Isnin, 15 April 2019

6 Kartun tempatan bakal pupus ditelan zaman

1. "Kartun tempatan bakal pupus, kerajaan harus peduli keluhan kartunis". Begitulah tajuk artikel hasil wawancara wartawan dengan kartunis lagenda Gayour. Samada ada beliau yang cakap atau wartawan sendiri yang menulis tajuk seperti itu, aku tak pasti.

2. Apa yang aku pasti, kartun tempatan tidak akan pupus, cuma ia berubah dan berevolusi mengikut zaman, masa dan generasi.

3. Tak dinafikan sekarang ini sudah kurang kartun tempatan yang dilukis mengikut gaya lukisan majalah komik dulu, dengan mata bulat, hidung kembang, mulut besar, gigi terkeluar. Gaya lukisan kartun tempatan zaman sekarang dikatakan lebih banyak menyerupai gaya komik Jepun.

4. Bagi aku gaya lukisan ini subjektif dan memerlukan perbahasan yang lebih panjang, namun pada aku selagi sesebuah karya itu dihasilkan oleh orang Malaysia, diterbitkan di Malaysia, ada unsur-unsur masyarakat Malaysia dalam kartun, ia masih lagi kartun atau komik tempatan.


5. Kartun atau komik ini adalah sebuah naskah karya, seperti mana karya penulisan, filem dan muzik.
6. Kartunis/pelukis adalah pemain naskah kartun/komik, seperti mana penulis adalah pemain naskah novel/cerpen/puisi, pelakon/pengarah filem sebagai pemain naskah filem serta penyanyi/pemuzik sebagai pemain karya muzik.

7. Novel, filem dan muzik zaman dulu tak sama macam sekarang. Begitu juga dengan kartun. Naskah karya ini adalah suatu objek subjektif. Tahap penerimaannya bergantung pada kreativiti, populariti dan trend semasa. Untuk kekal relevan dan mencuri tumpuan serta perhatian audien semasa, naskah karya yang dihasilkan perlu mengikut kehendak pasaran suatu zaman.

8. Jika pada zaman 80-an, karya yang berkisarkan tentang gasing boleh menjadi popular, namun karya sebegitu sukar untuk diterima ramai pada zaman sekarang kerana ramai orang dah tak main gasing sebaliknya Beyblade. Jadi mungkin karya pasal Beyblade lebih mudah untuk diterima ramai pada masa ini.

9. Namun pada tahun-tahun depan mungkin lain pula trendnya, dan pada ketika itu mungkin Beyblade juga sudah tidak relevan. Jadi untuk terus kekal relevan, pemain karya perlu terus menghasilkan suatu yang relevan dengan keadaan semasa.

10. Untuk terus kekal relevan dalam pasaran seni kreatif, populariti memainkan peranan penting agar karya yang dihasilkan dapat diterima dan dijual kepada ramai orang.

11. Faktor usia dan perbezaan generasi pemain karya dengan audien semasa juga memainkan peranan dalam isu populariti ini. Sudah menjadi lumrah suatu generasi meminati pemain karya dari generasinya sendiri.

12. Ambil contoh dalam bidang muzik. Orang yang usia remaja pada zaman 80-an meminati Search, Wings dan XPDC. Orang berusia remaja zaman 90-an meminati 4U2C, Feminin, KRU dan Elite. Orang berusia remaja zaman 2000-an meminati Too Phat, Bunkface dan penyanyi Akademi Fantasia. Orang yang usia remaja pada zaman 2010-an meminati Altimet, Sufian Suhaimi dan Wany Hasrita.

13. Kita biasa dengar pelakon lama mengecam pelakon baru kerana dikatakan tiada kualiti, penyanyi lama mengecam penyanyi baru kerana dikatakan suara sumbang pun boleh jadi penyanyi, penulis lama mengecam penulis baru kerana dikatakan bahasa yang digunakan terlalu rojak, malah pelukis lama mengecam pelukis baru kerana dikatakan lukisan tiada ciri-ciri melayu.

14. Benda ini lumrah. Generasi lama biasanya memang akan salty sikit pada generasi baru. Kita sendiri pernah rasa sebagai generasi baru dan suatu hari nanti akan rasa sebagai generasi lama. Begitulah kitarannya sampai bila-bila pun.

15. Dulu masa kita layan rock kapak, orang tua yang layan pop yeh-yeh anggap kita ni takde taste. Lepas tu muncul hip hop, generasi sebelumnya kita takde taste. Lepas tu muncul pula K-Pop, generasi sebelum lagi akan cakap K-Pop itu sampah. Lepas tu muncul pula penyanyi budak-budak baru nak up, generasi sebelum cakap budak-budak tu bukan pemuzik sebenar.

16. Jadi halnya sama sahaja dengan kartun, bukan sahaja di Malaysia bahkan di mana-mana. Zaman dulu kita popular dengan majalah kartun seperti Gila-Gila, Ujang, Apo dan sebagainya, namun sekarang trend sudah berubah. Generasi kini lebih gemar membaca komik dalam bentuk digital di Internet atau membeli komik dalam format buku.

17. Sebab itu ramai pelukis komik zaman sekarang mencari peluang berkarya di pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, Sucomi, Matkomik, malah beberapa platform lain yang boleh mendapat bayaran atau hadiah kemenangan seperti Webtoon dan Silent Manga Audition (SMA).

18. Bila dah popular, dikenali dan ada ramai peminat di Internet, baru senang nak terbit buku komik. Penerbit buku pun senang hati nak terbitkan buku kita, peminat pun ramai yang akan sokong beli buku kita. Kalau takde penerbit buku berminat nak terbitkan pun, zaman sekarang nak terbitkan buku sendiri pun dah mudah.

19. Malah kalau nak kata industri komik semakin pupus pun, kenapa buku-buku komik keluaran PTS, Komik-M, Kadokawa Gempak Starz, komik Misi, komik Lawak Kampus, komik dakwah DKV dan sebagainya masih ramai pembelinya?

20. Bekerja dalam industri seni kreatif ini bukan macam bekerja dalam bidang konvensional yang lain. Kalau kerja sebagai cikgu, jurutera, doktor dan sebagainya, orang yang ada pengalaman kerja 20 tahun biasanya pendapatan dan pangkat mereka lebih tinggi dari orang yang baru kerja 1 atau 2 tahun.

21. Bekerja dalam bidang bukan konvensional pula seperti bidang seni kreatif, ia bergantung pada peluang dan populariti semata-mata. Pendapatan penyanyi muda yang baru setahun jagung boleh jadi lebih banyak dari pendapatan penyanyi yang dah 20 tahun dalam industri, sebab penyanyi setahun jagung itu lebih popular pada zaman semasa berbanding penyanyi lama itu.

22. Pelakon baru yang masih muda dan cantik biasanya akan ditawarkan watak utama dalam drama atau filem yang menerima bayaran tinggi berbanding pelakon lama yang akan ditawarkan watak tambahan seperti watak ibu, bapa, atuk, nenek yang menerima bayaran yang lebih rendah.

23. Pelakon lama nak dapat job dalam drama atau filem TV susah, tapi orang muda yang tidak pernah berlakon dalam drama TV atau filem pun boleh jana pendapatan lebih banyak hanya dengan berlakon sketsa pendek di Youtube.

24. Jadi halnya sama terpakai juga dengan pengkarya kartun. Zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Kalau dulu platform melukis hanya melalui majalah kartun arus perdana yang mana saingannya sangat kuat. Lukisan kena cantik, cerita kena sedap.

25. Tapi sekarang ini, siapa-siapa boleh jadi pengkarya kartun. Orang yang tak pandai melukis atas kertas tapi pandai melukis pakai tablet je pun boleh jadi pengkarya kartun. Orang yang lukisan tak cantik sangat pun boleh jadi pengkarya kartun kalau ceritanya sedap. Orang yang lukis orang lidi je pun boleh jadi pengkarya kartun kalau kartunnya lawak. Budak tadika pun boleh keluarkan buku komiknya sendiri kalau popular dan ada peminat.

26. Biasanya pelukis komik baru mudah popular sebab mereka rajin hasilkan komik di media sosial, dan komik mereka pula sering menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan isu semasa dan hal yang berkait rapat dengan ramai audien sama ada dari sudut positif atau negatif, jadi ramai orang yang Follow, Like dan Share sebab kandungan komik itu relevan dengan mereka.

27. Oleh itu pemain naskah karya lama ini kalau nak kekal lama dalam industri, mereka harus perlu terus hasilkan karya-karya yang relevan agar populariti mereka terus kekal. Ya, mereka mungkin sudah dianggap bertaraf otai dan lagenda, tapi taraf lagenda itu tak boleh kekalkan populariti. Zaman sekarang adalah zaman orang bebas berkarya. Pengkarya lama tetap perlu bersaing dengan pengkarya baru dalam merebut tumpuan audien dan peminat.

28. Ambil contoh bagaimana penyanyi tersohor Dato Seri Siti Nurhaliza boleh jadi lagenda dan terus kekal relevan sampai sekarang? Kerana sampai sekarang beliau terus menghasilkan karya-karya baru untuk pendengar lama dan baru, dan beliau juga tidak sombong dan masih merendah diri untuk belajar dengan pengkarya muda yang lebih tahu jenis muzik yang diminati pada zaman semasa. Beliau tidak malu untuk menggunakan khidmat komposer-komposer yang lebih muda daripadanya untuk menghasilkan lagu untuknya.

29. Jadi mungkin pengkarya kartun juga boleh belajar sedikit sebanyak dari contoh ini. Jangan malu untuk belajar dan bekerjasama dengan generasi yang lebih muda. Mungkin ada ilmu yang generasi lama dan baru boleh kongsi dan manfaatkan untuk kebaikan bersama. Tanpa yang lama, tiadalah yang baru. Tanpa yang baru, siapalah yang lama.

30. Akhir kata, selagi masih ada orang yang melukis kartun, industri seni kreatif tempatan ini tidak akan pupus. Semoga industri komik tempatan terus maju dan aman damai.

Baca artikel lain berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kartun tempatan bakal pupus kartunis pelukis komik seni gayour pekomik stroke strok gaya lukisan

6 ulasan:

  1. kartunis tu xnak sentuk upin ipin,boboiboy,ejen ali, dd n friend or omar hana ke? rimba racer ke? rasa kita di era animasi tempatan nak naik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt💨💨...arghhhhhh lega baq hanggg..💦💦💥

      Padam
    2. PrOoTt���� di muka ted manoff...arghhhhhh lega baq hanggg..������

      Padam
  2. Ada yg aku tk setuju dgn artikal nii noob..bersetuju utk tk setuju..mungkin mereka kurang idea hasilkan kartun mampu diterima masyarakat..balik2 pusing isu yg sama..cuba lht katun jepun dari era lama tetap diterima hingga zaman ini..katun jpn byk yg berpayudara besar sebagai penarik..apa yg kartunis malaysia tawarkn kpda pembeli?...jgn hanya tahu kitar semula idea saja...🍵☕

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt���� di muka ted manoff...arghhhhhh lega baq hanggg..������

      Padam
  3. mengapa kartunis2 ujang dulu x ubah cara penyampaian seni mereka? skarang lebih kepada animasi . Majoriti budak2 skarang lebih suka layan youtube berbanding membeli komik. kena ubah cara penyampaian seperti si nopal dan adiknya cute girl

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.