Mereka ingat mereka beli kondominium beli rumah dapat lot parking sekali. Mereka tak faham ke rumah flat ini statusnya srata. Tiada kawasan tanah yang boleh dimiliki mana-mana penghuni. Kalau kawasan rumah tu 850 ft, maka 850 ft jelah yang dia miliki. Malah kalau rumah bawah ada tempat letak kereta depan rumah sekalipun, dia tak boleh klaim parking depan rumah tu hak dia.
Tempat letak kereta rumah flat ni parking awam, untuk semua. Tiada lebih tiada kurang. Orang dah duduk lama ke, orang baru duduk ke, sama sahaja, parking itu tetap tiada hak sesiapa pun. Jadi takde siapa-siapa berhak cop atau book parking letak kon, kerusi, pasu bunga, botol, tong sampah dan lain-lain sampah.
Tak cukup pakai sampah, yang book pakai motor pun ada. Padahal boleh je letak motor kat tempat parking motor.
Bila orang lain alih sampah dia dan letak kereta kat situ, dia bagi notis cakap kita pula bodoh sebab ambil parking dia. Ada yang lebih sampah dia pergi simbah cat, calar dan pancit tayar kereta kita.
Yang halang kereta orang buat double park ni tak tau dah nak cakap apa. Dah la tak turun handbrake, tak tinggal nombor telefon sampai menyusahkan orang lain pula. Ini memang betul-betul sampah punya mentaliti.
Ada pula siap berniaga kat tempat letak kereta. Sudahlah parking tu terhad, dia pergi buka bengkel, gerai char kuay teow, kedai burger dan macam-macam lagi. Bila penguasa datang sita kedai mereka, cakap majlis perbandaran nak jatuhkan perniagaan orang Melayu. Mungkinlah otak mereka tertinggal kat longkang atau jamban.
Yang duduk rumah teres pun ada yang boleh tahan sampahnya. Depan rumah sendiri tak nak parking, dia pergi parking depan rumah orang lain. Dia tak sedar ke hidup dia dah menyusahkan jiran lain?
Kita punya perangai ni, punyalah bangang sampai orang lain yang terpaksa uruskan hal-hal mudah macam ni. Tapi tulah, bila majlis perbandaran buat operasi, sedar lah seminggu dua lepas tu buat balik perangai sama.
Inilah malangnya bila kita ini bukan sahaja suka buat sampah, malah otak juga sampah. Aku tak yakin lagi 50 tahun pun kita akan berubah. Aku tak yakin.
Tapi kalau jumpa lagi kes macam ni, boleh laporkan kepada pihak berkuasa seperti info berikut:
Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 👇👇👇
SHARE UTK SIMPANAN
INFO:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. Tel: 03-8886 6412.
Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: rumah flat apartment kondominium teres booking book chop cop parking park tempat letak kereta double tahan halang blok rumah orang lain buka gerai jaja penjaja berniaga sampah masyarakat
kereta buruk, rosak amik kaw. parking... aduhhh dah laa parking limited tambah pulak sampah ni
BalasPadamDouble parking paling menyampah.
BalasPadamKalau beli apartment sekali dengan lot parking kenapa tak boleh cop?? Boleh terangkn sebab artikel lebih kepada jenis beli rumah yg tak dapat lot parking sekali dalam SPA rumah.
BalasPadamKlau dh ada no rumah dekat parking ok la...Klau XDA no rumah semua blh parking xblh main cop2 ok... Kalau beli skli dengan lot parking suruh org apartment buat no rumah dekat parking...bru org tahu parking tu org punya ....ok
PadamBagaimana yang beli rumah apartment sekali dengan lot parking?? Tahun bila kata beli apartment tak dapat lot parking yg terang2 ada dalam perjanjian belian rumah.
BalasPadamKalau jenis beli apartment sekali dengan lot parking, biasanya lot parking tu ada nombor. Nombor parking tu adalah untuk rumah sekian sekian. Jadi kalau orang lain letak kereta kat lot parking tu tanpa kebenaran pemilik, boleh buat aduan pihak berkuasa. Jadi apa isunya di sini?
PadamMaaf bertanya jika rumah flat tapi sepatutnya parking itu parking awam and penghuni mendirikan garage hingga habis parking macam Mana pula ye sebab saya penghuni baru n sudah tiada parking yang ada pun jauh. Mohon pencerahan
BalasPadamBuat laporan pada pihak pengurusan flat atau majlis perbandaran sebab ada garage haram.
PadamDekat area kajang ni flat sy memasing buat parking sendiri kimak betul
PadamSokong 100% admin.Mmg xde otak org yg letak kon bagai ni.tempat parking open kot.apahal lak nk letak kon bagai.lpas tu ckp tu parking diorg.wtf!!!.ni baru lpas sound org mcm tu.sbb parking n alihkan kon dia
BalasPadamSalam. Nak tanya macam mana pula yg siap buat parking berkonkrit yg tempat itu sebelumnya bukanlah tempat parking asal. Adakah itu menyalahi undang2 strata
BalasPadamSalam. ya menyalahi undang2. boleh buat laporan.
PadamMaaf tumpang tanya tuan..saya tinggal dirumah flat kedai..apa kita nk buat jika parking disini kebanyakkan lori lori courier park sampai yang kami tinggal disini kena park jauh2
Padam@awanama
Padambuat laporan pada persatuan penduduk atau majlis perbandaran.
Maaf berTanya Ada Tak akta yg membolehkan JMP sewa kan parking bagi rumah2 flat..
BalasPadamMaaf bertanya Ada ke akta yg membolehkan JMP sewa kan parking.bayar setiap tahun bagi rumah flat.
BalasPadamAssalamualaikom seperti yg diceritakan tentang masalah parking...bagi rumah flat mcm biasanya mesti ada isu parking...letsay la klaw kotak parking penuh adakah dibenarkan utk double parking...klaw parking diluar memang jauh..habis sebatang rokok baru sampai di kereta...mohon penjelasan double parking dlm flat..
BalasPadam