2. Jajaran ERCL dari pantai barat ke pantai timur semenanjung Malaysia diubah sedikit laluannya. Kalau dulu dari Port Klang ia lalu utara Lembah Klang melalui Puncak Alam, Kapar, Puncak Alam, Serendah, Gombak, kemudian merentasi banjaran Titiwangsa hingga ke Bentong, Mentakab dan seterusnya ke negeri Terengganu dan Kelantan, kali ini ia lalu selatan Lembah Klang dari Port Klang terus ke Putrajaya, Bangi/Kajang, Kuala Klawang, Jelebu, Mentakab dan seterusnya ke negeri Terengganu dan Kelantan.
3. Ramai orang pantai timur terutama orang Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur dan Lembah Klang suka menetap di kawasan utara Kuala Lumpur seperti Gombak, Wangsa Maju, Sentul, Batu Caves dan kawasan berdekatan. Ini kerana mudah untuk mereka ke untuk terus ke pantai timur melalui lebuh raya Gombak-Karak. Jadi jajaran asal ECRL sebenarnya menguntungkan mereka kerana memudahkan mereka untuk pergi ke pantai timur.
4. Namun apabila jajarannya diubah ke selatan Lembah Klang, mungkin orang pantai timur yang duduk di kawasan Gombak akan kecewa, tetapi orang pantai timur yang duduk di kawasan Putrajaya, Dengkil, Sepang, Bangi dan Kajang pula pasti akan gembira kerana stesen ERCL berdekatan dengan rumah mereka. Lagipun laluan ke Putrajaya sebenarnya agak strategik memandangkan ia adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, malah berdekatan dengan dengan KLIA dan ada laluan tren ERL yang menghubungkan KLIA dan Putrajaya.
5. Malah secara peribadi, aku sendiri bersetuju jajarannya melalui selatan Lembah Klang, lebih-lebih lagi lalu di bandar yang padat penduduknya seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang, kerana kawasan ini memang pengangkutan awam berlandaskan rel dan tren sangat kurang.
6. Bangi cuma ada Komuter. Kajang ada Komuter dan MRT. Putrajaya cuma ada ERL, manakala MRT tengah dalam pembinaan. Kawasan Lembah Klang lain terutama yang hampir dengan KL dah banyak pengangkutan awam rel seperti LRT, MRT, Monorel, Komuter dan sebagainya, sedangkan Putrajaya nama je pusat pentadbiran kerajaan Malaysia tapi kurang pengangkutan awam rel.
7. Dulu Tun Mahathir pernah berhasrat nak wujudkan sistem Monorel di Putrajaya, tapi tahun 2004 projek Monorel tersebut dibatalkan masa zaman Pak Lah, termasuk juga projek Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. Disebabkan itu Putrajaya ni jadilah bandar yang maju dan padat penduduk tapi mundur pengangkutan awam.
8. Sebelum PRU14, Pakatan Harapan berkata mereka mungkin akan menghentikan projek ECRL dan HSR sekiranya menang PRU14 kerana dikatakan projek itu merupakan satu pembaziran dan tiada keperluan. Setelah mereka menang PRU14, mereka telah menangguh dan menghentikan projek-projek tersebut untuk kajian memandangkan nak batalkan projek sebesar itu tidak semudah yang disangka kerana melibatkan perjanjian dengan pihak lain.
9. Namun kini selepas hampir setahun dari PRU14, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan semula projek ECRL dengan beberapa perubahan selepas membuat rundingan dengan pihak kontraktor dari China. Aku bab U-turn ni aku tak kisah sangat asalkan yang diundur itu membawa manfaat pada rakyat dan negata. Sistem cukai pun kalau kerajaan nak undur guna GST balik pun aku setuju, sebab lepas pakai SST harga barang tak turun pun, lebih baiklah pakai balik GST sekurang-kurangnya pendapatan kerajaan lebih banyak.
10. Cuma untuk ERCL ni aku faham kerajaan sambung balik sebab kalau mereka batalkan pun, mereka kena bayar banyak pampasan pada syarikat kontraktor China. Maka jadilah macam kes jambatan bengkok. Sebab nak batalkan projek, kerajaan kena bayar banyak pampasan pada kontraktor projek. Jambatan takde, duit hangus.
11. Jadi daripada keluar duit begitu sahaja tapi tak dapat apa-apa, lebih baik keluar duit tapi dapat juga sesuatu. Tapi sebab tak naklah keluar duit banyak sangat, maka terpaksalah ubah sana sini untuk turunkan kos, sekurang-kurangnya benda tu ada dari takde.
12. Dan kalau boleh alang-alang ERCL dah lalu laluan Kuala Klawang/Jelebu untuk merentasi banjaran Titiwangsa, aku harap kerajaan buat sekali lebuh raya baru ikut laluan tu. Dah bertahun-tahun orang dari Lembah Klang nak harapkan lebuh raya Gombak-Karak je untuk ke sebelah sana. Asal musim perayaan, sesak. Asal cuti sekolah, sesak. Asal ada kemalangan sikit, sesak berpuluh kilometer. Nak elak sesak, guna jalan Karak lama yang panjang dan sempit. Takde langsung alternatif lain yang elok sikit.
13. Cuma itulah, benda-benda macam ni kita kecam macam mana pun, bantah macam mana pun, sembang pung pang pung pang sana sini pun, nanti bila benda dah ada benda dah siap kita guna juga.
14. Dulu masa mula-mula Putrajaya nak diwujudkan, pembangkang cakap membazir lah apa lah, bila dah jadi kerajaan duduk juga kat pejabat di Putrajaya tu. Dulu masa kerajaan buat MRT, pembangkang kecam itu ini, tapi bila MRT dah siap mereka naik juga. Masa kilang Lynas dibina waktu kerajaan lama, pembangkang masa tu bukan main kecam siap suruh tutup, tapi bila dah jadi kerajaan tak nak pula tutup. Samalah macam ECRL ni. Kecam-kecam pun nanti bila benda dah siap, kita guna juga. Benda dah ada, buat apa tak guna, ye tak?
15. Dulu ringgit jatuh salahkan Najib. Sekarang ringgit jatuh, saham jatuh, pelaburan jatuh, semua salah orang lain kecuali diri sendiri. Masa takde kuasa memang sedap kecam bantah itu ini, tapi bila dah pegang kuasa baru tahu macam mana, kan?
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: projek ercl hsr diteruskan rundingan baru kerajaan ph pakatan harapan china east coast rail link
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.