Selasa, 30 April 2019

4 Sisi gelap Avengers Infinity Wars dan Endgame

(Amaran: Mengandungi spoiler)

1. Filem Avengers Endgame (EG) telah pun melabuhkan tirainya. Segala persoalan dalam filem Avengers Infinity Wars (IW) telah pun selesai dan terjawab. Ramai orang meraikan kemunculan semula adiwira yang sebelum ini menjadi debu, begitu juga yang menangisi pemergian beberapa adiwara yang telah gugur dalam misi menghidupkan semula mereka yang menjadi debu dan mengembalikan keamanan dunia.

Aku tidak mahu mengulas atau memberi rating pada filem ini memandangkan ramai pun sudah bagi rating, malah cerita ini tiada apa yang perlu diulas sangat kerana ia adalah pelengkap dan kesimpulan kepada dunia filem MCU, sebaliknya aku cuba menyingkap sisi gelap di sebalik jalan cerita karya epik ini.


2. Imbas kembali di akhir cerita IW, Thanos telah menang dan berjaya menghilangkan separuh dari kehidupan di alam semesta. Akibat kegagalan kumpulan adiwira ini, separuh dari adiwira kesayangan ramai telah hilang menjadi debu. Begitu juga orang biasa. Ada yang hilang ibu, bapa, anak, suami, isteri, kawan, majikan, pekerja dan sebagainya yang hancur menjadi debu akibat petikan jari Thanos yang memakai sarung tangan yang lengkap bersama batu infiniti.

3. Malapetaka itu tak berhenti di situ. Ramai orang yang tidak menjadi debu turut terbunuh akibat peristiwa itu. Antara contohnya juruterbang yang hilang menyebabkan kapal terbangnya terhempas menyebabkan kematian penumpang. Pemandu kenderaan di jalan raya yang hilang menyebabkan banyak kemalangan sehingga mengakibatkan kehilangan jiwa. Doktor yang sedang menjalankan pembedahan hilang menyebabkan pesakitnya mati.

4. Selain dari kematian, organisasi masyarakat pun runtuh dan gagal. Bekalan kuasa elektrik terputus, operasi kilang terhenti, pembekalan sumber makanan terganggu dan sebagainya. Semua yang berlaku secara tiba-tiba telah ini mengakibatkan masyarakat keliru, kucar kacir dan hilang arah kerana mereka pun tidak tahu apa punca malapetaka itu. Mereka tidak tahu pun sekumpulan adiwira sedang berlawan dengan Thanos lalu gagal. Tahu-tahu ramai orang hilang. Kadar jenayah tak usah ceritalah, memang pasti meningkat secara drastik kerana organisasi kerajaan dan pihak berkuasa pun lumpuh. Pemimpin negara, ketua kerajaan, anggota polis, tentera ada yang hilang. Masa tu kau rompak kedai emas pun orang tak peduli.

5. Jangankan orang biasa, kumpulan adiwira juga buntu tak tahu nak buat apa, sehinggalah beberapa minggu kemudian seperti yang diceritakan di awal filem EG di mana mereka terjumpa satu isyarat dari sebuah planet lain yang sedang didiami Thanos. Lalu mereka pun pergi ke sana untuk mengambil batu infiniti dari Thanos untuk mengembalikan semula rakan-rakan dan umat manusia yang sudah hilang. Malangnya, Thanos telah memusnahkan batu-batu tersebut lantas dibunuh oleh adiwira ini akibat amarah dan dendam yang membara. Mereka pun pulang ke bumi dengan hampa tanpa sebarang jalan penyelesaian.

6. Lalu apa yang umat manusia yang tinggal ini buat? Di sebalik kejatuhan, kesedihan, kekecewaan, kemurungan, kesakitan dan kemarahan, mereka cuba bangkit dan bangunkan semula tamadun manusia. Seperti mana fitrah manusia, apabila jatuh mereka tidak akan selama-lamanya jatuh, sebaliknya mereka akan bangun semula seiring dengan masa. Begitu juga apa yang saki baki adiwira ini lakukan. Mereka sudah tiada rancangan baru, malah tidak dapat berjanji dan bagi apa-apa harapan pada umat manusia yang tinggal untuk terbalikkan malapetaka itu. Mereka sendiri terpaksa 'move on' dengan kehidupan dan perlu memberi motivasi, galakan dan sokongan moral kepada orang lain untuk turut 'move on'.

7. Pada aku, jika diikutkan pada nilai moraliti, itu adalah penyelesaian yang terbaik bagi malapetaka besar seperti ini. Yang sudah berlalu, biarkan ia berlalu. Yang sudah pergi, biarkan ia menjadi kenangan. Yang masih tinggal, binalah semula kehidupan yang baru. Jadi dalam tempoh kebangkitan semula tamadun manusia ini, kita akan dapat lihat banyak perubahan berlaku. Pucuk kepimpinan kerajaan bertukar. Sebuah negara mendapat raja baru menggantikan raja yang hilang. Peluang pekerjaan semakin bertambah. Sumber makanan cukup untuk semua orang. Tempat tinggal semakin banyak. Harga rumah menurun kerana banyak rumah telah ditinggalkan. Orang yang kehilangan suami atau isteri berkahwin lain dan membina semula keluarga.

8. Malah kalau dilihat dalam filem EG, setelah 5 tahun ramai orang sudah menjalani dan membina kehidupan masing-masing. Iron Man sudah berkahwin dan mempunyai anak. Black Widow bertindak sebagai ketua operasi Avengers. Ahli Avengers lain melakukan rutin biasa menjaga keamanan dunia. Hawkeye sibuk membanteras jenayah dan menghukum orang-orang jahat. Ancaman global tahap alam semesta seperti Thanos sudah tiada. Jadi langsung tiada apa-apa masalah pun jika kehidupan diteruskan seperti biasa.

9. Isu ini timbul apabila Ant-Man keluar dari alam kuantum selepas 5 tahun terperangkap dan mula mencadangkan tentang pengembaraan masa. Walaupun pada mulanya Iron Man menolak cadangan itu, namun pada akhirnya ia dipersetujui oleh semua adiwira dengan satu matlamat, iaitu untuk meminjam batu infiniti dari masa silam dan gunakannya untuk mengembalikan semua kehidupan yang telah hilang sebelum ini.

(Trivia: Pada mulanya aku ingatkan asal petik jari sahaja ketika memakai sarung tangan dengan batu infiniti yang lengkap, separuh kehidupan alam semesta akan hilang. Rupa-rupanya tidak, ia bergantung pada kepada niat atau nawaitu orang yang memetik jari. Jadi maksudnya batu infiniti ini lebih kurang macam Dragon Ball, kumpul 7 bola naga dapat buat permintaan. Dalam Avengers pula kumpul 6 batu infiniti dapat buat permintaan.)

10. Inilah masalah para adiwira ini apabila membuat keputusan tersebut. Mereka tidak berfikir panjang apabila mereka mahu mengubah nasib mereka. Mereka mahu kembalikan adiwira lain, mahu hidupkan semula orang yang mereka sayang. Apabila mereka cuba bermain dengan takdir mereka, disinilah nilai moraliti itu hilang. Disebabkan tindakan mereka, Thanos yang sepatutnya sudah mati muncul kembali dan melakukan kerosakan semula. Black Widow yang tiada sesiapa selain keluarga Avengers serta Iron Man yang sepatutnya sudah hidup bahagia bersama keluarga akhirnya mati.

11. Ya, memang misi mereka akhirnya berjaya. Semua adiwira dan umat manusia yang hilang sebelum ini telah hidup kembali. Penonton seronok dapat tengok adiwira-adiwira ikonik seperti Spiderman, Dr. Strange, Star-Lord, Black Panther dan Scarlet Witch muncul kembali. Namun, disebalik kegembiraan dan kesedihan penonton ini, ia sebenarnya lebih banyak menimbulkan konflik, kekusutan, pertelingkahan dan kekacauan di kalangan manusia di dalam dunia filem tersebut. Bayangkan orang yang sudah hilang dan dianggap mati, selepas 5 tahun mereka muncul semula?

12. Orang yang hidup semula itu sudah kehilangan 5 tahun dari masa mereka. Jika mereka hilang ketika umur mereka 10 tahun, selepas 5 tahun umur mereka masih 10 tahun, sedangkan orang lain yang sebaya dengan mereka sudah 15 tahun. Dalam 5 tahun ini pula macam-macam sudah terjadi. Ada anak yang hilang, apabila dia dihidupkan semula, ibunya sudah pun meninggal dalam tempoh 5 tahun itu. Bagi orang yang tidak hilang, perkara itu biasa, namun bagi yang hilang dan hidup balik, mendapat khabar berita tiba-tiba ibunya sudah tiada adalah suatu yang sangat memilukan.

13. Ada pula wanita yang suaminya hilang sebelum ini sudah berkahwin lain dan membina keluarga baru, tiba-tiba selepas 5 tahun suami asalnya muncul. Pasti timbul konflik dalam diri wanita itu sama ada mahu bersatu semula dengan suami asalnya atau teruskan hidup dengan suami barunya. Lelaki yang baru hidup semula itu pula pasti sukar untuk terima secara tiba-tiba isterinya bukan lagi isterinya kerana dia tidak merasai tempoh 5 tahun tersebut. Seorang raja sebuah negara yang hilang sebelum ini pasti tidak berpuas hati kenapa tiba-tiba takhtanya diambil alih oleh orang lain, dan raja sekarang pasti tidak mahu mengembalikan takhtanya kepada raja lama yang tiba-tiba muncul, lalu tercetuslah pergolakan dan perang saudara.

14. Seorang pemilik rumah yang hilang mesti pelik tiba-tiba rumahnya dimiliki orang lain, dan sudah pasti dia mahu menuntut semula hartanya. Seorang CEO syarikat yang hilang mesti mahukan semula jawatannya yang baginya hilang dalam sekelip mata, sedangkan CEO baru sudah memegang jawatan itu selama 5 tahun. Lama kelamaan mungkin akhirnya semua orang boleh menerima hakikat dan 'move on' dengan keadaan itu, tapi ia tidak semudah situasi sebelum itu malah lebih sukar dan menimbulkan lebih banyak kesusahan. Dengan sumber sedia ada, nak mengurus hal yang tiba-tiba kurang separuh lebih mudah dari mengurus hal yang tiba-tiba bertambah separuh.

15. Sebagai contoh, sebuah kandang mempunyai 100 ekor lembu. Sumber ruang, makanan dan minuman untuk mengurus 100 ekor lembu ini mencukupi. Satu hari, tiba-tiba 50 ekor lembu hilang begitu sahaja dan hanya tinggal 50 ekor lembu dalam kandang. Memang agak pelik dan runsing, tapi ruang, makanan dan minuman untuk mengurus 50 ekor lembu ini masih mencukupi malah berlebihan. Jadi dalam beberapa tahun ini, sumber untuk mengurus lembu ini dikurangkan agar ia tidak berlebihan dan cukup-cukup untuk 50 ekor lembu. Tapi selepas 5 tahun, tiba-tiba 50 ekor lembu yang hilang itu muncul balik, menyebabkan ruang, makanan dan minuman di kandang tersebut tidak mencukupi untuk menampung 100 ekor lembu. Nak menambah sumber untuk menampung 100 ekor lembu secara tiba-tiba ini bukanlah suatu hal yang mudah berbanding mengurangkannya.

16. Jadi dalam hal Avengers ini, kemunculan semula separuh dari hidupan manusia secara tiba-tiba bukanlah satu berita yang baik bagi semua orang. Mereka muncul dalam keadaan ramai orang tidak bersedia dan sudah berubah. Mungkin ada orang yang hidup sepanjang 5 tahun itu tidak mengharapkan orang yang sudah hilang itu muncul kembali. Malah mungkin ada juga orang yang sudah hilang, apabila dia dihidupkan kembali dan sedar persekitaran semua sudah berubah, orang kesayangan sudah tiada atau bersama orang lain, berlaku banyak perebutan kuasa, kebuluran teruk berlaku, dia kehilangan tempat tinggal, harta, pekerjaan, malah peperangan, pergaduhan dan konflik tercetus sana sini, pasti dia berharap agar dirinya tidak dihidupkan semula dan lebih baik dia terus hilang demi kebahagiaan orang lain.

17. Kesimpulannya, jika dipandang dari sudut penonton dan juga para adiwira, apa yang berlaku di akhir filem EG itu adalah satu keperluan dan kemestian. Demi kelangsungan filem dan keterujaan para penonton, para adiwira ini perlu hidup semula dan menang mengalahkan Thanos. Namun, jika dipandang dari sudut orang biasa yang hidup dalam dunia filem tersebut, ia adalah suatu mimpi ngeri.

18. Dan jika pengembaraan masa itu wujud dan boleh dilakukan di dunia nyata, bagi aku tindakan mengubah sejarah dan takdir adalah suatu yang salah, tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri, kerana manusia pasti mahu mengubah sejarah tentang dirinya sendiri agar berubah menjadi lebih baik, sedangkan ia boleh meninggalkan kesan yang berbeza dan mungkin mendatangkan keburukan pada nasib orang lain.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: time travel travelling concept theory teori pengembaraan mengembara mesin masa depan sekarang kini lampau filem movie drama sains avengers endgame infinity wars spoiler plot sinopsis review ulasan rating 

4 ulasan:

  1. diharap ad movie tunjuk dr point of view ni....

    BalasPadam
  2. Itu ceritanya dan dah jadi cerita. Mungkin konflik Noob timbulkan boleh berkurangan jika 'FIVE YEARS LATER' itu menjadi 'FIVE MONTHS LATER' + anak Ant-Man meningkat 5 bulan sahaja; + tak perlu wujud watak anak Iron Man sebab baru 5 bulan...
    Aku nampak 3 isu ni jah

    BalasPadam
  3. Look at the bright sight. Semua yg mati hdp blk. Thanos rosakkan setempat je.

    BalasPadam
  4. Saya sokong Thanos dlm hal ini. Kita hapuskan kaum bani israel, dunia akan aman. Itu sebab adolf hitler bunuh bani israel semasa ww2

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.