Selasa, 22 Oktober 2019

4 Tak perlu gelojoh kejar semua benda waktu muda

1. Kita selalu dengar pesanan orang suruh beli rumah masa muda, beli kereta masa muda, kahwin masa muda, sambung belajar ambil master/PhD masa muda, pergi travel masa muda dan sebagainya.

2. Aku cakap, belilah rumah, kereta, kahwin, sambung belajar dan sebagainya bila dah mampu. Macam mana nak mampu? Bergantung pada rezeki dan usaha.

3. Kalau memang rezeki ada ibu bapa jenis berduit, anak umur 25 dah boleh kahwin, ada rumah, ada kereta, ada master, siap boleh pergi travel lagi. Kalau takde, berusahalah cari rezeki sehingga ada kemampuan.

4. Selagi tiada kemampuan, tak perlu gelojoh kejar semua benda serentak dalam satu-satu masa sampai berhutang sana sini dan memberi kesusahan pada diri sendiri serta orang lain.


5. Ada kenalan aku, lepas habis belajar baru je kerja beberapa bulan, dah nak kahwin, lepas tu nak beli rumah, nak beli kereta, sambung pulak master part-time, hobi tak nak tinggal juga.

6. Last-last kerja ke laut, selalu datang lambat, orang lain terpaksa cover kerja dia, duit selalu habis bayar hutang dan beli benda bukan-bukan, kat ofis asyik makan maggi.

7. Utamakan dulu apa yang menjadi keperluan pada masa itu. Kita bukan nak bertanding dengan siapa-siapa pun. Ambil masa dan susun perancangan.

8. Bergerak ikut garis masa masing-masing. Ada orang dah mampu untuk beli rumah masa usia 25 tahun, tapi tak mampu untuk kahwin dan beli kereta lagi. Ada orang mampu kahwin usia 25 tahun tapi tak mampu beli rumah lagi. Ada orang mampu beli kereta pada usia 25 tahun kerana keperluan kerjanya memang memerlukan kereta, jadi tangguh dulu beli rumah sampai mampu.

9. Memang benar waktu muda jangan terlalu leka dan enjoy, tapi jangan juga sampai menyiksa diri nak capai semua benda dalam masa yang sama di usia muda. Yang penting masa muda simpanan wajib ada. Bila dapat gaji kena asingkan siap-siap untuk simpanan, tak banyak pun kena ada dari takde langsung.

10. Biar kayuh perlahan-lahan dan nikmati segala permandangan dunia dari kayuh laju-laju akhirnya terbabas tak pasal-pasal.

Baca juga:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tak perlu gelojoh kejar semua benda waktu usia muda beli rumah hartanah sewa kereta motor kahwin travel melancong sambung belajar

4 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...