Memaparkan catatan dengan label Analisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analisa. Papar semua catatan

Rabu, 9 November 2022

0 Bagaimana PH bakal menang banyak kerusi PRU15?

1. Sebelum ini selepas kejatuhan kerajaan PH, aku pernah tulis yang BN mungkin akan menang besar dalam PRU15 akibat kekecewaan rakyat terhadap PH semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan.

2. Ini dikuatkan lagi dengan keputusan PRK-PRK yang diadakan selepas PRU14 kebanyakannya berpihak kepada BN. Dari 12 PRK yang diadakan, 7 kemenangan berpihak pada BN. BN juga berjaya merampas 2 kerusi dari PH dalam PRK Dun Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai.

3. Akan tetapi selepas melihat senarai pencalonan dan juga parti yang akan bertanding dalam PRU15, kemungkinan BN nak menang besar tu agak sukar. Malah susah nak jangka parti mana yang akhirnya akan menang majoriti dan berjaya membentuk kerajaan persektuan.

4. Malah sama ada PH akan menang majoriti tu pun susah nak jangka, namun yang pasti mereka akan menang banyak kerusi terutama kerusi kawasan bandar. Kenapa dan bagaimana?


Selasa, 30 April 2019

4 Sisi gelap Avengers Infinity Wars dan Endgame

(Amaran: Mengandungi spoiler)

1. Filem Avengers Endgame (EG) telah pun melabuhkan tirainya. Segala persoalan dalam filem Avengers Infinity Wars (IW) telah pun selesai dan terjawab. Ramai orang meraikan kemunculan semula adiwira yang sebelum ini menjadi debu, begitu juga yang menangisi pemergian beberapa adiwara yang telah gugur dalam misi menghidupkan semula mereka yang menjadi debu dan mengembalikan keamanan dunia.

Aku tidak mahu mengulas atau memberi rating pada filem ini memandangkan ramai pun sudah bagi rating, malah cerita ini tiada apa yang perlu diulas sangat kerana ia adalah pelengkap dan kesimpulan kepada dunia filem MCU, sebaliknya aku cuba menyingkap sisi gelap di sebalik jalan cerita karya epik ini.



Rabu, 10 April 2019

4 Kerajaan PH bakal kerajaan sepenggal suatu analisa


1. Suatu ketika dahulu, aku pernah menulis bagaimana PH boleh terus kekal berkuasa dalam tempoh yang lama selepas memenangi pilihan raya. Namun tatkala usia kerajaan PH semakin hampir menyambut ulang tahun yang pertamanya, aku yakin kerajaan PH akan kalah pada PRU15 dan bakal menjadi kerajaan sepenggal sahaja.

2. Pandangan aku ini bukanlah bermaksud aku menyokong parti pembangkang BN atau PAS, sebaliknya hanya suatu pemerhatian dan analisa aku terhadap lanskap politik sejak kebelakangan ini.



Khamis, 10 Mei 2018

6 Bagaimana Pakatan Harapan akhirnya menang PRU14?

Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung semalam menyaksikan sebuah sejarah baru tercipta, sebuah peristiwa yang belum pernah negara kita lalui lagi, iaitu jatuhnya parti yang telah memerintah negara Malaysia selama 60 tahun sejak merdeka iaitu Barisan Nasional (dulunya Parti Perikatan), dan buat pertama kalinya ia dimenangi oleh parti yang selama ini menjadi pembangkang iaitu gabungan PKR, DAP, PAN, PPBM, WARISAN dan lain-lain yang membentuk Pakatan Harapn.

Syabas dan Tahniah buat Pakatan Harapan!



Rabu, 11 April 2018

2 Analisa bagaimana BN bakal menang dalam PRU14

Walaupun sentimen di media sosial kelihatan lebih ramai yang membenci dan mengecam PM Najib dan Barisan Nasional, namun untuk PRU-14 nanti aku jangkakan yang BN masih akan mengekalkan kemenangan dan DS Najib masih akan kekal Perdana Menteri, bahkan mereka akan menang besar lebih dari pilihanraya yang sebelum-sebelum ini.

Sebabnya bukanlah kerana BN semakin kuat, sebaliknya kerana parti lawan BN semakin lemah. Kalau kita tengok sejarah, parti lawan BN menjadi kuat ketika strategi mereka bersatu di bawah satu payung agar pertembungan pilihanraya hanya 1 lawan 1.


Ahad, 19 Jun 2016

4 Analisa keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru berakhir semalam. Untuk makluman PRK ini diadakan setelah ahli parlimen kedua-dua tempat terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau sewaktu Pilihanraya Negeri Sarawak bulan lepas. Dalam kedua-dua PRK ini, seperti yang dijangka parti Barisan Nasional menang besar. PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara calon BN, PAS, AMANAH dan Bebas manakala PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara calon BN, PAS dan AMANAH.



Selasa, 4 Ogos 2015

14 Adakah PM Najib terlalu istimewa tiada ganti?

Daripada 11,229,744 undian pada PRU13, sebanyak 5,262,983 yang mengundi BN, yakni 46.87% daripada jumlah keseluruhan undian di seluruh negara.

Dan daripada 5,262,983 orang yang mengundi BN ini pada PRU13 2 tahun lepas, berapa ramaikah yang masih tinggal menyokong PM Najib?