dihighlightkan  dengan kejatuhan industri komik tempatan adalah apabila terlalu banyak kemasukan dan pengaruh komik asing (Jepun, US, Korea Selatan), penutupan syarikat majalah komik Ujang dan Apo? serta penamatan penerbitan majalah komik Gempak dan sebagainya.

3. Namun pada padangan aku, sebenarnya industri komik tempatan masih maju je pun, cuma ia berubah dan berevolusi. Orang-orang dulu yang membesar tahun 90-an masih menjadikan tanda aras komik Malaysia adalah Gila-gila dan Ujang, manakala orang yang membesar tahun 2000-an masih menjadikan tanda aras komik Malaysia adalah Gempak.


4. Jadi apabila ada syarikat komik tutup kedai dan majalah-majalah komik ini diberhentikan pengeluaran, kita rasa industri komik dah jatuh dan merudum, sedangkan ia masih berevelosi dalam bentuk lain, oleh pemain industri yang lain.

5. Kalau kita letak tanda aras komik Malaysia adalah majalah komik mainstream, memang kita nampak tak maju, tapi sekarang ini komik Malaysia mainstream banyak dalam bentuk buku, dan pemain-pemain gergasi zaman sekarang pula adalah PTS, Komik-M, Gempak Kadokawa dan sebagainya.

6. Tengok sahaja buku siri Misi, Aku, kau dan..., komik seram, Lawak Kampus dan macam-macam lagi banyak dijual di kedai-kedai buku dan sekolah-sekolah, malah ada yang terjual beratus berpuluh ribu unit. Ini adalah zaman mereka. Masa depan kita tak tahu, mungkin zaman pemain lain pula.

7. Orang-orang lama mungkin rasa dah merudum sebab pemain lama dah kurang job untuk berkarya, tapi begitulah realitinya dalam dunia seni dan hiburan. Pelakon, penyanyi, pelawak, pelukis komik, penulis novel, atlet sukan, semua ada zaman puncak masing-masing.

8. Kalau kita semakin kurang aktif dan tidak menghasilkan karya baru yang boleh menarik minat orang, maka pasti akan muncul pemain baru yang lebih popular dan diminati ramai. Begitulah cara dunia bekerja.

9. Dan nak kata komik tempatan tidak maju disebabkan kemasukan komik asing, zaman 90-an lagi pun komik-komik keperwiraan Hong Kong dah masuk, tapi majalah-majalah komik tempatan masih boleh bertahan. Masa tahun 2000-an manga Jepun dah start popular di Malaysia seperti One Piece dan Naruto, namun majalah Gempak masih boleh bertahan.

10. Samalah zaman 2010-an pun, manhwa Korea Selatan semakin popular di negara kita dan boleh dibaca secara digital di laman komik Internet, dan populariti komik adiwira US semakin popular seiring dengan populariti filem-filem mereka,
namun buku komik mainstream masih boleh bertahan dan semakin bertambah dari hari ke hari.

11. Kemasukan komik luar bukanlah pembunuh komik tempatan. Ia hanya sekadar memberi alternatif dan pilihan kepada pembaca. Malah pemain industri tempatan juga boleh menjadikan komik luar sebagai inspirasi dan rujukan untuk menghasilkan karya tempatan yang lebih sedap dan mantap.

12. Malah dengan masuknya komik luar ke negara kita, bukankah bermakna komik kita juga boleh melebarkan sayap ke negara mereka? Sebenarnya banyak dah pengkarya kita yang komiknya diterjemah dan diterbit di negara lain, malah ada yang dah berjaya sampai ke Jepun pun, mungkin kita je yang tak tahu kerana tak pernah diberitahu atau tak ambil tahu.

13. Selain dari pemain komik profesional, kita juga ramai pemain komik amatur yang berkarya hanya di media sosial namun sangat popular sehingga mempunyai puluhan dan ratusan ribu, malah jutaan pengikut di media sosial. Jadi industri komik kita sebenarnya masih banyak melahirkan pelapis baru, cuma dengan cara dan medium yang berbeza dari zaman kita dulu.

14. Malah semakin ramai pembikin komik di negara kita baik yang profesional mahupun amatur yang sudah mula mencari peluang dengan mengadaptasi komik mereka dalam bentuk animasi di Youtube. Jadi ini adalah satu bentuk evolusi yang kita sendiri tak pernah bayangkan 10, 20 tahun lepas.

15. Maka dengan semua faktor-faktor ini, bolehkah kita kata industri komik negara tak maju? Yang tak maju tu mungkin kita, tapi jika dilihat industri komik secara keseluruhan, aku cakap industri kita masih maju dan ada ruang untuk berkembang dan berevolusi lagi.

Begitulah.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kenapa industri seni hiburan komik animasi negara tak maju jatuh merudum berkembang evolusi

1 ulasan:

  1. terima kasih atas artikel ni. saya ada soalan yang sama dalam otak tentang industri komik di malaysia. dan kalau ada cara untuk peminat komik temapatan untuk menyokong karya seni malaysia.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.