Rabu, 16 Oktober 2019

3 Peraduan Buasir Otak TV: Road To 1,000 Subscribers

Selepas 2 minggu, 10 video, Youtube channel Buasir Otak TV telah berjaya mencapai 500 Subscriber. Terima kasih buat semua yang sudi Subscribe, kami amat menghargai sokongan anda.

Dan untuk meraikan pencapaian kecil kami ini, kami akan mengadakan peraduan yang amat mudah untuk disertai.

Semua orang layak untuk sertai, sama ada Subscriber baru mahu pun yang lama. Caranya amat mudah:



  1. Pergi ke post di FB Buasir Otak: The Komik ini. Share post ini di timeline FB anda. Pastikan set kepada Public supaya kami boleh nampak Share tersebut.
  2. Buka Youtube dan buat carian "Buasir Otak TV".
  3. Klik pada mana-mana video dari channel Buasir Otak TV yang anda gemari.
  4. Pastikan butang Subscribe telah ditekan, tonton video dan ambil screen shot.
  5. Upload screen shot di ruangan komen post ini. Penyertaan yang sudah cukup semua syarat akan diberi Nombor Penyertaan.

Tarik tutup: Setelah channel Buasir Otak TV mencapai 1,000 Subscribers.
  • Hadiah Utama: 2 pemenang X RM50
  • Hadiah Istimewa: 10 pemenang X Buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE)
  • Hadiah Saguhati: 10 pemenang X salah satu buku Buasir Otak: The Komik versi digital di Google Play Books.

Jangan lepaskan peluang, jom sertainya sekarang!

* Hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.



Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






3 ulasan:

  1. Untunglahhh noob..pelan2 kayuh nob,biar sampai tujuan..🐢🐢🐌🐜🐝

    BalasPadam
  2. oi pon. macammana dpt date diawalkan. aku sangsi lah dgn pon ni. haha rindu nak sakat pon. aku anon entah dari zaman purba blog ni dulu selalu buat kacau kat sini dulu. muahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai anon purba haha. Boleh set je date tu, saja letak supaya post ni duduk kat atas sekali kat muka depan.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.