2. Watak yang dilukis bermata bulat, hidung panjang atau besar, mulut besar, gigi terkeluar dan muka bulat biasanya dikaitkan dengan gaya lukisan komik Melayu/Malaysia seperti mana ia popular pada zaman 80-90an.
3. Watak yang dilukis bermata besar dengan anak mata berkilat, hidung tajam, mulut kecil, muka tirus, rambut pacak atau berjurai biasanya dikaitkan dengan gaya lukisan komik Jepun.
4. Watak yang dilukis dengan wajah dan bentuk badan yang realistik seperti manusia sebenar pula sering dikaitkan dengan gaya lukisan komik US dan juga Hong Kong.
5. Namun adakah gaya atau stail sesuatu lukisan itu mewakili identiti sesebuah negara atau bangsa?
6. Dulu aku fikir begitu juga, tapi selepas aku buat sedikit kajian dan pemerhatian, stroke lukisan kartun atau komik sebenarnya tidaklah mewakili mana-mana negara atau bangsa pun.
7. Jika diimbas kembali dunia komik Malaysia seawal tahun 70-an seperti komik dari majalah Ha Hu Hum di bawah, kita boleh lihat gaya lukisannya tidak sama seperti komik yang kita biasa lihat di dalam majalah Gila-Gila atau Ujang pun.
8. Boleh kata, stroke lukisan dalam sesebuah comic strip bergenre komedi seperti ini adalah biasa pada zaman dulu-dulu bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain juga, seperti mana komik dari US di bawah yang telah wujud seawal tahun 1900-an lagi.
9. Komik Malaysia juga sejak dulu lagi pun sudah ada banyak komik yang tidak menggunakan gaya lukisan tipikal yang dikatakan stroke Melayu itu, biasanya komik yang temanya lebih berat seperti drama, cinta, seram, misteri, fantasi, keperwiraan, ketenteraan, sejarah dan sebagainya.
10. Jadi, dalam banyak-banyak jenis stroke lukisan yang pernah wujud dalam komik tempatan, jenis lukisan yang mana satu sebenarnya yang dikatakan mewakili dan mencerminkan stroke lukisan komik Melayu/Malaysia?
11. Kenapa gaya lukisan kartun macam dalam majalah Gila-Gila dan Ujang itu boleh diangkat sebagai stroke lukisan tempatan?
Kenapa bukan stroke lukisan komik keperwiraan yang diangkat sebagai stroke lukisan tempatan?
Kenapa bukan stroke lukisan komik sejarah yang diangkat sebagai stroke lukisan tempatan?
Kenapa bukan komik yang guna tulisan jawi yang diangkat sebagai komik gaya tempatan?
12. Jawapannya mudah, kerana sejak zaman berzaman komik bergenre komedi dan lawak jenaka telah lama popular dan mendominasi pasaran komik tempatan seperti Gila-Gila, Gelihati, Rileks, Ujang, Lanun, Apo? dan sebagainya, lalu stroke lukisan yang sering digunakan dalam majalah komik bergenre komedi ini diangkat secara tidak rasmi menjadi stroke lukisan tempatan.
13. Bagi aku stroke lukisan kartun/komik langsung tiada kaitan dengan identiti mana-mana bangsa dan negara, sebaliknya stroke lukisan adalah bergantung kepada jenis atau genre cerita yang hendak dibawa.
14. Stroke lukisan dengan watak dilukis bermata bulat, hidung panjang atau besar, mulut besar, gigi terkeluar, muka bulat dan sebagainya sebenarnya dilukis sebegitu rupa untuk menimbulkan rasa kelakar pada watak tersebut. Jangan kata Malaysia sahaja, di negara lain juga stroke sebegini juga biasa digunakan dalam mana-mana komik yang kandungannya kelakar dan santai.
15. Bagi komik yang temanya lebih serius dan mendalam seperti komik drama, sedih, sukan, keperwiraan, fantasi dan sebagainya, stroke lukisan kartun seperti ini tidak sesuai digunakan kerana akan mengganggu mood cerita. Elok-elok nak buat cerita sedih, jadi kelakar pula sebab wataknya dilukis dengan stroke kartun kelakar. Begitu juga sebaliknya. Nak buat kartun lucu dan santai kalau guna stroke lukisan yang realistik atau semi-realistik susah nak sampai mood kelakar tu.
16. Jadi untuk timbulkan mood yang lebih serius, stroke lukisan realistik atau semi-realistik lebih sesuai digunakan. Di sinilah munculnya stroke-stroke lukisan seperti komik Jepun, US dan Hong Kong.
17. Kebanyakan komik atau manga Jepun, walaupun stroke lukisannya sinonim dengan watak bermata besar bersinar-sinar, hakikatnya lukisan komik Jepun adalah berbentuk realistik atau semi-realistik kerana kebanyakan komik Jepun temanya berat dan serius, bukan komedi semata-mata.
18. Sebab tu watak-watak komik Jepun biasanya dilukis dengan skala dan anatomi manusia sebenar, tidak seperti watak kartun komedi yang skala dan anatomi badannya tidak menyerupai manusia sebenar.
19. Walaupun begitu, komik Jepun sendiri tidaklah semua mempunyai stroke yang sama. Kita boleh perhatikan biasanya mereka ada stroke lukisan yang berbeza-beza untuk genre komik yang berlainan seperti komik untuk kanak-kanak, komik untuk remaja lelaki, komik untuk remaja perempuan, komik untuk dewasa lelaki, komik untuk dewasa perempuan dan sebagainya.
20. Sama juga dengan komik US, di mana stroke lukisan realistik sebenarnya bukanlah identiti lukisan mereka pun. Kita anggap stroke lukisan itu adalah gaya lukisan mereka kerana kebanyakan komik superhero mereka yang popular menggunakan stroke lukisan tersebut, sedangkan banyak juga komik mereka yang lain menggunakan gaya lukisan kartun yang lebih santai dan lucu.
22. Jadi apabila ramai pelukis dan pembaca komik tempatan mengatakan gaya lukisan komik Melayu/Malaysia sudah hilang identiti, pelukis muda lebih banyak terpengaruh dengan stroke komik Jepun dan sebagainya, bagi aku hal itu sebenarnya bukannya hal yang besar malah takde isu pun.
23. Nak kata 'stroke lukisan melayu' dah jarang orang guna, sampai sekarang gaya lukisan ini masih ada orang guna termasuk di kalangan pelukis-pelukis baru, terutama bila nak buat strip komik berbentuk komedi.
24. Cuma sekarang nampak macam ramai pelukis cenderung guna stroke lain selain 'stroke melayu' adalah kerana semakin ramai pelukis komik tempatan yang mahu lukis cerita selain lawak. Mereka nak lukis komik drama, sedih, adiwira, lawan-lawan, seram dan sebaginya, jadi mereka perlu meneroka stroke lukisan yang lain yang lebih sesuai dengan cerita yang mereka mahu buat.
25. Kebetulan pula pada zaman pertengahan dan akhir tahun 90-an, kemasukan komik-komik Jepun seperti Doraemon, Dragon Ball, Slam Dunk, Yu Yu Hakusho, Dragon Quest dan sebagainya, serta komik-komik Hong Kong seperti Alam Perwira, Juara Wira, Pedang Setiawan, Pendekar Laut dan sebagainya, menawarkan genre pembacaan alternatif kepada para pembaca komik yang selama ini hanya dihidangkan dengan komik-komik tempatan bergenre lawak.
26. Disebabkan itu pelukis komik generasi tahun 2000-an mula mengadaptasi stroke lukisan komik semi-realistik Jepun ke dalam lukisan mereka, kerana bagi mereka stroke itu lebih sesuai dan mudah digunakan untuk menghasilkan material komik bergenre bukan komedi.
27. Nak adaptasi stroke lukisan realistik komik Hong Kong dan US agak sukar kerana lukisan seperti itu lebih terperinci, perlukan banyak latihan dan masa yang panjang untuk disiapkan. Jadi stroke lukisan komik semi-realistik Jepunlah pada waktu peralihan tu paling sedap untuk diadaptasi, tambah lagi watak-wataknya lebih kacak, cantik dan comel untuk digayakan.
28. Lagipun gaya lukisan ini ikut minat individu juga. Kalau orang itu suka gaya lukisan kartun lawak, dia akan lukis guna gaya itu. Kalau orang itu dah suka gaya lukisan semi-realistik, dia akan lukis guna gaya itu. Kalau orang dah minat gaya lukisan realistik superhero US, dia akan lukis guna gaya itu. Minat dan kecenderungan orang tak boleh dipaksa-paksa, jadi biarlah dia nak lukis ikut gaya apa pun yang dia selesa.
29. Bagi aku industri komik tempatan bukanlah meniru atau mahu jadi komik Jepun, sebaliknya industri komik kita semakin berevolusi dan berkembang. Kalau dulu majalah lawak jenaka mendominasi industri komik tempatan, kini sudah rancak dengan dengan kepelbagaian genre seperti genre pendidikan, fantasi, seram, adiwira, dakwah dan sebagainya, sama ada dalam bentuk media cetak mahupun media digital. Lalu stroke lukisan juga secara tak langsung turut berevolusi.
30. Evolusi gaya lukisan ini berlaku di mana-mana bukan sekadar di Malaysia. Di Jepun dan US sendiri perubahan gaya lukisan komik/anime boleh dilihat dari zaman ke zaman.
31. Kesimpulannya, bagi aku tiada satu gaya lukisan pun yang kini boleh diklaim sebagai identiti mana-mana negara atau kaum di dunia ini. Malah lukisan gaya komik Jepun pun tidak boleh lagi diklaim sebagai stroke Jepun semata-mata kerana lukisan seperti itu sudah pun diadaptasi secara meluas di banyak negara seperti Korea Selatan, Indonesia, US dan sebagainya, malah termasuk Malaysia juga.
32. Gaya lukisan bukan identiti negara atau bangsa sebaliknya identiti seseorang pelukis itu sendiri. Orang kenal suatu stroke lukisan melalui pelukisnya, yang mana bila orang lain tengok sahaja suatu watak atau gaya lukisan, orang lain boleh cam siapa pelukisnya, sudah tahu stroke lukisan ini gaya lukisan Lat, Ujang, Lambok, Gayour, Aie, Ubi, Zoy, Rossem, Zunar, Rizalman, Zint, Keith, Afiq Salam, Hxsm, Leznar, Fujiko F. Fujio, Akira Toriyama, Eiichiro Oda, Tite Kubo, Yusuke Murata, Charles M. Schulz, Scott Adams dan sebagainya.
33. Sebab itu cabaran yang lebih penting bagi seorang pelukis komik bukanlah nak kena ikut stroke lukisan Jepun ke, US ke, Malaysia ke, sebaliknya mencari identiti, originaliti dan keunikan dalam stroke lukisannya, agar lukisannya dapat membezakan lukisannya dengan lukisan orang lain, yang apabila orang tengok sahaja lukisannya, orang sudah tahu siapa pelukisnya.
34. Pada aku juga, dalam konteks komik tempatan, tak kiralah komik tersebut dilukis guna stroke apa, asal komik tersebut pertama kali diterbitkan di Malaysia, disiar untuk pasaran Malaysia, ditujukan kepada audien Malaysia, ia sudah layak dianggap sebagai komik tempatan. Samalah kalau seorang pelukis yang berasal dari Malaysia sekalipun, apabila komiknya diterbit pertama kali di Jepun, maka ia adalah komik Jepun. Kalau ia diterbit pertama kali di US, ia adalah komik US.
35. Tapi cakaplah apa pun, yang sebenarnya faktor paling utama dalam menghidupkan industri komik Malaysia ini bukanlah gaya lukisan, sebaliknya kebolehpasaran produk komik. Selagi ada permintaan, adalah pengeluaran. Tapi kalau tiada permintaan, lukis cantik mana pun, ikut gaya mana pun, kalau tidak popular, tidak ramai peminat, komik tidak terkenal, buku komik tidak ramai pembeli, maka susahlah nak 'survive' dalam industri.
36. Akhir kata, aku harap selepas ini kuranglah orang mendiskriminasi dan perleceh orang lain pasal stroke lukisan tak ikut Melayu lah, ikut Jepun atau US sangatlah dan sebagainya. Industri komik kita pun kecil je tak besar mana pun, nanti balik-balik jumpa balik orang yang sama. Dari kita berpuak-puak, kan lebih baik jika kita berkawan lebih ramai orang dan meraikan kepelbagaian, kerana akhirnya minat kita tetap sama, minat pada kartun dan komik.
* Kalau ada pandangan atau apa-apa maklumat nak ditambah, boleh kongsikan di ruangan komen.
Baca artikel lain berkaitan:
- Kartun tempatan bakal pupus ditelan zaman
- Kerjaya konvensional VS kerjaya bukan konvensional
- Tips Berkomik di Media Sosial
- Hitam putih dunia komik indie/amatur tempatan
- Identiti bagi pelukis komik adalah gaya lukisannya
- Buku komik tempatan tiada klasifikasi dan tapisan
- Kartun kita, sejarah kita, wajah kita
- Industri komik semakin hilang identiti tempatannya
- Soal selidik jenis lukisan komik paling digemari
- Industri komik tempatan tidak lagi seperti dahulu
- Nasib pelukis dan industri komik tempatan
- Peminat yang tidak hargai industri seni kreatif
- Masalah filem animasi tempatan buatan Malaysia
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: kartun tempatan bakal pupus kartunis pelukis komik seni gayour pekomik stroke strok gaya style stail lukisan evolusi melayu jepun us hong kong
Komik buasirotakk ikott stroke mana noob..
BalasPadamKomik Buasir Otak ada ramai pelukis, jadi ikut stroke pelukis masing-masing.
Padamsaya minat komik Oda Non.. lawa lukisan dia....
BalasPadamProoooooottttttt
PadamDi muka Ayam aperikaaaaaaaaaaaaaa
PadamSalam... Isu yang menarik untuk dibincangkan... Perlu kajian oleh ahli akademik dengan lebih serius agar empirikal data dan result boleh dimanfaatkan oleh industri.. Kerjasama industri dan akademik di syorkan.. Kerana banyak elemen elemen malaysia selain stroke yang boleh dikaji menjadikan sesebuah komik itu lengkap dikatakan sebagai cerminan komik malaysia... Storyline , background, cara hidup, daily experience dan lain lain elemen juga perlu dilihat sebagai faktor penyumbang kepada identiti komik malaysia... Segalanya perlukan kematangan dalam berkarya dan kolaborasi yang jitu semua pihak.. Tambahan pula zaman hari ini bukan lagi post modern tetapi dah menjangkau meta modern... Banyak faktor dan karektoristik sesuatu karya itu perlu dikaji dan di emperikal kan.. Hurmm.. Dapat diakuss ni best ni...
BalasPadamUjang, apo, geli hati dah bankrap. Xleh nak cari mkn dah. Org lebih suka layan komik org lidi si rashit.
BalasPadam