Isnin, 14 Oktober 2019

2 Pekerja muda kurang pengetahuan dan disiplin

1. Elemen penting yang perlu dipupuk sejak dari kecil untuk mempersiapkan seorang menempuh dunia dewasa dan masuk ke alam pekerjaan adalah pengetahuan dan kemahiran bahasa, serta sikap, disiplin dan rasa tanggungjawab.

2. Aku bukan nak bitter atau salty pada generasi muda, namun hakikatnya benda-benda ni amat kurang pada generasi muda hari ini especially Gen-Y dan Gen-Z yang lahir tahun 90-an yang sekarang ini dah mula masuk alam pekerjaan. Aku tak cakap semua, yang bagus tu memang masih wujud, tapi kebiasaan yang aku jumpa banyak yang macam tu.

3. Pertama sekali kemahiran bahasa. Orang Malaysia harus tahu sekurang-kurangnya dua bahasa ini, iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi negara, dan juga Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dunia.

Gambar hiasan.

4. Kau tak boleh cakap BI bahasa penjajah tak penting, asal tahu BM dah cukup. BM memang tak perlu dipertikaikan lagi kepentingannya, sebagai rakyat Malaysia memang wajiblah tahu. Tapi BI ni juga penting, walaupun mungkin tak fasih tapi sekurang-kurangnya boleh faham, menulis dan bertutur secara asas.

5. Kalau negara kita memang sudah banyak orang terjemah ilmu ke bahasa ibunda macam negara Indonesia, itu tak jadi masalah. Masalahnya bilangan rakyat kita tak ramai, dan komuniti yang rajin buat penterjemahan pun kecil dan tak aktif mana.

6. Aku ambil contoh Wikipedia, kau senang jumpa artikel yang asalnya BI tapi ada versi Bahasa Indonesia tapi tiada versi BM. Itu belum penterjemahan buku, manga, sarikata filem, drama, anime dan sebagainya. Jadi nak tak nak, kita perlu tahu BI terutama bila belajar dan bekerja.

7. Penggunaan BI bukan sekadar untuk pekerjaan profesional sahaja, malah termasuk pekerja teksi, rider makanan, juruwang restoran makanan segera, pelayan meja hotel dan sebagainya, kerana mereka juga selalu berurusan dengan orang dari luar negara.

8. Ya, negara Jepun memang maju walaupun rakyat mereka ramai yang tak tahu BI, namun disebabkan kekangan mereka ini menyebabkan kesukaran untuk orang luar berkomunikasi dengan mereka. Bayangkan kau pergi Jepun lepas tu nak tanya arah jalan, sikit punya susah nak dapat penerangan sebab kau tak faham mereka dan mereka tak faham kau. Cuba kalau mereka tahu BI, kan mudah kerja kita. Jadi sama keadaannya di Malaysia, bila kita tahu BI, kita akan mudahkan urusan orang luar, dan orang luar pun akan mudahkan urusan kita.

9. Dan yang paling penting untuk kita faham BI, adalah mudah untuk kita buat carian maklumat di Internet. Macam aku kerja dalam bidang IT, bahan rujukan banyak dalam laman web dan forum berbahasa Inggeris, malah kata kunci yang nak suruh Google cari pun perlu ditulis dalam BI. Cuba kalau kita tak tahu BI, nak tulis keyword carian apa pun tak tahu.

10. Elemen seterusnya adalah berkaitan attitude, sikap dan disiplin. Apa-apa ilmu dan kemahiran boleh dipelajari, tapi sikap dan disiplin ni perlu dipupuk. Kalau kau pandai macam mana pun, CGPA 4.0, dapatlah anugerah dekan setiap semester sekali pun, tapi kalau sikap dan disiplin kau teruk, semua tu sia-sia.

11. Sebagai contoh kalau zaman dulu kita nak minta kerja, kena belajar cara tulis resume dan surat rasmi mohon kerja, buat kajian sikit pasal latar belakang syarikat atau organisasi yang dipohon, bila telefon tu cakap elok-elok, gunakan panggilan hormat seperti Tuan, Puan, Encik dan sebagainya.

12. Tapi sekarang, banyak betul jumpa budak minta kerja dengan cara yang sangat takde etika dan adab, dengan resume yang sekadar tangkap muat, hantar emel mohon kerja dengan subjek, pengenalan diri pun takde langsung tak serius, lepas tu bila Whatsapp majikan sembang macam adik-adik kau, dengan guna ejaan budak WeChat, panggilan hormat pun ke laut panggil Bro, Sis, Kakak, tanya pulak benda-benda yang dah terang-terang ada kat iklan kerja dan lain-lain soalan yang menjengkelkan, apa benda semua ni?

13. Lepas tu bila dah diterima bekerja, dia punya manja dan mengada-ngada tu lain macam. Macam kerja dalam bidang IT, ada masa kena balik lambat, kadang-kadang kena kerja hari minggu, kalau dalam bidang operasi lagi lah macam dulu aku pernah kerja IT kat kilang, kalau jam 2 pagi ada sistem breakdown, pukul 2 pagi tu lah kena on call pergi kilang buat troubleshoot. Melainkan ada sebab yang memang sangat kukuh, kau tak boleh cakap NO.

14. Malangnya aku susah nak jumpa pekerja generasi muda yang ada kualiti tu, yang berdedikasi dan komited dalam kerja. Kadang-kadang nak suruh stayback sikit, kerja hari minggu, suruh datang on-call, bagi terlalu banyak sangat alasan, last-last pekerja lama juga yang buat. Bagi tugasan pun susah nak deliver. Suruh buat A, dia buat Λ tak lengkap A. Last-last kita juga yang kena cover dan setelkan kerja dia. Bila ada masalah, diam tak nak beritahu. Bila kita tanya, baru beritahu ada masalah sejak 2 minggu lepas lagi. Semua benda nak kena suap, nak berdikari sikit payah. Ini bukan zaman sekolah semua benda nak kena suap. Kalau benda simple pun tak boleh nak harap, macam mana nak bagi tugasan yang lebih mencabar?

15. Lepas tu bila ada pengguna telefon atau buat aduan masalah, jawab sambil lewa. Kalau time tu pukul 10 malam ada problem kena on-call, boleh jawab saya dah balik tak boleh datang. Ingat semua benda kena tunggu dan ikut masa kau? Lepas tu bila minta buat kerja asyik defensif, itu susah ini susah, itu tak boleh ini tak boleh, padahal macam lah aku tak tahu benda tu simple ya amat. Kalau kerja baru 3 4 bulan takpe juga, ini dah kerja 2 3 tahun pun perangai masih sama je.

16. Aku masa aku jadi pekerja junior 15 tahun lepas, masa tu la time nak belajar macam-macam dari senior, komited buat kerja, tunjukkan kesungguhan, korbankan masa untuk kukuhkan kerjaya. Sekarang Alhamdulilah, boleh kata aku dah secure pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk survive dalam kerjaya IT.

17. Kena faham yang masa bergerak, kita bukan selamanya akan jadi pekerja junior. Satu masa kita akan jadi senior yang akan membimbing dan mengharapkan junior juga menggantikan tugas-tugas kita. Tapi kalau foundation masa junior tak kukuh, itu yang bila kau dah jadi senior nanti kau pun tak boleh diharap. Last-last jadi ketua yang tahu mengarah je tapi tak boleh jadi tempat untuk anak buah rujuk, sebab kau naik atas dalam keadaan tidak tahu dan tidak bersedia, maka jadilah kau bos toksik yang dibenci.

18. Itu yang sampai sekarang pakar-pakar dalam bidang operasi IT macam pakar Oracle, HP-UX, Linux, Cisco, IBM, security, hardware, SAN storage, Citrix, SAP dan sebagainya masih lagi dipelopori oleh otai-otai yang berusia 40 ke atas, malah ada otai yang dah umur lebih 60 pun masih terpaksa bekerja kerana khidmatnya masih diperlukan, sebabnya susah nak cari pelapis baru yang boleh mengisi kekosongan otai-otai IT ni. Bila aku tanya kat mereka tentang hal ini, mereka pun mengalami isu yang sama, susah nak cari perantis muda.

19. Aku sendiri walaupun dah bekerja di 3 tempat berbeza, dan ada ramai pekerja IT junior yang aku dah jumpa tapi susah untuk aku nak jadikan apprentice muda yang boleh mewarisi segala pengetahuan dan pengalaman aku, sebab sikap mereka sendiri yang tak minat nak belajar, tiada kesungguhan, kurang rasa tanggungjawab, manja semua benda nak kena suap, terlalu banyak alasan, asyik cuti, selalu datang lambat dan macam-macam lagi.

20. Dulu kita susah kot nak kena suap dengan senior, bila sangkut sikit kita cari sendiri solution kat Yahoo, Altavista, Google. Satu, kita malu nak tanya benda simple macam tu. Dua, kita pun tak nak kacau senior sangat sebab dia pun banyak kerja nak kena buat dari asyik melayan kita. Tiga, kita nak impress senior dan bos yang kita boleh berdikari cari solution sendiri. Bila mereka tahu yang kita berpengetahuan tinggi dan boleh berdikari, diorang nak bagi kenaikan gaji dan bonus lebih sikit pun rasa senang je hati.

21. Tapi pekerja IT junior sekarang, ada yang tanya subnet mask tu apa benda? Tanya Javascript tu macam mana nak buat? Benda basic macam ni kau belajar kot kat universiti. Tu belum aku cerita ada orang yang belajar kat universiti ambil course Software Development tapi buat programming satu hapak pun tak reti. Ni mesti jenis yang kat universiti kalau bukan upah orang buat projek, mesti suruh pakwe buatkan.

22. Sebab tu aku yakin, sekarang ini kalau ada pekerja muda yang betul-betul komited, masa depan dia akan lebih cerah dan senang untuk dia pergi jauh untuk jadi pelapis kepada otai-otai. Sebab apa? Sebab persaingan pekerja sebaya tak tough mana pun. Pekerja muda memang ramai, tapi yang berkualiti tu tak ramai. Jadi kalau kat tempat kerja kau ada 10 orang pekerja junior, dan kau menonjol dan buat lebih dari orang lain, senang-senang je kau surpass mereka.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pekerja muda graduan generasi gen x y z manja kurang pengetahuan kemahiran disiplin kerja teruk

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...