2. Kalau orang biasa baca berita itu mungkin macam takde apa-apa isu pun, sehinggalah page Les' Copaque iaitu pembikin animasi tempatan Upin Ipin menyindir berita tersebut dengan menulis 'Benda boleh pakai animation luar untuk promote Malaysia, buat apa pakai animation Malaysia sendiri'.
3. Mula dari itu ia terus tular terutama di kalangan penggiat-penggiat animasi dan seni kreatif tempatan. Sedangkan kita ada banyak animasi tempatan sendiri seperti Lat Kampung Boy, Upin Ipin, BoBoiBoy, Ejen Ali, The Amazing Awang Kenit, KeluangMan, Usop Sontorian dan sebagainya, mengapa perlu guna animasi luar untuk mempromosikan Malaysia? Bila pelancong datang ke Malaysia mestilah kita nak promosi budaya kita sendiri, bukan promosi budaya Jepun.
4. Maka ramailah yang membantah cadangan tersebut termasuklah persatuan berkaitan animasi dan komik, page peminat di Facebook dan yang sewaktu dengannya. Page-page politik juga turut mengambil kesempatan mengecam kerajaan PH berkaitan cadangan tersebut.
5. Pagi ini kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menafikan cadangan tersebut sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, sebaliknya ia adalah cadangan peribadi pengerusi Balai Seni Negara yang mana cadangan tersebut pasti tidak akan diluluskan jika diangkat ke kementerian.
6. Di satu perkembangan yang lain, portal berita MalayMail turut melaporkan bahawa Datuk Lat terkilan dan kecewa dengan cadangan tersebut, dan laporan tersebut telah diubah memandangkan kenyataan tersebut di keluarkan oleh page peminat Dunia Kartun Lat di FB dan bukan Datuk Lat sendiri. Mudah kerja wartawan sekarang, nak buat berita tak perlu temuramah orang dah, ambil sahaja di media sosial.
7. Aku faham Doraemon memang ada peminat yang ramai dan ia dikenali seluruh dunia, malah usaha sama yang dijalinkan di antara Malaysia dan Jepun adalah suatu yang bagus, jadi boleh je nak buat pameran Doraemon untuk menarik pengunjung datang seperti dan meraih untung yang banyak seperti yang pernah dibuat banyak kali sebelum ini di Malaysia, tapi jangan buat di bawah program Tahun Melawat Malaysia 2020. Itu je pun isunya. Kalau nak buat juga di bawah program Tahun Melawat Malaysia, mungkin boleh buat kolaborasi antara Doraemon dan animasi tempatan, itu takpe.
8. Namun apa yang umum tak tahu, walaupun komik Doraemon dikatakan berasal dari Jepun, tapi hal yang sebenarnya adalah komik Doraemon berasal dari Malaysia. Pada tahun 80 dan 90-an lagi, komik Doraemon dihasilkan di Malaysia dengan nama Labu Labi. Kanak-kanak yang hidup zaman 80 dan 90-an mesti pernah baca komik ni. Nama sebenar Doraemon adalah Labu manakala watak Nobita sebenarnya bernama Labi dan memakai songkok. Nama sebenar pelukis komik Doraemon pula adalah Fuad F. Farouk. #doneclaim #akutipu
Sumber gambar |
10. Jadi kalau nak salahkan kerajaan secara keseluruhan pun tak boleh juga, sebab cadangan dan kenyataan itu dikeluarkan oleh pegawai di agensi kerajaan, bukan di pihak kementerian. Tapi kalau menteri sendiri yang keluarkan cadangan macam tu seperti Menteri Belia dan Sukan yang mahu membawa kumpulan K-Pop BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, maka haruslah dikritik secara berjemaah.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: pameran doraemon sempena tahun melawat malaysia 2020 balai seni negara datuk lat kampung boy upin ipin les copaque kpop kbs bts syed saddiq
ya ke cadanganje? habis tu knape kedai doraemon tetiba wujud kt KLIA 2?
BalasPadamBiras Mrs. A cakap KLIA dah tukar nama SIA.
PadamKedai tu tiada kaitan dengan cadangan dia. Rujuk balik berita yang saya letak link tu. Kedai Doraemon Pop-Store tu memang dah ada di KLIA2. Pengerusi Balai Seni Lukis Negara datang merasmikan kedai, lepas tu dia ditemuramah oleh wartawan. Dalam temuramah dia tu baru dia bercadang untuk mengadakan pameran lukisan Doraemon.
PadamSekarang ni mudah dah viral pastu U-turn dan mohon maaf.
BalasPadamWalaupun Mrs. A peminat tegar KDrama tapi tetap tak setuju dengan cadangn menteri pasola.
Okay dah join Noob krtitik berjemaah muahhaaaaa...
Kritikan membina macam ni yang kita mahukan hehe
PadamPerghhhh...labu labi konon.
BalasPadamFuad tiru dari dari cekelat ding dang. Ding dang plak tiru doraemon Jepun. Bila mat sentul dah glemer, si fuad cuba la buat komik tapi sapa nak baca? bebudak nak mainan dlm kotak dingdang tu je...
Otak ding dang la kalian ni.
Fujiko Pro 1973 (keluar bila kartun dah abis).