TIPS BERKOMIK DI MEDIA SOSIAL
Bermula dari awal tahun ini, aku buka penyertaan komuniti group Buasir Otak: The Komik Crew kepada orang ramai. Terima kasih kepada yang sudi join. Aku tengok pun ramai orang berkongsi komik-komik mereka, satu perkembangan yang baik.
Setelah hampir 4 minggu, aku nak kongsikan sedikit penemuan dan pandangan aku tentang bagaimana cara untuk meningkatkan lagi Reach komik anda di seperti di Facebook. Reach diukur berdasarkan jumlah Engangement iaitu Post Clicks, Reactions, Comments & Share.
Sebagai pelukis komik, aku faham antara tujuan utama kita melukis komik adalah agar orang lain baca, untuk sampaikan suatu mesej kepada orang lain. Dengan erti kata lain, kepuasan membuat komik terutama di media sosial ini adalah apabila ramai orang baca, ramai orang Like, Share dan komen. Lebih banyak Reach yang kita dapat, kita rasa lebih puas kerana karya kita dihargai.
Tapi mungkin ada yang bertanya, saya rasa komik saya dah cukup menarik, tapi kenapa Reach saya rendah? Kenapa kurang orang Like? Kenapa tak ramai orang Share dan komen?
Perhatikan gambar di atas, antara komik-komik yang pernah aku post di page Buasir Otak: The Komik. Ada yang Reach tinggi, ada yang rendah. Ada yang Engagement tinggi, ada yang rendah. Ada yang Like sampai beratus-ratus, ada yang kurang. Ada yang lukisan biasa je tapi ramai orang Like. Ada yang lukisan cantik tapi Like rendah.
Kenapa begitu?
1. Format Komik
Bila melukis komik di media sosial terutama di FB, aku perhatikan format yang senang dapat Reach tinggi adalah komik strip 1 mukasurat. Komik panjang yang banyak mukasurat agak sukar nak dapat reach tinggi, mungkin kerana tidak ramai yang berminat nak baca komik panjang-panjang, yang baca pun biasanya di kalangan peminat komik je, orang biasa jarang baca komik panjang-panjang.
Mungkin juga algorithm Facebook yang kurang menyebarkan photo album ke news feed orang lain berbanding single photo, menyebabkan ia kurang mendapat reach.
2. Lukisan
Komik strip yang lukisannya simple dan dialog yang ringkas lebih banyak Reach berbanding lukisan yang cantik, detail dan sarat dengan latar belakang dan dialog. Antara faktor mungkin bila komik terlalu cantik, penuh dan sarat, ia mengurangkan minat orang ramai untuk membaca.
Harus diingat di media sosial, bukan semua yang baca komik kita adalah pembaca komik. Kebanyakannya hanya orang biasa yang sekadar baca bila komik itu lalu di news feed mereka, so kalau komik yang sarat-sarat sangat ni, mereka mungkin akan skip je. Cuba tengok komik-komik Si Rashid, lukisan semua hodoh, orang lidi dan muka meme je tapi Reach sangat banyak.
Oleh itu kalau nak buat komik di media sosial, cuba buat lukisan seringkas mungkin, lagipun lebih jimat masa dan tenaga, at least kalau Reach kurang takdelah rasa kecewa sangat berbanding penat-penat buat komik cantik-cantik tapi Reach kurang.
Tapi formula ni hanya berkesan kalau sekadar nak buat komik di media sosial untuk naikkan Reach dan bilangan Like kat page agar lebih dikenali ramai. Kalau nak buat komik untuk publishing buku, atau webcomic, atau masuk pertandingan, kena la buat cantik-cantik.
3. Cerita
Faktor yang paling penting untuk buat komik media sosial adalah cerita dan mesej yang disampaikan. Cuba perhatikan komik-komik yang pernah dipost di page Buasir Otak: The Komik, komik mana yang dapat menarik banyak Like, Share dan komen? Dari situ kita boleh dapat gambaran cerita yang macam mana yang dapat menarik perhatian netizen.
Antaranya komik yang berbentuk kritikan sosial, isu semasa, realiti kehidupan, kekeluargaan, persahabatan, cinta, komedi, keagamaan dan elemen yang menyentuh emosi. Malah kalau cerita itu mempunyai kaitan dengan pengalaman ramai orang, pasti akan dapat menarik lebih banyak Reach kerana mereka merasakan cerita dalam komik itu dekat dengan diri mereka.
Akhir sekali, ada satu lagi cara paling mudah dan cheap nak dapat banyak Reach dan viral adalah dengan buat komik yang penuh dengan lawak kotor, lucah dan kata-kata carut seperti yang sedang jadi trend sekarang, tapi aku sangat tak sarankan kerana ia boleh memberi impak negatif kepada masyarakat di negara kita, dan anda juga tentu tidak mahu dikenali sebagai pelukis komik negatif, bukan?
Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Harap sedikit sebanyak dapat memberikan input. Mungkin anda boleh cuba buat komik berdasarkan formula ini. Tapi naik turun Reach ni kadang-kadang nasib juga, so kalau Reach kurang tu jangan sedih, boleh terus cuba lagi dan lagi.
Seterusnya...
PERADUAN KOMIK STRIP MEDIA SOSIAL
Buat julung kalinya, kami akan mengadakan Peraduan Komik Strip Media Sosial. Anda semua dijemput untuk menyertai peraduan ini.
Caranya sangat senang dan mudah. Anda cuma perlu lukis komik strip 1 mukasurat, letak tajuk dan nama pena. Saiz komik nak buat segiempat sama ke, segiempat tepat ke, saiz A4 ke terpulang kepada anda. Bilangan panel pun tak kisah. Dah siap terus hantar je komik itu kepada kami melalui PM (Send Message) page Buasir Otak: The Komik.
Syarat penyertaan juga sangat mudah. Terbuka kepada semua tak kira umur dan profesion. Nak lukis cantik-cantik ke, cincai-cincai ke, cara tradisional ke, digital ke, berwarna ke, hitam putih ke, stroke Melayu, Jepun, US, Korea ke, nak buat cerita pasal apa pun tak kisah, asalkan tiada unsur negatif dan sensitif, serta belum pernah dipost lagi di mana-mana tempat lain.
Dan ini adalah bahagian terpenting, sila baca dan fahamkan betul-betul.
Selepas anda hantar komik kepada kami, jika komik anda diterima, kami akan terus post komik anda di page ini. Selepas itu anda sudah boleh mula mempromosikan komik anda kepada semua orang. Komik yang paling banyak Reach di Facebook (diukur berdasarkan jumlah Engangement iaitu Post Clicks, Reactions, Comments & Share) akan dipilih sebagai pemenang.
Dengan itu semua orang berpeluang untuk menjadi PEMENANG dengan usaha sendiri, kerana pemenang akan dipilih berdasarkan populariti komik yang anda hantar.
Tarikh tutup penyertaan 15 Feb 2018. Namun anda diberi peluang untuk terus promosikan komik anda sehingga 21 Feb 2018. Kami akan mengambil kira Reach pada 22 Feb 2018 untuk menentukan pemenang.
Oleh itu lagi awal anda hantar, lagi banyak masa yang anda ada untuk mempromosikan komik anda. Anda nak promote macam mana pun tak kisah, nak Share banyak kali ke, nak Like sendiri ke, nak tag kawan-kawan ke, nak Share kat page anda sendiri ke terpulang.
Anda boleh menghantar seberapa banyak komik yang anda mahu, tetapi seorang hanya boleh menang 1 hadiah sahaja. Jika anda menghantar banyak penyertaan, kami akan mengambil kira komik anda yang mempunyai Reach paling tinggi dalam penentuan pemenang.
Boleh rujuk artikel Tips Berkomik di Media Sosial di atas tadi sebagai panduan.
Hadiah:
Tempat Pertama: RM100 + T-Shirt BO:TK Limited Edition
Tempat Kedua: RM75
Tempat Ketiga: RM50
Saguhati: Komik BO:TK Awakening versi Digital di Google Play Books x 5 pemenang.
Terima kasih kepada penaja bersama:
Daygoon: https://www.instagram.com/daygoon/
Lanun Ranggi: https://www.facebook.com/LanunRanggi/
Sabtu, 27 Januari 2018
5 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ok²..tapii nob masih adakah lagii peminat komik kt malaysia nii..rasa macham tk berbaloii perah otk memikir nk buat komik tapii pasaran tak besar..📖
BalasPadamhttps://m.youtube.com/watch?v=fhz9ZOYby7g
PadamNoob..cara buat komik paling sadis..ko tgk sampaii habis..😜😝😜😝
Hello nob apa crita hari ini?
BalasPadamGossip apa yg hot harini?
Kita nk ucap tahniah ke takziah pada pelakon fizz fairuzz yg baru bergelar DATUK tadi! Apakah fizx akn ikot jejak farid kamil?? Entah apa jasa dapat datuk pun aku xtahu kahkahkah! Biasa datuk ini kaya2 tapi lain pulak dgn retis2 kt malaysia ni dpt ANUgerah datuk tapi duit bukan ada pun! Lain kalau buat bisnis!datuk boy belon!
Ok,sekian gosdip arini,jumpa lagi!!
nak bisjut?
BalasPadamSenyap sudahhh..😳😞😔😣😖😡😤😩😓😪😥😢😰😨😱..mana korang nii..🔊🔊📣📢📢📢
BalasPadam